Isnin, 14 November 2011

Laporan Kursus Fertigasi pada 12 November 2011

Alhamdulillah, kursus ini telah selesai dijalankan dengan kehadiran 5 orang peserta yang berminat tentang sistem fertigasi ini. Kursus kali ini diadakan di Ladang Merbau Sempak dalam suasana yang agak redup disebabkan hujan lebat yang turun pada awal pagi ini.

Peserta kebanyakannya berminat tentang sistem fertigasi ini berdasarkan kelebihan yang terdapat dalam sistem ini. Namun dalam suasana harga sayuran yang meninggi sekarang ini, masing-masing cuba mencari jenis tanaman yang cepat dan menguntungkan dengan margin profit yang tinggi.

Penyelesaian adalah melalui penggunaan sistem fertigasi apabila kita mampu untuk menentukan jenis tanaman, hasil pengeluaran dan masa penuaian mengikut keperluan semasa. Diharapkan para peserta mampu mencari haluan, semangat dan keyakinan diri untuk menceburi diri dalam bidang pertanian ini.