Jumaat, 17 Februari 2012

KURSUS TANAMAN SECARA FERTIGASI SIRI 03/2012

KURSUS TANAMAN SECARA FERTIGASI SIRI 03/2012
 
TARIKH : 25HB FEBRUARI 2012 (SABTU)

TEMPAT : LADANG FERTIGASI KG MERBAU SEMPAK, SG BULOH, SELANGOR.

ANJURAN : NIA AGROTECH

YURAN/FEES : RM 200.00


TENTATIF PROGRAM:
9.00 pg      - PENGENALAN/ASAS SISTEM FERTIGASI
10.00 pg    - PENGURUSAN TANAMAN -SEMAIAN/MEDIUM/INFRASTRUKTUR
11.00 pg    - MINUM PAGI
11.30 pg    - PEMBAJAAN -PENGENALAN/ FUNGSI/ FORMULA/
                    CARA PENYEDIAAN STOK BAJA
1.00ptg      - MAKAN TENGAH HARI
2.00ptg      - KAWALAN PENYAKIT & SERANGGA
3.30ptg      - MINUM PETANG
4.00ptg      - LAWATAN LADANG CILI & ROCK MELON
6.00 ptg     - BERSURAI

OBJEKTIF KURSUS :
  • MEMPERKENALKAN SISTEM TANAMAN SECARA FERTIGASI
  • MEMAHAMI ASPEK PENGURUSAN LADANG, PEMBAJAAN DAN KAWALAN PENYAKIT.
  • MENUMPUKAN KEPADA PENYEDIAAN DIRI UNTUK MENJALANKAN PROJEK FERTIGASI
PELAKSANAAN KURSUS:
  • NOTA DISEDIAKAN
  • PENERANGAN DIBERIKAN SECARA TEORI & PRAKTIKAL
  • PENUMPUAN LEBIH KEPADA PERMASALAHAN DAN PENYELESAIAN DALAM MENJALANKAN PROJEK FERTIGASI.
UNTUK PENDAFTARAN, SILA HUBUNGI:-

EN RUHIZAL NAZMAN ALIAS
019-6934451
ruhizal@gmail.com

*PEMBAYARAN YURAN PERLU DIJELASKAN SEBELUM 23HB FEBRUARI 2012 KE AKAUN
RUHIZAL NAZMAN ALIAS (MAYBANK:-1643 9793 1412) DAN SIMPAN RESIT PEMBAYARAN UNTUK RUJUKAN PENDAFTARAN.

SILA EMAILKAN MAKLUMAT PERIBADI TERMASUK NAMA, ALAMAT, NO KP DAN NO TEL UNTUK RUJUKAN PIHAK KAMI

PAKAIAN :- BERSESUAIAN

Khamis, 2 Februari 2012

NIA AGROTECH MELANGKAH KE SABAH@PART 2

Dengan kerjasama erat antara Nia Agrotech dan eVa Groups Sdn Bhd, syarikat telah melangkahkan kakinya ke Sabah, Negeri Di Bawah Bayu untuk mewujudkan sebuah kawasan malah berhasrat untuk menjadikan Sabah sebagai sebuah negeri yang berasaskan pertanian moden iaitu fertigasi. 

Persoalan yang timbul adalah kenapa saya memilih Sabah sebagai pusat untuk mengembangkan industri pertanian moden ini. Jika di kaji mengenai bentuk muka bumi, jenis tanaman dan peluang perniagaan, Sabah adalah tempat yang terbaik untuk mengembangkan teknologi ini.

Ini berdasarkan kepada kawasan tanah pertanian yang luas di sekitar negeri Sabah yang masih belum diusahakan serta amat berpotensi untuk dimajukan dengan pertanian moden ini. Di sekitar Kota Kinabalu dan Penampang sahaja pun, kita dapat lihat tanah-tanah kosong yang mempunyai kemudahan sumber air seperti sungai yang boleh dimajukan. Hanya isunya di sini adalah bagaimana untuk menyedarkan pemilik-pemilik tanah tentang potensi yang ada di tanah-tanah mereka melalui sistem pertanian moden. Tanah-tanah sawah yang tidak diusahakan amat berpotensi untuk disewa atau pajak daripada pemilik tanah yang kebanyakkan membiarkan tanah-tanah ini kosong tanpa sebarang projek pertanian.

Faktor kedua adalah peluang perniagaan dalam bidang pengeluaran hasil makanan/tani. Tidak dinafikan, di Sabah, terdapat banyak tamu-tamu yang menjual hasil pertanian dan perikanan yang terdapat di sekitar negeri. Namun masalah yang telah saya bincangkan sebelum ini adalah bekalan hasil yang berterusan (constant supply) iaitu terdapat masa-masa tertentu di negeri ini yang terputus bekalan sayuran khususnya seperti tomato, timun jepun, terung dan sebagainya. Malah yang lebih menarik, tidak ada pengeluaran buah 'Rock Melon' di Sabah, dan kebanyakan yang ada di pasaran adalah buah yang diimport dari Australia. Ini dilihat sebagai satu peluang yang amat besar untuk saya memasuki ruang pasaran tempatan dengan memastikan bahawa bekalan sayuran ini sentiasa ada di pasaran serta mengeluarkan buah rock melon dengan jenama tempatan. Selain itu, peluang untuk mengeksport hasil pertanian ini juga terbuka luas.

Ketiga adalah kesedaran petani atau peladang tempatan tentang peripentingnya teknologi pertanian moden ini dalam memastikan hasil keluaran ladang mereka dapat memenuhi gred atau kualiti yang baik di pasaran. Sedia maklum, cuaca di Sabah ini agak berbeza dengan Semenanjung Malaysia berdasarkan taburan hujan yang mengikut musim. Faktor cuaca ini mempengaruhi hasil pengeluaran ladang tempatan. Dengan memperkenalkan sistem fertigasi dan Rumah Pelindung Hujan dan yang lebih menarik, 'Tanaman tergantung / Hanging Garden', akan dapat membantu para peladang meningkatkan hasil pengeluaran mereka tanpa perlu melihat kepada permasalahan cuaca. Justeru, saya dan rakan-rakan kongsi di sini mula mengadakan preview and kursus untuk memberi kesedaran serta mengajar teknik yang betul dalam sistem fertigasi kepada penduduk tempatan yang berminat. Respon yang dapat dilihat amat positif kerana pengusaha tempatan sentiasa mencari alternatif dan teknologi baru untuk memperbaiki hasil pengeluaran ladang-ladang mereka.

Saya amat-amat berharap agar suatu hari nanti akan wujud satu kawasan di Sabah yang dikenali sebagai 'ROCKMELON VALLEY @ RM VALLEY' yang merupakan satu idea syarikat untuk sekian lama.......


Ahad, 29 Januari 2012

KURSUS TANAMAN SECARA FERTIGASI SIRI 02/2012

KURSUS TANAMAN SECARA FERTIGASI SIRI 02/2012


TARIKH : 11 FEBRUARI 2012 (SABTU)

TEMPAT : LADANG FERTIGASI KG MERBAU SEMPAK, SG BULOH, SELANGOR.

ANJURAN : NIA AGROTECH

YURAN/FEES : RM 200.00

TENTATIF PROGRAM:


9.00 pg - PENGENALAN/ASAS SISTEM FERTIGASI


10.00 pg - PENGURUSAN TANAMAN -SEMAIAN/MEDIUM/INFRASTRUKTUR


11.00 pg - MINUM PAGI


11.30 pg - PEMBAJAAN -PENGENALAN/ FUNGSI/ FORMULA/


CARA PENYEDIAAN STOK BAJA


1.00ptg - MAKAN TENGAH HARI


2.00ptg - KAWALAN PENYAKIT & SERANGGA


3.30ptg - MINUM PETANG


4.00ptg - LAWATAN LADANG CILI & ROCK MELON


6.00 ptg - BERSURAI






OBJEKTIF KURSUS :

MEMPERKENALKAN SISTEM TANAMAN SECARA FERTIGASI


MEMAHAMI ASPEK PENGURUSAN LADANG, PEMBAJAAN DAN KAWALAN PENYAKIT.


MENUMPUKAN KEPADA PENYEDIAAN DIRI UNTUK MENJALANKAN PROJEK FERTIGASI


PELAKSANAAN KURSUS:






NOTA DISEDIAKAN


PENERANGAN DIBERIKAN SECARA TEORI & PRAKTIKAL


PENUMPUAN LEBIH KEPADA PERMASALAHAN DAN PENYELESAIAN DALAM MENJALANKAN PROJEK FERTIGASI.


