Khamis, 24 Januari 2008

RPH or Without RPH?....(Rumah Pelindung Hujan/Tanaman)

Masalah untuk memulakan projek fertigasi nie adalah kos awal yang tinggi, dengan pembinaan RPH(rumah Pelindung Hujan/Struktur Perlindung Tanaman/SPT) berdasarkan harga besi semasa yang sentiasa meningkat. Ramai usahawan tani Melayu agak terkejut dan terbantut dengan kos awal yang tinggi dan sekarang ramai mencari alternatif lain....
Namun masalah ini dapat diselesaikan dengan meminimakan kos permulaan apabila percubaan kawan-kawan saya di Kajang berjaya. Mereka mencuba untuk menjalankan projek fertigasi ini dengan tidak menggunakan RPH, banyak kos awal dapat dikurangkan dan hasilnya tidak banyak bezanya dengan tanaman yang menggunakan RPH. Projek ini dikenali sebagai projek semi-fertigasi, iaitu projek tanaman cili tanpa menggunakan RPH.
KAlau dilihat sekarang ni pun, ramai usahawan tani menjalankan projek fertigasi tanpa menggunakan RPH, dan masih mampu mengeluarkan hasil yang maksima namun dari segi penjagaan penyakit dan kulat terpaksa ditingkatkan.
Disini kita cuba buat satu analisis perbezaan antara tanaman yang menggunakan RPH dan tanpa RPH....berdasarkan projek yang telah dijalankan di tempat saya dan Kajang.

kOS
RPH - (15 buah RPH yang dapat dibina dalam 1 ekar tanah) dengan kos RM12,000 sebuah - RM180,000.00
- kos infrastruktur,piping, penyediaan benih dan polybeg, media (megikut harga semasa) di antara RM30,000.00-40,000.00 seekar
- JUMLAH KESELURUHAN - RM210,000.00 - 220,000.00/EKAR

x RPH - tak dak kos pun
- kos infrastruktur,piping, penyediaan benih dan polybeg, media (megikut harga semasa) di antara RM30,000.00-40,000.00 seekar
- JUMLAH KESELURUHAN - RM30,000.00-40,000.00 seekar


BILANGAN TANAMAN/POKOK
RPH - untuk saiz 20' x 100' - hanya 200 - 250 pokok sahaja
- purata 1 ekar terdapat 15 buah RPH - 3000 pokok - 3750 pokok sahaja

x RPH - Purata 1 ekar boleh memuatkan antara 4500 - 5000 pokok.

PENGGUNAAN BAJA

RPH - Dapat disalurkan dengan kadar maksima dan tidak hilang disebabkan oleh faktor air hujan.
x RPH - MAsalah air hujan yang menghilangkan baja yang disalurkan ke pokok/flushing yang berlebihan

KAWALAN SERANGGA PEROSAK DAN KULAT

RPH - Penggunaan racun yang minima dan keberkesanan yang maksima disebabkan tiada faktor hujan yang membuang racun yang telah disembur dan kegagalan serangga untuk lari bersembunyi di kawasan sekitar.

x RPH - Penggunaan racun yang agak lebih dan keberkesanannya bergantung kepada faktor cuaca disebabkan hujan dan keadaan yang tidak menentu.

PRODUKTIVITI PEKERJA

RPH - Kerja-kerja penyemburan racun dan lain-lain dapat dilakukan tanpa mengira masa dan cuaca.
x RPH - Kerja-kerja bergantung kepada keadaan cuaca.

PURATA PENDAPATAN

RPH - untuk 3000 pokok dengan purata hasil 4kg satu pokok dan harga jualan RM3.00/kg
adalah RM36,000/musim

x RPH - untuk 4500 pokok dengan purata hasil 4kg sepokok dengan harga jualan RM3.00/kg
adalah RM54,000.00/musim.


Maksudnya, penanaman secara fertigasi memerlukan modal yang lebih dan kadar pulang modal di antara 3 - 4 tahun manakala secara semi-fertigasi kadar pulangan modal di antara 1 - 2 tahunj sahaja.

ini antara perbezaan RPH dan semi-fertigasi, namun bergantung kepada diri sendiri dan MODAL yang mampu dikeluarkan. Tetapi kalau niat di hati untuk menjalankan projek tanaman ini, saya amat berharap agar niat itu diteruskan kerana bila kita berbakti pada alam, alam akan memberi pulangan yang lumayan kepada kita bergantung pada niat dan ketentuan ALLAH swt.

