Khamis, 15 Januari 2009

KENAPA PROJEK PERTANIAN GAGAL..?!!

Persoalan yang timbul...kenapa projek pertanian di tanah rendah terutamanya gagal?

'Projek pertanian' ini merangkumi semua projek-projek anjuran kerajaan, moa, jabatan pertanian, lpp dan lain-lain.

'di tanah rendah' - semua projek yang diusahakan oleh petani/peladang selain daripada projek pertanian di Cameron Highlands, Kundasang dan seumpamanya.

'gagal' - sama ada gagal menjelaskan kembali hutang pertanian yang ada, bankrup, tutup ladang dan terbengkalai.

Jika dilihat secara keseluruhannya, kita selalu mendengar projek-projek pertanian yang di'sponsor' oleh kerajaan gagal memenuhi matlamatnya, sama ada pengusaha gagal memanfaatkan segala kemudahan yang diberikan kepada mereka atau pun projek terbengkalai di separuh jalan. Sedangkan segala kemudahan diberikan termasuk pembekalan alatan, baja setahun/semusim, elaun bulanan, hinggakan biji benih pun dibekalkan tetapi masih gagal dilaksanakan oleh pengusaha. Kadangkala, kos yang dikeluarkan oleh kerajaan melampaui kos sebenar projek, sampai berlebih-lebih tetapi masih gagal. Bayangkan, pengusaha hanya 'cuci kaki' untuk menjalankan projek pertanian ini tanpa mengeluarkan sebarang kos tetapi masih gagal melaksanakannya...logik ke?

Mungkin ada beberapa faktor yang memepengaruhi kegagalan ini...

Pengusaha/peserta
  • Kurang minat dengan projek pertanian.
  • Tidak ada rasa 'hak sendiri' kerana segala perbelanjaan ditanggung oleh pihak lain. ...Dia tak rugi apa-apa kalau gagal, asalkan dapat duit.
  • Kurang pendedahan kepada teknik tanaman, pemasaran dan pengeluaran.
  • Terlalu bergantung pada bantuan kerajaan. Sentiasa mencari salah orang lain daripada melihat prestasi diri...
  • Menjadikan projek ini sebagai batu lonjatan untuk mendapatkan duit kerajaan / kredit pertanian.
  • Sebagai kerja sampingan.
  • Sebagai ' hentian sementara' sebelum mendapat pekerjaan tetap /yang lebih stabil.
Kontraktor Pertanian
  • Mengaut keuntungan yang berlebihan sehinggakan projek pertanian yang di'tender'kan gagal menepati spesifikasi yang sepatutnya.
  • Terpaksa 'berkongsi' keuntungan dengan pihak-pihak tertentu menyebabkan dana yang diperuntukkan tidak dapat digunakan sepenuhnya. Kesian gak kat kontraktor nie...
  • Tidak mempunyai pengetahuan tentang teknik pertanian tetapi main 'lump sum'nye segala projek yang ada...janji ada untung!
Pengurus Dana / Pemberi pinjaman
  • Tidak menilai keberkesanan projek secara terperinci sebelum mengeluarkan dana/pinjaman....kadangkala dana yang diberikan berlebihan tapi disalurkan ke projek yang kurang berdaya maju.
  • Peruntukkan dikeluarkan berdasarkan 'nama/pangkat' bukannya kesungguhan pengusaha.
  • Peruntukan tidak seimbang hingga menyebabkan kelangsungan projek terjejas...buat infra saja, budget berjuta tapi bila bab baja ke, proses penanaman semula ka, budget ciput...
  • Pemiutang meluluskan pinjaman tanpa mengambil kira kos projek...bayangkan kalau buat projek fertigasi dengan kos RM50,000 tapi yang diluluskan oleh pemiutang hanya RM10,000...baik tak payah bagi, macam mana nak buat projek...jalan terbaik, amik je duit tu, buat downpayment rumah ke or kereta...
  • Pemiutang tidak membuat permantauan kepada peminjam menyebabkan pemiutang gagal mendapatkan kembali pinjaman yang diberikan....lepas bagi, terus tak jenguk muka, tak tanya permasalahan peminjam...yang tahu, lepas 2 bulan bayaran ansuran gagal dijelaskan, sampai surat mahkamah....kadangkala, peladang ini berduit mengikut musim tuaian, bukannya fixed income tiap-tiap bulan...kalau pantau dari segi pengeluaran hasil, pasti dia boleh bayar punya.
  • Susah sangat nak bantu pengusaha yang baru dalam bidang ini...tapi ok jugak, at least boleh nampak siapa yang bersungguh-sungguh atau tidak cuma longgarkan sikit syarat tu...jangan sampai orang tak minat terus nak ceburi bidang pertanian nie.
Isu Pemasaran produk sebenarnya tidak timbul kalau pengusaha lebih bergiat aktif dalam mencari peluang-peluang perniagaan, jangan terlalu bergantung kepada orang lain untuk memasarkan produk kita, keluar dari ladang dan cari pasaran sendiri...dalam dunia tanpa sempadan ini, bidang pemasaran terlalu luas....

