Sabtu, 8 Oktober 2011

Melangkah ke Sabah...

Dalam usaha untuk membanntu usahawan tani di Malaysia, Nia Agrotech telah melangkah kaki ke Negeri Sabah untuk memberi panduan dan berkongsi pengalaman dengan usahawan di sana. Terdapat dua ladang yang sedang beroperasi dan dibangunkan di sekitar Penampang di bawah kelolaan Mr Alvis, usahawan tani di Sabah. Pihak Nia Agrotech berkesempatan untuk melawat dan memberi panduan tentang isu-isu penjagaan tanaman, pembangunan dan pengurusan ladang dan pembajaan serta sistem fertigasi yang perlu dilakukan untuk memajukan ladang yang sedang diusahakan.

Ladang di Kg Terawi...
Ladang ini diusahakan dengan tanaman cili padi sejak setahun yang lalu dan telah mengeluarkan hasil. Namun dalam proses pengembangan ladang, Nia Agrotech melihat bahawa ladang ini mampu dijadikan satu platform untuk memperkenalkan sistem fertigasi dan jenis-jenis tanaman yang boleh ditanam dengan menggunakan sistem ini. Maka telah dilaksanakan projek mini fertigasi yang melibatkan hampir 500 beg untuk tanaman timun susu, peria dan petola di dalam kawasan yang sama. Kerja-kerja pembangunan dan 'set-up' sedang dijalankan oleh Mr Tommy Wong.




Kerja-kerja persediaan telah hampir selesai dan dalam proses semaian biji benih menggunakan kaedah 'direct seeding'/ tanam terus ke dalam polibeg. Dijangkakan sebanyak 1000 pokok dapat ditanam dan dijangkakan akan mengeluarkan hasil pertama dalam tempoh sebulan dari sekarang.

Ladang Putaton...

Ladang di Putaton adalah ladang baru yang berkeluasan hampir 2.5 ekar dan kerja-kerja pembinaan dan persiapan infrastruktur sedang dijalankan. Pembinaan dan kerja-kerja tanah agak terganggu disebabkan cuaca yang kurang mengizinkan. Hujan yang turun telah melambatkan kerja-kerja tanah dan pembinaan rumah tangki dan Quarters pekerja. Namun persiapan dari aspek bahan input telah bersedia dan hanya menunggu masa untuk dipasang di tapak ladang.