UNTUK PENDAFTARAN, SILA HUBUNGI:-

EN RUHIZAL NAZMAN ALIAS


019-6934451


ruhizal@gmail.com






*PEMBAYARAN YURAN PERLU DIJELASKAN SEBELUM 9 FEBRUARI 2012 KE AKAUN
RUHIZAL NAZMAN ALIAS (MAYBANK:-1643 9793 1412) DAN SIMPAN RESIT PEMBAYARAN UNTUK RUJUKAN PENDAFTARAN.

SILA EMAILKAN MAKLUMAT PERIBADI TERMASUK NAMA, ALAMAT, NO KP DAN NO TEL UNTUK RUJUKAN PIHAK KAMI
PAKAIAN :- BERSESUAIAN

Selasa, 3 Januari 2012

KURSUS TANAMAN SECARA FERTIGASI SIRI 01/2012

KURSUS TANAMAN SECARA FERTIGASI SIRI 01/2012
 
TARIKH : 7 JANUARI 2012 (SABTU)

TEMPAT : LADANG FERTIGASI KG MERBAU SEMPAK, SG BULOH, SELANGOR.

ANJURAN : NIA AGROTECH

YURAN/FEES : RM 200.00


TENTATIF PROGRAM:
9.00 pg      - PENGENALAN/ASAS SISTEM FERTIGASI
10.00 pg    - PENGURUSAN TANAMAN -SEMAIAN/MEDIUM/INFRASTRUKTUR
11.00 pg    - MINUM PAGI
11.30 pg    - PEMBAJAAN -PENGENALAN/ FUNGSI/ FORMULA/
                    CARA PENYEDIAAN STOK BAJA
1.00ptg      - MAKAN TENGAH HARI
2.00ptg      - KAWALAN PENYAKIT & SERANGGA
3.30ptg      - MINUM PETANG
4.00ptg      - LAWATAN LADANG CILI & ROCK MELON
6.00 ptg     - BERSURAI

OBJEKTIF KURSUS :
  • MEMPERKENALKAN SISTEM TANAMAN SECARA FERTIGASI
  • MEMAHAMI ASPEK PENGURUSAN LADANG, PEMBAJAAN DAN KAWALAN PENYAKIT.
  • MENUMPUKAN KEPADA PENYEDIAAN DIRI UNTUK MENJALANKAN PROJEK FERTIGASI
PELAKSANAAN KURSUS:
  • NOTA DISEDIAKAN
  • PENERANGAN DIBERIKAN SECARA TEORI & PRAKTIKAL
  • PENUMPUAN LEBIH KEPADA PERMASALAHAN DAN PENYELESAIAN DALAM MENJALANKAN PROJEK FERTIGASI.
UNTUK PENDAFTARAN, SILA HUBUNGI:-

EN RUHIZAL NAZMAN ALIAS
019-6934451
ruhizal@gmail.com

*PEMBAYARAN YURAN PERLU DIJELASKAN SEBELUM 6 JANUARI 2012 KE AKAUN
RUHIZAL NAZMAN ALIAS (MAYBANK:-1643 9793 1412) DAN SIMPAN RESIT PEMBAYARAN UNTUK RUJUKAN PENDAFTARAN.

SILA EMAILKAN MAKLUMAT PERIBADI TERMASUK NAMA, ALAMAT, NO KP DAN NO TEL UNTUK RUJUKAN PIHAK KAMI

PAKAIAN :- BERSESUAIAN

Selasa, 27 Disember 2011

SUATU MUSIM YANG MENGECEWAKAN....

Satu musim yang amat mengecewakan. 
Berdasarkan harga timun dan sayur-sayuran yang rendah di bawah paras kos pengeluaran, hasil jualan amat rendah dan merugikan. Saya mengambil langkah untuk mengubah tanaman daripada Rock Melon kepada timun atas dasar kos pengeluaran dan margin keuntungan yang agak tinggi. Di samping kos pengeluaran atau musim menuai yang singkat berbanding rock melon, Timun dilihat sebagai satu tanaman yang mampu membawa keuntungan yang besar kepada ladang-ladang kecil berdasarkan jumlah pengeluarannya yang tinggi. Namun, setelah mencuba sebanyak 3 musim, tanaman ini sebenarnya membawa lebih banyak masalah dalam aspek pemasaran dan penjagaan.