Isnin, 21 Januari 2008

Masalah modal untuk bukak ladang/pertanian...


Sekarang nie boleh dikatakan setiap hari, ada saja pengujung yang datang melawat tempat aku, boleh check dalam buku log pelawat aku...semuanya berminat nak buat tapi masalah utama ialah modal...aku pun menghadapi masalah yang sama dulu tapi kalau kita bertekad nak buat, pasti ada jalan...

macam mana?...Apa-apa pun kita nak kena jugak ada modal permulaan jugak. so pertama sekali, aku pinjam dulu ngan ayah aku dalam RM8,000.00 (duit pencen dia nie). aku buat syarikat enterprise and aku discuzz ngan tuan tanah untuk dapat pengecualian sewa selama 6 bulan so aku boleh concentrate modal aku untuk tanah. Pada masa yang sama, aku discuzz ngan kawan-kawan aku yang berminat untuk melabur dalam projek nie, believe me, perkongsian membawa kepada kejayaan projek, payah nak buat sorang2 nie,...and aku dapat 3 orang partner yang sanggup menyumbang modal untuk projek nie tapi syaratnya, proposal mesti bagus supaya orang percaya yang kita betul-betul nak buat projek nie, yang penting untuk para pelabur nie, depa nak tau bila modal yang dikeluarkan akan dapat balik so kita kenalah present bagus-bagus.
selain itu, aku buat pinjaman Tekun Tani, dalam semua-semua tempat yang bagi pinjaman setakat nie, Yayasan Tekun saja yang ada pinjaman untuk memulakan projek pertanian maksudnya bila korang dah start tolak tanah, masa tu pun dah boleh mintak pinjaman. aku dapat pinjaman dalam RM15,000.00 dari Tekun dan aku mintak tolong isteri aku buat pinjaman peribadi Bank Rakyat so aku dapat lagi RM15,000.00. Partner aku lak join ngan aku dengan modal masing-masing, RM10,000 hingga RM50,000 tapi bukan mudah nak convince kan orang untuk melabur, payah la tapi kalau kena cara, insyaallah...
Kos aku sekarang dah mencapai RM100,000.00 tapi ini merangkumi semua bahagian la termasuk gaji pengurus ngan pekerja dll, so tak payah risau la ngan budget nie because bila kita involved ngan pertanian, susah nak dapat untung dalam masa setahun dua, ini semua untuk jangka masa panjang so sapa-sapa yang boleh tahan lama, dia berjaya...

nasihat aku, sekiranya korang betul-betul bertekad nak involved dalam pertanian, biarlah sepenuh hati jangan sekerat jalan, nanti frust and rugi...maintain..'nice guys finished last' kata Green Day....

Ringkasnya....mula-mula modal pinjam kat sapa-sapa,
pastu pinjam kat tekun, kalau boleh buat personal loan, ok gak buat modal tambahan,
pas tu join PErtubuhan Peladang, buat pinjaman PUP,
pas tu buat Pinjaman MARA and Belia Tani, KBS, nie yang mana-mana satu la atau pun hemtam je semua sekali janji boleh cover balik pinjaman peribadi,
pas tu barulah mintak peruntukan kerajaan melalui Jabatan Pertanian Daerah...
tapi kalau mengharap sangat bantuan atau dana kerajaan nie, payah lah sikit because depa nak bagi pun, nak kena tengok gak, korang nie betul2 nak buat ke atau nak melesapkan duit kerajaan je....

good luck..

Rabu, 9 Januari 2008

MAsalah Nak bukak ladang baru masa kini...

Memang dah jadi resam manusia yang sentiasa inginkan sesuatu tapi tak tahu macam mana, dan bila sampai masa, pasti ada yang mengambil kesempatan ke atas orang lain....

Inilah yang terjadi, hari nie dah masuk dua kali masalah yang sama berlaku. Tuan punya tanah yang selama ini mempunyai tanah yang tidak usahakan selama 15 hingga 20 tahun, tapi bila ada saja usahawan tani yang ingin memajukan tanah tersebut...mulalah timbul akal, tak nak disewakan tapi nak joint venture lah, nak buat sendiri lah, nak dapatkan peruntukan kerajaan dengan sendiri tapi yang mengusahakan bukan dia, tapi orang lain. Masalah ini sering terjadi dan mengganggu emosi saya yang berusaha mencari tanah, berusaha mencari pelabur dan berusaha menyiapkan segala dokumen perjanjian dan kertas kerja....last-last, tak jadi, tak sakit hati ke kalau kena macam tu...

