Sabtu, 2 Mei 2009

PERUNTUKAN KERAJAAN : REALITI DAN FANTASI...PART ONE..

CERITA INI BERMULA SATU MASA DAHULU....Dalam kehangatan kerajaan menggalakkan orang melayu dan bumiputera menceburi bidang perniagaan dengan slogan 'Pertanian adalah satu Perniagaan', banyak peruntukan yang diturunkan oleh pihak kerajaan untuk membantu para usahawan tani ini bertapak dan berkembang dalam bidang pertanian. Setiap kali belanjawan negara dibentangkan di Parlimen, pasti ada peruntukan tambahan untuk projek-projek pertanian yang berdaya maju dan baru. Namun persoalannya, adakah pembahagian peruntukan atau bantuan atau pinjaman pertanian ini sampai ke golongan sasaran atau banyak yang 'tercicir' di tengah jalan?...
Tak perlu saya menjalankan analisis yang lebih luas, cuma apa yang terjadi pada diri saya sendiri walau pun boleh dianggap kes terpencil, sudah cukup untuk diceritakan kepada semua usahawan tani yang baru atau pun sedang bergiat aktif sekarang. Pada peringkat permulaan, Nia Agrotech bergerak atas modal sendiri, pinjam kawan-kawan dan 'investor' yang berminat, dengan modal permulaan RM100k. Kemudian dengan bantuan pinjaman Tekun Nasional, yang pada masa itu menawarkan pinjaman maksimum RM30k melalui skim Tekun Tani, saya diberi pinjaman RM15,000.00 dengan 12% interest per annum. Dengan modal yang ada serta kepakaran yang baru, maka saya mampu membuka sebuah ladang berkeluasan 1 ekar di Kampung Merbau Sempak, dengan mengusahakan cili secara fertigasi serta mampu mendirikan 6 buah Rumah Pelindung Hujan (RPH) setelah menghadiri kursus di Lojing, Gua Musang. Setelah hampir semusim beroperasi, bermulalah episod 'isu geran kerajaan dan pinjaman' ini apabila projek ini memberi 'impak' kepada Jabatan Pertanian Daerah Gombak serta Pertubuhan Peladang Kawasan Gombak dan Petaling....(bersambung)

3 ulasan:

Abd Ghani berkata...

Bila la nak keluar sambungan cerita ni......

mr belacan berkata...

tak sambung2 pon

nia agrotech berkata...

tengah sibuk sikit sekarang nie...lagipun tengah mengukuhkan apa yang nak diceritakan nanti..nanti tak pasai2 kena saman lak