Selasa, 5 Oktober 2010

PENURUNAN HARGA BAJA FERTIGASI...

Satu berita baik untuk pengusaha yang sedang atau baru ingin menceburi bidang tanaman fertigasi ini. Dalam perkembangan terbaru, harga bahan mentah untuk pembajaan fertigasi telah kembali stabil buat masa ini. Selepas kenaikan yang mendadak beberapa musim yang lalu, penurunan harga bahan mentah ini dijangka dapat membantu pengusaha-pengusaha ladang fertigasi untuk lebih berdaya maju dengan penjimatan kos pengeluaran.

HARGA TERKINI:-


KALSIUM NITRAT (CaNO3) 25kg - RM 50.00 - RM55.00

POTASSIUM NITRAT (KNO3) 25KG - RM107.00 - RM115.00

MKP 25KG - RM170.00 - RM190.00

MAGNESIUM SULFAT(MGSO4) 25KG - RM30.00 - RM35.00

Harga untuk baja mikro masih berada pada tahap yang sama antara RM40 - 35/kg namun disebabkan penggunaannya yang agak kecil, harga bahan tersebut tidak menjejaskan harga baja yang lain.

Untuk pengusaha ladang fertigasi yang mempunyai kapasiti tanaman melebihi 4000 beg, dinasihatkan untuk mendalami cara campuran baja mengikut formula-formula tertentu untuk menjimatkan kos pengeluaran berbanding membeli campuran baja yang telah disediakan agar sebarang permasalahan mengenai pembajaan kelak akan dapat diatasi dengan berkesan.

Bagi saya, untuk terlibat dalam fertigasi, pengusaha mesti tahu asas pembajaan, bahan-bahan yang digunakan, campuran atau formula yang digunakan kerana ini adalah tunjang/pillar dalan sistem fertigasi. Fertigasi (Fertilizing and irrigation) iaitu pembajaan dan pengairan, sekiranya asas ini tidak dipelajari, akan timbul pelbagai permasalahan dan kelangsungan projek akan terjejas. jika kita hanya mendengar cakap-cakap orang tanpa asas yang betul, sudah pasti kita senang dipesong untuk kepentingan orang lain.

Selamat Menanam....

3 ulasan:

Anakkhas berkata...

assalammualaikom...

saya seorang guru dan mengusahakan penanaman cili di sekolah saya... susah ke nak belajar camporan baja nie?

Nia Agrotech berkata...

cikgu, tak susah untuk buat campuran baja..just perlukan formula dan bahan-bahan untuk baja..insya allah boleh buat campuran yang betul...satu lagi, baja campuran sendiri lebih menjimatkan kos serta lebih mudah untuk mengetahui kandungan baja yang digunakan...ini penting dalam mengawasi pertumbuhan pokok yang ditanam, ancaman penyakit dan cara mengatasi masalah berkaitan dengan pokok especially pokok cili...

Tanpa Nama berkata...

Salam boss,
Di mana boleh saya beli bahan-bahan kimia seperti
1) Potassium dihydrogen phosphate (KH2PO4)

2)Potassium Nitrate (KNO3)

3) Potassium Sulphate (K2SO4) dan

4) Calcium Sulphate (CaSO4) ?

Tkasih.

--
Hisham