Kenapa sebelum nie, bila kerajaan melaung-laungkan bahawa pertanian itu satu perniagaan, jarang sangat tuan tanah nie yang nak keluar sikit modal untuk buat pertanian. Orang yang macam saya nie pulak, yang tak dak tanah sendiri, kalut mencari tanah untuk disewakan atau dipajak untuk laksanakan projek pertanian tapi setelah diberitahu projek yang nak dijalankan kepada tuan tanah, dengan mudah aje diaorang kata nak buat sendiri, tanah tak nak dijual lah, macam-macam alasan...

Kalau dilihatkan sebelum ini, tanah yang nak disewakan langsung tak terurus, semak samun dan tuan tanah sendiri pun rasanya tak pernah nak menjenguk tanah tapi bila tahu ada projek nak dijalankan, dengan segera depa nampak potensi tanah, keuntungan dan faedah atas projek orang lain, terus datang akal yang bukan-bukan. Apa salahnya, sewakan dulu tanah tu dalam lima tahun lepas tu kalau nak amik balik pun, ambillah bukannya tanah tu nak lari, sewa bulanan dapat, cuma dok umah tunggu aje tiap-tiap hujung bulan, penyewa datang bagi duit daripada tak dapat langsung. banyak kali saya kena hadapi masalah ini...

Biarlah, kalau sikap sebegini tak berubah, last-last sekali tanah tu tetap kosong dan silap haribulan, terjual jugak kepada orang lain. Patah semangat...tidak sama sekali, setiap yang berlaku ada hikmahnya so bagi saya, pencarian tetap diteruskan sehingga nama saya ada dalam geran suatu hari nanti...bila dah ada tanah sendiri nanti, jangan sapa pun nak kacau, aku boleh buat ikut suka hati....tak payah nak bergantung dengan orang lain lagi.

Selasa, 8 Januari 2008

cili fertigasi - earthworks





Dah lama tak menulis nie because sibuk dengan kerja-kerja ladang. so sekarang ladang dah mula mengeluarkan hasil but before that, saya nak story sikit susah payahnya nak bukak ladang, this is the reality and bukan semua kerja mudah.
kerja-kerja earthworks berjalan hampir 3 bulan dari tarikh permulaan masuk tanah iaitu pada 23 April 2007. banyak kerja-kerja infrastuktur terpaksa dilakukan kerana tanah yang dipilih adalah bekas tanah dusun yang dipenuhi hampir 40 batang pokok cempedak yang berusia lebih 30 tahun....so apa lagi terpaksalah menebang dan membuang pokok-pokok tersebut.
pada fasa pertama, proses menebang dan membersihkan pokok dijalankan, susah jugak sebab pokok buloh ada dalam 3 rimbun, besar-besar pulak tu ini yang melambatkan kerja. namun atas dasar kesabaran, semua kerja-kerja cut-fill tanah untuk level ini dah selesai dalam masa 14 hari dengan kos hampir RM4 ribu.

Kerja-kerja tanah untuk level kedua dan ketiga bermula agak lewat iaitu selepas hampir 3 minggu disebabkan faktor hujan yang berterusan. Namun usaha pembersihan telah dijalankan selepas keadaan cuaca semakin pulih. untuk fasa ini, hanya mengambil masa 10 hari selepas dibuat secara intensif.

Kalau dulu kawasan ini nampak kecil dan sempit tetapi selepas kerja-kerja pembersihan, barulah nampak keadaan sebenar muka bumi ini...cantik dan lapang kepala serta mata sesiapa yang memandang. Penat tak usah cakap, daripada mula-mula masuk tanah, kereta kena parking tepi jalan sampailah kereta boleh masuk dalam, tuhan sajalah yang tahu betapa seronok dan bersyukurnya tahap awal ini selesai. Duit pun dah banyak habis, setakat ini dah hampir RM8 ribu sudah dibelanjakan.
Nak tengok tanah selepas selesai kerja earthworks, ada di bawah ini....