Isnin, 12 Januari 2009

MEDIA/COCOPEAT - PENGGUNAAN SEMULA ATAU TIDAK?

Persoalan yang sering ditanya mengenai penggunaan cocopeat dan polybeg yang sama untuk musim seterusnya....adakah patut diguna semula atau dibuang?

Terdapat banyak teori dan pandangan orang terutamanya peladang fertigasi tentang ini. Ada sesetengah peladang menggunakan semula polybeg dan cocopeat musim sebelumnya untuk ditanam semula dengan pokok baru atas alasan penggunaan ini akan dapat menjimatkan kos pembelian cocopeat yang baru dan polybeg masih boleh digunakan. Keduanya, polybeg yang terpakai ini sudah mempunyai baja sisa tanaman yang pertama dan ini dapat menjimatkan penggunaan baja untuk musim seterusnya...Adakah teori dan pelaksanaan ini berkesan?

Kita cuba mengkaji pro dan kontranya disini....

Penggunaan polybeg dan media sekali semusim dilakukan atas sebab:
  1. Mengelakkan jangkitan penyakit/bakteria/virus yang terdapat dalam polybeg terpakai daripada merebak ke pokok/tanaman baru. Pembiakan kulat dan bakteria dalam polybeg akan berlaku sekiranya media yang digunaka berulang kali ini tidak dirawat atau ditukar kepada yang baru.
  2. Mengelakkan daripada terdapatnya sisa-sisa baja dalam media/cocopeat. Sekiranya terdapat elemen-elemen lain dalam media, akan berlaku tindak balas kimia yang berbeza apabila dicampurkan dengan campuran baja yang baru dan ini menyebabkan nutrient yang diperlukan oleh pokok akan berubah dalam bentuk yang lain dan menyebabkan kekurangan nutrient. Prinsip pemilihan media adalah semestinya bersih daripada segala bahan-bahan nutrient dan penyakit kerana ia hanya berfungsi untuk memegang baja yang diberikan untuk sementara sahaja.
  3. Jaminan bahawa tiada mikroorganisma dan patogen dalam medium.
  4. Kos penggantian kepada media dan polybeg yang baru lebih murah berbanding proses pensterilan media lama.
  5. Elakkan kerugian daripada kutipan hasil tanaman

Namun, ini bergantung pada pendapat masing-masing. Bagi saya, penggunaan kali kedua untuk media yang sama amat menyusahkan dan membuang masa. Sekiranya, kita mempunyai RPH atau kawasan berbumbung yang luas untuk proses pensterilan media, mungkin tak menjada masalah tetapi sekira hanya ada kawasan terbuka, masalah akan timbul untuk mengumpulkan kembali media, membilas dan membasuh serta oencampuran bahan kimia disebabkan faktor cuaca,tempat, tenaga kerja dan kos. Selama ini, saya hanya menggunakan media untuk sekali sahaja, manakala media terpakai digunakan untuk tanaman yang lain sekadar untuk menunggu masa untuk dibuang.

5 ulasan:

GEM Community berkata...

FORUM Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia (GEM Community) - www.gem.socialgo.com

DIREKTORI Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia - www.pertanianmalaysia.blogspot.com

Global Excellent Marketing Sdn Bhd(GEM), Perunding, Pembangunan & Pengurusan Industri Sarang Burung Layang-Layang (Walet/Walit), Pakarekabentuk Rumah Burung Layang-Layang (Walet/Walit) - www.gem.tl.my

tajudin berkata...

saya guna semula. kalau ada orang minta nasihat pun kami akan habaq suruh mereka guna at least 2 kali.

car berkata...

klu buat kecil2an 1000polibeg boleh la rawat semula polibeg tu. klu buat 2ekar ke..5ekar ke..hmm..hire pembantu pun tak mampu nak buatnye..nak masuk cocopeat dlm polibeg pun dah cukup menyeksakan klu buat 3-4org utk 4000beg.wahaha..

Nia Agrotech berkata...

CAR...ko boleh la cakap macam tu, setiap orang punya cara berbeza, yang mana mampu, buat la...ini cara masing-masing...tak guna nak condemn2 orang, lambat laun, takut kena balik kat kita...susah gak dibuatnya...

cili.corporation berkata...

Saya menggunakan semula cocopeat untuk tanaman ke-2. Harapan punah apabila semua anak pokok cili bantut spt kekurangan nutrien. Ada pendapat?