Penanaman Timun memerlukan kajian yang lebih mendalam tentang variati dan keperluan pasaran. Sepanjang 3 musim yang lalu, sebanyak 3 jenis variati timun telah ditanam dan yanbg menyedihkan ialah tidak pernah sekali pun dapat mengikut kehendak pasaran. (FYI:vVariati timun memang banyak di pasaran). Kali pertama, timun susu dari lee keat seed. Respon yang diterima bahawa variati timun ini kurang mendapat sambutan pengguna kerana bijinya yang agak besar dan cepat tua. Selain itu, pengguna lebih gemar membeli timun hijau berbanding dengan timun susu. Harga purata RM0.80/kg. Lantas, variati seterusnya adalah timun hijau. Respon yang diterima pula amat berbeza. Dikatakan timun variati ini agak keras, dan kurang mendapat sambutan pelanggan berdasarkan kulitnya yang berwarna hijau dan dilihat sebagai timun muda, susah nak jual. Harga purata RM1.00/kg. Memandangkan harga yang boleh tahan, maka saya mengikut nasihat rakan-rakan yang telah biasa dengan tanaman ini, untuk menukar kepada variati Timun Susu yang dikenali sebagai 'Timun Tangkak' sebab pengeluar benihnya dari Tangkak, Johor. Sekali lagi, masalah melanda apabila dikatakan terdapat lambakan timun di pasaran, menyebabkan variati timun ini tidak dapat dijual dan tidak mendapat sambutan di kalangan pengguna. Harga purata RM0.50/kg. Isunya disini, adakah benar bahawa para pelanggan atau pengguna dapat membezakan timun-timun ini mengikut variati yang tertentu yang menyebabkan mereka begitu memilih jenis timun yang dijual atau hanya alasan para pemborong tempatan untuk memberikan harga yang kurang munasabah kepada saya. Persoalan ini sentiasa bermain di fikiran kerana sekiranya timun-timun dijual secara terus kepada pengguna, saya masih boleh mendapat harga RM1.00/kg cuma masalahnya ialah saya tidak boleh menjual terus kepada pelanggan dalam kuantiti yang banyak dalam masa dua hari sedangkan pengeluaran timun di ladang mencecah 200kg dalam masa dua hari.

Aspek kedua adalah berkaitan dengan anggaran pengeluaran. Dikatakan kepada saya, sebatang pokok timun mampu menghasilkan 5 kg sepanjang musim selama dua bulan. Jadi mengikut anggaran saya, sekiranya saya menanam 6000 pokok, saya mampu mendapat hasil sehingga 30MT semusim dan dengan anggapan harga timun  stabil iaitu RM1.00/kg, saya mampu mendapat pendapatan kasar mencecah RM30,000 semusim. Kita mengambil pengiraan yang selamat iaitu dengan membuat anggaran bahawa sepokok timun hanya mengeluarkan 2kg semusim. Dengan kapasiti 6000 pokok, saya masih mampu mendapat 12MT semusim dan anggaran pendapatan mencecah RM12,000 semusim. Isunya, adakah benar sepokok timun mampu menghasilkan 5 kg sepokok/semusim atau hanya satu anggaran kasar para penanam tentang kemampuan pokok timun untuk mengeluarkan hasil. Selain itu, adakah sistem atau aspek penjagaan yang saya lakukan salah sehingga menyebabkan hasil pengeluaran untuk musim timun ini hanya mengeluarkan 2MT timun daripada 6000 pokok atau pun hanya mitos bahawa timun mampu mengeluarkan hasil yang banyak

Rasa tertekan dengan hasil pengeluaran dan harga jualan ini menyebabkan saya berfikir dan mengkaji semula kebaikan dan keburukan tanaman ini berbanding dengan tanaman rock melon. Seandainya saya mampu menarik balik kata-kata saya sebelum ini sama ada di dalam blog atau pun kepada para peserta kursus yang hadir, saya syorkan tanaman timun boleh ditanam tetapi perlu kajian yang lebih mendalam lagi tentang isu variati dan kos pengeluaran. Walaupun dari aspek penjagaan lebih mudah berbanding tanaman rock melon dan cili, tetapi adakah hasilnya berbaloi dengan kos pengeluaran.

Catatan ini berdasarkan pengalaman sendiri dan sekiranya ada kesilapan dalam fakta, saya minta dikecualikan tetapi apa yang berlaku adalah apa yang ditanggung oleh pihak saya sekarang.




Selasa, 13 Disember 2011

Projek Pemasangan Rumah Pelindung Hujan di Gunung Semanggol, Perak.

