Isnin, 31 Mac 2014

INTERGRATED FARMING USING FERTIGATION SYSTEMS..TANAMAN INTERGRASI..

Bendi variati 'Jackpot'
Satu percubaan yang agak mencabar bagi saya dalam menjalankan sistem tanaman secara intergrasi kali ini. Dengan menggabungkan tanaman seperti Bendi, Terung dan Kailan dalam satu plot tanaman memberikan cabaran dan isu yang berlainan daripada tanaman secara individu. Namun kejayaan masih pada peringkat pertengahan apabila tanaman seperti Kailan mula mengeluarkan hasil yang memuaskan, begitu juga dengan terung dan bendi.

tanaman kailan sebagai tanaman pendamping
Idea untuk menjalankan tanaman secara intergrasi ini timbul apabila isu pergolakkan harga sayuran di pasaran baru-baru ini. Kejayaan mengeluarkan timun di Ladang Kundang sebanyak 12 MT, hanya untuk separuh musim disambut dengan berita yang kurang menyenangkan apabila harga jualan ladang menjunam sehingga ke paras RM0.20/kg. Keputusan terpaksa dibuat dengan menghentikan tanaman walaupun hanya separuh musim untuk mengelakkan kerugian yang semakin tinggi walaupun pada dasarnya memang keadaan sedia ada sudah nampak kerugiannya. Namun berbekalkan semangat juang yang tinggi dan tidak mahu berputus asa, saya mencuba tanaman secara intergrasi walaupun pada peringkat percubaan di Ladang Merbau Sempak dengan matlamat untuk mengeluarkan pelbagai jenis tanaman secara serentak dan melihat tanaman yang lebih mendominasi pasaran tempatan. Selain itu, saya juga ingin mencuba dengan lebih jauh tentang penggunaan baja fertigasi yang sesuai dengan setiap jenis tanaman yang saya tanam.
Kailan @ harga terkini RM3.00/kg

Pemilihan tanaman terung dan bendi yang dilihat sebagai tanaman 'musuh' antara satu sama lain menjadi pilihan atas dasar keupayaannya mengeluarkan hasil yang baik dalam masa yang singkat dan pasaran yang agak stabil. Di samping tanaman kailan yang saya lihat sebagai tanaman pendamping, yang mampu mengurangkan risiko penyakit terung

Terung yang baru mengeluarkan hasil @Ratna
dan bendi.  walaupun pada peringkat awalnya, dilihat sebagai satu projek yang berisiko tinggi dan tidak berbaloi, saya meletakkan harapan yang agak optimis bahawa tanaman secara intergrasi ini mampu menjana ekoni dan pendapat yang lebih berbanding tanama secara individu.

Hasil pemerhatian saya sepanjang projek ini dijalankan dan sedang dijalankan, tanaman kailan lebiih mendominasi daripada tanaman terung namun bagi tanaman bendi, ia tidak menjadi masalah serta mampu mengeluarkan hasil sebagai mana yang dijangkakan. Saya bertekad untuk menggunakan sistem tanaman secara intergrasi ini dengan lebih meluas bagi menampung kos yang tinggi dalam penanaman timun sebelum ini. Percubaan seterusnya akan saya lakukan adalah dengan menggabungkan tanaman cili merah dengan tanaman kailan. Walaupun telah ada bukti bahawa projek intergrasi cili dan kailan ini berjaya, namun dalam suasana persekitaran baru dan tempat baru, kejayaannya masih belum dapat diakui lagi selagi sistem ini tidak digunapaki dengan cara yang lebih meluas. Cuma masa sahaja yang dapat menentukan kejayaannya.

Dalam menjalankan projek pertanian seperti ini, kesabaran dan keyakinan yang tinggi amat-amat diperlukan. Sekali melangkah masuk dalam bidang pertanian ini, pastikan tiada jalan untuk berpatah balik agar idea dan tekad kita akan lebih tinggi dalam memastikan kejayaan projek yang sedang kita usahakan. Bak kata orang" dalam 10 kali kita menanam, kalau jadi 5 kali pun, sudah memadai untuk kita menampung keperluan dan modal projek"...

KURSUS TANAMAN SECARA FERTIGASI SIRI 04/2014

PENDAFTARAN DI BUKA SEKARANG....
KURSUS TANAMAN SECARA FERTIGASI SIRI 04/2014

 
TARIKH : 26hb APRIL 2014 (SABTU)

TEMPAT : LADANG FERTIGASI KG MERBAU SEMPAK, SG BULOH, SELANGOR.

ANJURAN : NIA AGROTECH

YURAN/FEES : RM 200.00


TEMPAT ADALAH TERHAD KEPADA 10 ORANG SAHAJA. SILA DAFTARKAN DIRI ANDA DENGAN SEGERA.

