Khamis, 1 Disember 2011

Hasil Tani: Pemasaran Di Sabah

 Peluang pemasaran hasil tani di Sabah masih terbuka luas untuk para petani, peladang dan sesiapa saja yang berminat dalam bidang pengeluaran hasil tani atau perladangan terutamanya dengan menggunakan sistem fertigasi.

  Pelbagai jenis sayuran dijual di Sabah. Di 'Wong Kok' yang terletak di Bundusan, kita boleh mendapat pelbagai jenis sayuran sama ada dikeluarkan oleh petani sekitar dan juga para petani dari Kundasang. Tempat ini adalah pasar borong yang terbesar di sini yang menjual pelbagai hasil tani secara terus kepada para pelanggan. Satu kajian melalui soal selidik dan temuramah dengan para pemborong dan penjual sayur disini menyatakan bahawa peluang pemasaran untuk para peladang sayur di negeri ini masih luas dan masih banyak ruang yang boleh diterokai. Masalah utama dalam pengeluaran sayur di sini adalah pengeluaran hasil bermusim dan tidak berterusan (constant supply). Isu ini menyebabkan harga sayur di sini menadi tidak menentu dan tidak mempunyai patent yang tersendiri. Walaupun harga ladang di sini lebih tinggi berbanding di Semenanjung Malaysia tetapi dengan kos pengeluaran yang meningkat serta cuaca yang tidak menentu menyebabkan para peladang di Sabah menghadapi masalah pengeluaran yang berterusan. Enam minggu yang lalu, harga timun susu di sekitar pasar ini mencecah sehingga RM4/kg namun kini menurun secara mendadak ke tahap RM0.85/kg. Begitu juga dengan harga cili besar/merah yang jatuh daripada RM25/kg ke tahap RM2.00/kg. Mengikut para pemborong, masalah ini timbul disebabkan tiada satu sistem pengeluaran yang mengawal lambakan hasil pertanian dan sayur-sayuran di Sabah. Setiap kali harga sayur meningkat sebagai contoh, harga cili yang mencapai RM25/kg, para peladang akan mengambil langkah drastik dengan membeli semua benih cili yang ada dan mula menanam cili tersebut dan apabila tiba musim menuai, akan berlaku lambakan cili di pasaran menyebabkan harga cili turun mendadak ke tahap yang paling rendah iaitu RM2/kg. Selain itu, pernah juga berlaku situasi di mana tiada sesetengah jenis sayur di pasaran seperti tomato menyebabkan tiada bekalan dan terpaksa diimport dari luar.

Daripada kajian ringkas ini, saya berpendapat bahawa masih banyak peluang pemasaran kepada para peladang sayur di Sabah. Sekiranya peladang sayur di Sabah ingin merebut peluang yang ada serta harga yang terbaik adalah dengan cara memastikan hasil pengeluaran mereka berterusan sepanjang masa. Risiko dalam pertanian ini amat tinggi namun sekiranya kita mampu mengikuti trend dan cara pasaran setempat, maka kita mampu mendapat harga yang tinggi serta mampu menanggung segala kos pengeluaran yang lepas.

Tiada ulasan: