Jumaat, 11 Jun 2010

Tanaman Rock melon..

Antara hasil keluaran Nia Agrotech, buah rock melon berkembar. Boleh dijadikan perhiasan aromaterapi dalam kereta, cuma buah kembar macam nie agak jarang terhasil.

Permintaan terhadap buah rock melon ini amat menggalakkan dan mempunyai pasaran yang luas bergantung kepada jumlah penghasilan sesebuah ladang. Ramai yang tidak mengetahui tentang buah ini dan mengganggap seperti buah 'labu' (antara pengalaman semasa menjual buah ini di pameran anjuran Peladang selangor). Sebenarnya buah ini berupaya ditanam di Malaysia sama ada menggunakan sistem fertigasi atau konvensional. Perkara yang paling utama dalam menetukan gred buah ini adalah rupa bentuk luaran buah/kulit buah yang cantik diselaputi akar-akar putih yang unik, kemanisan buah dalam ukuran brix antara 14 - 17, serta berat buah yang melebihi 1.5kg sebiji untuk dikategorikan sebagai buah gred A. Harga purata untuk hasilan ladang adalah di antara RM3.50 - RM4.00 manakala harga runcit di sekitar RM 7.00 - RM8.00 sekilogram. Sekiranya dibeli di Hypermarket atau Pasaraya terkemuka, harga sekilogram buah ini boleh mencecah RM10.00/kg.

Proses penanaman buah rock melon ini tidak sukar dan masalah serangga perosak dan kulat lebih rendah berbanding dengan penanaman cili secara fertigasi. Masalah utama adalah penyakit berkaitan kulat 'kelampuk Downy' (daun bertompok kuning) dan kulat batang yang menyerang pada batang utama pokok terutamanya di bahagian bawah/pangkal. Di samping itu, serangga perosak seperti lalat buah akan menyerang buah-buah yang hampir matang dengan menebuknya dari luar. Namun permasalahan ini akan dapat diatasi dengan penjagaan yang lebih baik, aturan baja yang bersistematik, buah yang hampir matang di balut, dan penggunaan racun kulat/serangga yang minima tetapi berkesan. Penggunaan hormon penarik serangga seperti ME (Methyl Euganol) yang menarik lalat buah jantan amat berkesan untuk melindung buah daripada serangan serangga perosak ini jika digunakan dengan betul.

Dari segi kos, penanaman rock melon ini agak tinggi pada peringkat permulaan / infrastrukturnya yang memerlukan Rumah Pelindung Hujan dan pemasangan sistem pengairan. Namun dari segi kos berubah / penanaman termasuk baja, racun, semaian, media agak rendah berbanding tanaman fertigasi yang lain. Contohnya, penggunaan baja Stok A dan B (200liter) hanya di sekitar 5-7 stok untuk jangkamasa 3 bulan/musim berbanding penanaman cili fertigasi yang menggunakan baja di sekitar 15 - 20 stok semusim dan penggunaan racun lebih rendah berbanding tanaman cili kerana harga jualan racun kulat lebih murah dan racun serangga yang minima.

Masih banyak kekurangan dari segi bekalan buah ini untuk pasaran tempatan dan luar negara. Kita mengganggap buah ini adalah buah-buahan import dari Australia dan Jepun namun realitinya kebanyakan buah rock melon di pasaran dalam negara adalah buah-buahan hasilan tempatan yang mempunyai kualiti buah import. Malah ada ladang-ladang yang telah berjaya mengeksport buah ini ke pasaran antarabangsa. Justeru itu, sebagai rakyat Malaysia yang bersemangat patriotisme, belilah buah-buahan tempatan dan menyokong keluaran buah-buahan tempatan.

Namun agak sukar untuk mendapatkan buah rock melon ini di pasar-pasar tani dan pasaraya disebabkan ketidakmampuan kita mengeluarkan buah ini untuk memenuhi permintaan pasaran tempatan. Malah, terdapat usaha pengeluaran dilakukan untuk menampung pasaran tempatan namun kualiti buah tidak memenuhi kehendak pelanggan tempatan kerana buah rock melon yang dijual boleh dikategorikan dalam gred C (kulit tak cantik dan tahap kemanisan di bawah paras 13 / rasa seperti makan timun jer). Impaknya, pengguna tempatan mengadu yang harga melangkaui kualiti buah yang dibeli, satu penganiayaan kepada pengguna. Lantas, satu langkah yang besar perlu dilakukan untuk mengimbangi permintaan dengan pengeluaran buah rock melon ini untuk pasaran tempatan dengan kualiti buah yang tinggi.