TENTATIF PROGRAM:
9.00 pg      - PENGENALAN/ASAS SISTEM FERTIGASI
10.00 pg    - PENGURUSAN TANAMAN -SEMAIAN/MEDIUM/INFRASTRUKTUR
11.00 pg    - MINUM PAGI
11.30 pg    - PEMBAJAAN -PENGENALAN/ FUNGSI/ FORMULA/
                    CARA PENYEDIAAN STOK BAJA
1.00ptg      - MAKAN TENGAH HARI
2.00ptg      - KAWALAN PENYAKIT & SERANGGA
3.30ptg      - MINUM PETANG
4.00ptg      - LAWATAN LADANG CILI & ROCK MELON
6.00 ptg     - BERSURAI

OBJEKTIF KURSUS :

  • MEMPERKENALKAN SISTEM TANAMAN SECARA FERTIGASI
  • MEMAHAMI ASPEK PENGURUSAN LADANG, PEMBAJAAN DAN KAWALAN PENYAKIT.
  • MENUMPUKAN KEPADA PENYEDIAAN DIRI UNTUK MENJALANKAN PROJEK FERTIGASI
PELAKSANAAN KURSUS:
  • NOTA DAN SIJIL PENYERTAAN DISEDIAKAN
  • PENERANGAN DIBERIKAN SECARA TEORI & PRAKTIKAL
  • PENUMPUAN LEBIH KEPADA PERMASALAHAN DAN PENYELESAIAN DALAM MENJALANKAN PROJEK FERTIGASI.
UNTUK PENDAFTARAN, SILA HUBUNGI:-

EN RUHIZAL NAZMAN ALIAS
019-6934451
ruhizal@gmail.com

*PEMBAYARAN YURAN PERLU DIJELASKAN SEBELUM 25 APRIL 2014 KE AKAUN
RUHIZAL NAZMAN ALIAS (MAYBANK:-1643 9793 1412) DAN SIMPAN RESIT PEMBAYARAN UNTUK RUJUKAN PENDAFTARAN.

SILA EMAILKAN ATAU SMS KE 019-693 4451 , MAKLUMAT PERIBADI TERMASUK NAMA, ALAMAT, NO KP DAN NO TEL UNTUK RUJUKAN PIHAK KAMI 

PAKAIAN :- BERSESUAIAN

Sabtu, 15 Mac 2014

KURSUS TANAMAN SECARA FERTIGASI SIRI 03/2014

PENDAFTARAN DI BUKA SEKARANG....
KURSUS TANAMAN SECARA FERTIGASI SIRI 03/2014

 
TARIKH : 29hb MAC 2014 (SABTU)

TEMPAT : LADANG FERTIGASI KG MERBAU SEMPAK, SG BULOH, SELANGOR.

ANJURAN : NIA AGROTECH

YURAN/FEES : RM 200.00


TENTATIF PROGRAM:
9.00 pg      - PENGENALAN/ASAS SISTEM FERTIGASI
10.00 pg    - PENGURUSAN TANAMAN -SEMAIAN/MEDIUM/INFRASTRUKTUR
11.00 pg    - MINUM PAGI
11.30 pg    - PEMBAJAAN -PENGENALAN/ FUNGSI/ FORMULA/
                    CARA PENYEDIAAN STOK BAJA
1.00ptg      - MAKAN TENGAH HARI
2.00ptg      - KAWALAN PENYAKIT & SERANGGA
3.30ptg      - MINUM PETANG
4.00ptg      - LAWATAN LADANG CILI & ROCK MELON
6.00 ptg     - BERSURAI

OBJEKTIF KURSUS :
  • MEMPERKENALKAN SISTEM TANAMAN SECARA FERTIGASI
  • MEMAHAMI ASPEK PENGURUSAN LADANG, PEMBAJAAN DAN KAWALAN PENYAKIT.
  • MENUMPUKAN KEPADA PENYEDIAAN DIRI UNTUK MENJALANKAN PROJEK FERTIGASI
PELAKSANAAN KURSUS:
  • NOTA DAN SIJIL PENYERTAAN DISEDIAKAN
  • PENERANGAN DIBERIKAN SECARA TEORI & PRAKTIKAL
  • PENUMPUAN LEBIH KEPADA PERMASALAHAN DAN PENYELESAIAN DALAM MENJALANKAN PROJEK FERTIGASI.
UNTUK PENDAFTARAN, SILA HUBUNGI:-

EN RUHIZAL NAZMAN ALIAS
019-6934451
ruhizal@gmail.com

*PEMBAYARAN YURAN PERLU DIJELASKAN SEBELUM 27 MAC 2014 KE AKAUN
RUHIZAL NAZMAN ALIAS (MAYBANK:-1643 9793 1412) DAN SIMPAN RESIT PEMBAYARAN UNTUK RUJUKAN PENDAFTARAN.

SILA EMAILKAN MAKLUMAT PERIBADI TERMASUK NAMA, ALAMAT, NO KP DAN NO TEL UNTUK RUJUKAN PIHAK KAMI 

PAKAIAN :- BERSESUAIAN