Selasa, 8 Januari 2008

cili fertigasi - earthworks





Dah lama tak menulis nie because sibuk dengan kerja-kerja ladang. so sekarang ladang dah mula mengeluarkan hasil but before that, saya nak story sikit susah payahnya nak bukak ladang, this is the reality and bukan semua kerja mudah.
kerja-kerja earthworks berjalan hampir 3 bulan dari tarikh permulaan masuk tanah iaitu pada 23 April 2007. banyak kerja-kerja infrastuktur terpaksa dilakukan kerana tanah yang dipilih adalah bekas tanah dusun yang dipenuhi hampir 40 batang pokok cempedak yang berusia lebih 30 tahun....so apa lagi terpaksalah menebang dan membuang pokok-pokok tersebut.
pada fasa pertama, proses menebang dan membersihkan pokok dijalankan, susah jugak sebab pokok buloh ada dalam 3 rimbun, besar-besar pulak tu ini yang melambatkan kerja. namun atas dasar kesabaran, semua kerja-kerja cut-fill tanah untuk level ini dah selesai dalam masa 14 hari dengan kos hampir RM4 ribu.

Kerja-kerja tanah untuk level kedua dan ketiga bermula agak lewat iaitu selepas hampir 3 minggu disebabkan faktor hujan yang berterusan. Namun usaha pembersihan telah dijalankan selepas keadaan cuaca semakin pulih. untuk fasa ini, hanya mengambil masa 10 hari selepas dibuat secara intensif.

Kalau dulu kawasan ini nampak kecil dan sempit tetapi selepas kerja-kerja pembersihan, barulah nampak keadaan sebenar muka bumi ini...cantik dan lapang kepala serta mata sesiapa yang memandang. Penat tak usah cakap, daripada mula-mula masuk tanah, kereta kena parking tepi jalan sampailah kereta boleh masuk dalam, tuhan sajalah yang tahu betapa seronok dan bersyukurnya tahap awal ini selesai. Duit pun dah banyak habis, setakat ini dah hampir RM8 ribu sudah dibelanjakan.
Nak tengok tanah selepas selesai kerja earthworks, ada di bawah ini....

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku jadi witness NiaAgrotech dibina dari hutan seram sampai nampak mcam tapak perindustrian.Ular bnyk siot!Tiang pertama pacak, kelakar,siap amik gambar ramai2.Ye la terasa susah.sebab bukan bidang kita. Tapi lepas tu aku tgk suma dah expert.Benda yg bukan bidang kita pun boleh belajar.Mana ada benda yg mustahil!nak tak nak je.Alhamdulilah,aku pun dapat belajar sesuatu dari ko.Seronok tgk NIA AGROTECH membesar,Ibarat seperti tgk bayi baru dilahirkan sampai boleh berjalan. IZAL BOLEH!!