Memang diakui, banyak perancangan dan pelaksanaan dilakukan oleh kerajaan dalam mempromosikan buah ini namun impaknya masih kecil di kalangan pengguna tempatan. Malah dalam Rancangan Malaysia ke-9, banyak projek-projek fertigasi dijalankan tetapi tumpuan lebih diberikan kepada penanaman cili disebabkan permintaan yang tinggi dan harga yang tinggi pada tiap hujung tahun. Namun jika dikaji, trend harga cili di pasaran tidak menentu dan sukar diduga menyebabkan banyak projek yang dilaksanakan gagal mendapat pulangan yang baik. Sebagai contohnya, harga cili pada awal tahun sekitar bulan Januari - Julai di sekitar RM 4.00 - RM2.00/kg jika dibandingkan harga pada bulan Ogos - Disember yang mencecah RM 8.00 - RM12.00/kg disebabkan pengeluaran ladang-ladang cili yang besar di sekitar Pantai Timur (Kelantan/ Terengganu) terjejas akibat monson. hujan yang berpanjangan/ banjir. Situasi ini disedari oleh para pengeluar terutama di sekitar Pantai Timur dan usaha untuk mendapatkan harga tinggi pada waktu puncak ini dilakukan secara intensif dengan mensasarkan pengeluaran ladang mereka pada bulan Ogos - Disember. Impaknya, tidak mustahil harga cili pada hujung tahun nanti akan jatuh di sekitar RM4.00 sekiranya semua pengeluar mempunyai matlamat yang sama. Sebagai contoh, di Kelantan pada masa kini, penanaman cili dilakukan secara fertigasi dengan menggunakan Rumah Pelindung Hujan bagi menyelesaikan masalah cuaca yang sering mengganggu pengeluaran peladang dan langkah ini diadakan secara besar-besaran. Malah terdapat perancangan berskala besar akan dilakukan dalam masa terdekat iaitu menyediakan sebuah ladang fertigasi cili yang menggunakan Rumah Pelindung Hujan di sekitar Kelantan. Sekiranya projek-projek ini berjaya dilaksanakan dengan betul, secara positifnya, keperluan cili tempatan akan dapat dipenuhi dan pengguna akan mendapat harga yang stabil di sekitar RM6 sepanjang tahun dan pengeluar pula tidak perlu takut lagi dengan 'mainan' harga cili tempatan cuma untuk mendapat untung yang 'melampau' pada tempoh tertentu sudah tidak wujud lagi. Saya menyokong langkah ini kerana tiada lagi penganiayaan berlaku sama ada bagi pihak pengeluar mahu pun pengguna.

Cadangan saya, terutamanya penanam cili yang mempunyai Rumah Pelindung Hujan, sekiranya lambakan cili berlaku lagi yang menyebabkan harga turun merundum, alternatifnya adalah dengan mengusahkan tanaman rock melon. Dengan kos penanaman yang rendah dan hasil yang cepat di sekitar 65 - 90 hari semusim dan harga jualan masih stabil.

RN 4@Nia agroetch2010

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya amat tertarik dgn projek fertigasi saudara terutama tamanan rock melon fertigasi memandangkan saya ada jgk mengusaha tanaman ini di terengganu,saya harap kita dapat bertukar-takar maklumat/pengalaman dr masa kesemasa..sy juga rasa berminat utk membuat lawatan ke tempat saudara...trg_ganu@yahoo.com.my

Mohd Azlan berkata...

Boleh kah saudara menunjuk ajar cara-cara yang betul menanam pokok rock melon ini? saya ada cuba menanam 2 batang pokok ini untuk melihat hasilnya. pokok keluar banyak bunga tetapi buahnya tidak lekat. saya berminat untuk mengusahakan nya dalam skala yang besar. Terima kasih. Email saya : Lan_archi@yahoo.com

rauuf abdul berkata...

minta tunjuk ajar kerana saya ingin mencuba di sabah/sarawak/brunei. abdulrauufms@gmail.com

Chandra Ramprakash berkata...

kami ada stock coco peat .
harga ialh. RM6 untok 5kg block.
discount boleh d beri kloe order libeh dari 2000 block.
call. 0123795729
Chandra R
marketing@seribubio.com

tengku berkata...

nak tanya,racun kulat jenis apa yang sesuai untuk kawalan serangga kulat di bahagian pangkal?