Dan saya kira banyak lagi faktor-faktor lain yang mempengaruhi senario ini, lantas langkah-langkah berkesan perlu diambil oleh semua pihak untuk menjamin kejayaan semua projek-projek pertanian....tak perlulah saya sebutkan projek mana yang gagal, silap-silap kena saman pulak....

Apa pendapat anda?..


10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Haha..Dato', bunyi GAGAL tu macam perli je.. kontraktor kaut untung ke? Kan Kementerian Pertanian Malaysia da ckp dlm slogannya.. "Pertanian Adalah Perniagaan".. tak jawab soalan ke?ehe

Ruhizal berkata...

Pertanian satu perniagaan tu memanglah kena cari untung tapi kalau buat kerja tak ikut speksifikasi yang sepatutnya, tu maknanya terlampau nak untung...naya orang lain...tak berkat!!

Tanpa Nama berkata...

Salam tuan,Pertanian mmg perniagaan dan dlm perniagaan perlu ilmu dan strategi(mcm perang pulak yek),dlm pemerhatian saya individu yg melibatkan diri dlm pertanian ni perlu minat,ilmu,terus berusaha dan yang penting kena setup network utk pasaran keluaran.Dan jika dapat dana kerajaan,buatlah seperti kita yang mengeluarkan modal sendiri@barang2 sendiri.

Bab kontraktor tu mmg tak dinafikan ramai sekarang yg MENGAKU pandai utk setup sesuatu projek yg kadang2 tak masuk akal kosnya dek kerana diALIBABAkan dan mangsanya ialah peserta2 yang dibawah tajaan sesuatu "BADAN/PERSATUAN DLL".Contoh adalah satu persatuan yg boleh tahhan ahlilnya dan kos pembiayaan adalah <>50....,nak dijadikan cerita dah tenyeh agreement bila tgk kawasan hehehe org n9 kata HAMPEH,SPH mmg paling canggih(kayu buat bangsal org kawin hehehe tah berapa gred)lepas beberapa bulan kena ribut tumbanglah SPH tu dan peserta pun tumbanglah keyakinannya,tapi yang BOSnya tetap teguh dgn poyonya(dpt persen kot).Itulah contoh kontraktor pertanian yg "berjaya" dan peserta yg "gagal".

Kepada kakitangan GOMEN spt Pej Pertanian dll harus peka dgn keluhan,masalah petani2,kadang2 ofis pun tak ada peg bertugas,telefon berjanji berminggu2 baru datang.Itulah masalah pertanian dikalangan org kita (melayu) berbanding org Cina yg bersatu dan mempunyai persatuan mereka sendiri dlm menangani masalah hal2 pertanian.

Bab pemberi pinjaman pun perlulah bertolak ansur/berbincang,jgn Pak Menteri kata "senang nak bg pinjaman pertanian" TAPI pegawai2 bawah ni tak jalan tugas,lambat bertindak,yg sedap tu boleh bg komen"Encik ni peminjam kali pertama,kami tak bg lumpsum rm50k,hanya rm30k je dapat."Hq kata lain cawangan kata lain.

Yang penting KAWALAN HARGA BAJA & RACUN OLEH KERAJAAN,seperti kita sedia maklum baja2 ni dikawal oleh segologan "",dah kawal harga baja baru petani2 boleh hidup maka tiadalah kegagalan.

Akhir kata Bersatu teguh,muafakat membawa berkat,selamat.Maaf dipohon jika ada terkasar bahasa.

Hamba Allah berkata...

Kalau modal sendiri punya tak buat loan ada gak yang gagal, tapi banyak yang berjaya dari yang gagal.

Bisnes plan dan merketing plan tak betul, maka rugi lah akibatnya.

Ilmu, usaha, gigih, dan budaya buat sendiri dengan modal sendiri sampai bejaya untuk 3 atau 4 musim walaupun kecil-kecilan, kemudian baru buat loan, dengan cara ini insyaallah nampak kesungguhan dan potensi untuk berjaya adalah tinggi. Orang macam nie yang patut dapat loan.

Orang yang biasa mewah berbelanja dan tak pandai kawal bajet, tidak berpengalaman buat sendiri sesuatu kerja sehingga berjaya pada skala kecil adalah ciri-ciri orang yang tidak sesuai untuk diberi pinjaman.

Bagi projek sponsor pulak orang yang membuat penilaian meluluskan sponsor atau pinjaman (jenis tak perlu bayar balik) itu tidak layak membuat penilaian kerana dia juga kurang ilmu pertanian dan pengalaman dalam membuat penilaian, hanya sekadar menghabiskan bajet dan tunjuk pandai. Biasanya orang jenis nie... jenis yang suka dok kat opis dan buat keje sume pakai telefon dan tak penah nak turun padang. Sekiranya penilain dibuat dengan teliti serta dengan ilmu maka kegagalan dapat dikurangkan pada kadar minima. Serta boleh mengelakan pembaziran ie; anak benih sponsor....

Seelok-eloknya gomen "hire" orang swasta yang betul-betul layak untuk membuat penilaian dari bidang yang berkenaan sebagai penasihat atau part time consultant, maka resiko menaja projek gagal dapat dikurangkan.

Tanpa Nama berkata...

Dato'..bile transaksi perniagaan berlaku dengan akad yang sah,bermakna si peniaga dan si pembeli bersetuju dgn akad(transaksi) niaga..camne lak tak berkat?dah si pembeli bersetuju..maka transaksi tu sah dan adil la.apa2 pun...aku tabik dengan lu Dato', berjaya dengan 2projek besar! alhamdulillah..semoga rakan petani yang lain pun berjaya!

satu lagi aku nak share, rileks la brader.. dah nama perniagaan.. untung rugi bergantung kepada banyak perkara.. tak semestinye korang enter je bidang pertanian ni sebab demand tinggi da nak kaut untung banyak? pikir rasional la.. klu korang wat pinjaman.. de plan breakeven... kire2 3 tahun baru selesa.. klu modal sendiri.. mau dekat 2-3 tahun baru pulang modal..pulang modal tu maksudnya korang da tak risau dengan masalah kewangan...bukannya kalau start 50k,lepas 2-3 tahun da pulang balik 50k! triple the count that makes it 150k! baru selesa dan pulang modal..tu namanye niaga! semoga rakan2 melayu islam yang lain terus memberi sokongan padu kepada islam yang lain!

satu lagi..klu korang dapat tawaran set up set fertigasi..share2 la dengan otai2 lain..cam niaagrotech nie..klu setakat 600 pokok cili nak charge sampai dekat 20k buat pe?pe2 pun! aku memberi sokongan padu kepada semua petani yang lain!

Ruhizal berkata...

mai mana pulak khabar angin yang niaagrotech nak charge dekat RM20k untuk 600 pokok nie...CAR..apa cerita nie...jangan main serkup je, berangin gak aku baca macam nie.ni lah, masalahnya, tak tau hujung pangkal, main tuduh ikut suka...emosional gal aku nie...yang aku tahu, masa kursus anjuran Lembaga Pertubuhan Peladang hari tu, Niaagrotech hanya sediakan tempat je segala ceramah and costing bukan kami punya...seingat aku kos dekat RM20k untuk 600 pokok tu, orang Jabatan Pertanian Daerah Gombak yang keluarkan, aku pun terkejut ngan kos tu...BRO!...apa isu nie sampai nak sabotaj orang? TERASA KA?!!

Tanpa Nama berkata...

Dato',aku tak tuduh yang NiaAgro Tech wat camtu bro! rileks la..jgn camni.. aku ckp je.. nape lak nak emo..aku pun tak suke bro..apa2 pun aku minta maaf la..aku nak takde niat nak sabotaj org bro..amacam cili? da buah ka?

Tanpa Nama berkata...

nkorang ni baguslah kalau bergaduh. Makin bergaduh makin bernas plak. ahaks.

mafizah berkata...

PELUANG BISNES BARU : SEMINAR POTENSI PERNIAGAAN TANAMAN HIDROKULTUR 1-2 OGOS 2009 Lawati http://infohidrokultur.wordpress.com/

Unknown berkata...

org gagal dalam pemasaran la. tanam banyak tp tak tahu saluran untuk marketing.