Projek pemasangan Rumah Pelindung Hujan milik En Shaiful Azran di Kampung Tengah, Gunung Semanggol, Perak telah selesai dijalankan dan sekarang dalam rangka kerja untuk menyiapkan sistem pengairan fertigasi untuk 1000 beg Rock Melon. Kerja-kerja pemasangan akan dijalankan dalam beberapa hari lagi dengan bantuan tenaga kerja tempatan. 

Kerja-kerja pemasangan RPH ini mengambil masa yang agak lama disebabkan faktor cuaca yang kurang mengizinkan. Keadaan tapak projek yang agak berlumpur dengan hujan yang lebat melambatkan proses pemasangan ini namun dengan segala usaha yang dilakukan, kerja-kerja pemasangan RPH ini dapat diselesaikan.

KERJA-KERJA MENGUKUR TAPAK RPH
KERJA-KERJA PERSIAPAN TIANG RPH





KERJA-KERJA PEMASANGAN TIANG DAN KONKRIT  

KERJA-KERJA PEMASANGAN ALANG RPH
KERJA-KERJA PEMASANGAN KONDUIT BUMBUNG
KERJA-KERJA PEMASANGAN ALANG KONDUIT
SMILEY FACES - KERJA-KERJA HAMPIR SELESAI

KERJA-KERJA PEMBINAAN RUMAH TANGKI


HAPPY FARMING............

Khamis, 1 Disember 2011

Hasil Tani: Pemasaran Di Sabah

 Peluang pemasaran hasil tani di Sabah masih terbuka luas untuk para petani, peladang dan sesiapa saja yang berminat dalam bidang pengeluaran hasil tani atau perladangan terutamanya dengan menggunakan sistem fertigasi.

  Pelbagai jenis sayuran dijual di Sabah. Di 'Wong Kok' yang terletak di Bundusan, kita boleh mendapat pelbagai jenis sayuran sama ada dikeluarkan oleh petani sekitar dan juga para petani dari Kundasang. Tempat ini adalah pasar borong yang terbesar di sini yang menjual pelbagai hasil tani secara terus kepada para pelanggan. Satu kajian melalui soal selidik dan temuramah dengan para pemborong dan penjual sayur disini menyatakan bahawa peluang pemasaran untuk para peladang sayur di negeri ini masih luas dan masih banyak ruang yang boleh diterokai. Masalah utama dalam pengeluaran sayur di sini adalah pengeluaran hasil bermusim dan tidak berterusan (constant supply). Isu ini menyebabkan harga sayur di sini menadi tidak menentu dan tidak mempunyai patent yang tersendiri. Walaupun harga ladang di sini lebih tinggi berbanding di Semenanjung Malaysia tetapi dengan kos pengeluaran yang meningkat serta cuaca yang tidak menentu menyebabkan para peladang di Sabah menghadapi masalah pengeluaran yang berterusan. Enam minggu yang lalu, harga timun susu di sekitar pasar ini mencecah sehingga RM4/kg namun kini menurun secara mendadak ke tahap RM0.85/kg. Begitu juga dengan harga cili besar/merah yang jatuh daripada RM25/kg ke tahap RM2.00/kg. Mengikut para pemborong, masalah ini timbul disebabkan tiada satu sistem pengeluaran yang mengawal lambakan hasil pertanian dan sayur-sayuran di Sabah. Setiap kali harga sayur meningkat sebagai contoh, harga cili yang mencapai RM25/kg, para peladang akan mengambil langkah drastik dengan membeli semua benih cili yang ada dan mula menanam cili tersebut dan apabila tiba musim menuai, akan berlaku lambakan cili di pasaran menyebabkan harga cili turun mendadak ke tahap yang paling rendah iaitu RM2/kg. Selain itu, pernah juga berlaku situasi di mana tiada sesetengah jenis sayur di pasaran seperti tomato menyebabkan tiada bekalan dan terpaksa diimport dari luar.

Daripada kajian ringkas ini, saya berpendapat bahawa masih banyak peluang pemasaran kepada para peladang sayur di Sabah. Sekiranya peladang sayur di Sabah ingin merebut peluang yang ada serta harga yang terbaik adalah dengan cara memastikan hasil pengeluaran mereka berterusan sepanjang masa. Risiko dalam pertanian ini amat tinggi namun sekiranya kita mampu mengikuti trend dan cara pasaran setempat, maka kita mampu mendapat harga yang tinggi serta mampu menanggung segala kos pengeluaran yang lepas.