Saya tertarik dengan artikel yang ditulis oleh Tan Sri Muhammad Ali Hashim, Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation / Timb. Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia dalam Harian MEtro 29 April 2010 yang menyatakan bahawa Bangsa Melayu perlu membisneskan budaya.
Dalam kenyataan beliau, Melayu-Muslim perlu bersikap 'Business-Like' yang memerlukan tindakan yang agresif dan pro-aktif dalam mengubah persepsi dan budaya bisnes di kalangan pengusaha Melayu. Antara tindakan yang perlu diubah dan diadaptasikan untuk kemajuan bisnes dan kelangsungannya termasuk ciri asas individu iaitu:-
Dalam kenyataan beliau, Melayu-Muslim perlu bersikap 'Business-Like' yang memerlukan tindakan yang agresif dan pro-aktif dalam mengubah persepsi dan budaya bisnes di kalangan pengusaha Melayu. Antara tindakan yang perlu diubah dan diadaptasikan untuk kemajuan bisnes dan kelangsungannya termasuk ciri asas individu iaitu:-
- Perlu menetapi masa dan menghindarkan sikap sambil lewa yang semakin sebati di kalangan pengusaha Melayu. Hilangkan istilah 'Jam Melayu' atau 'Janji Melayu' yang sering diungkapkan di kalangan masyarakat apabila berurusniaga dengan pengusaha Melayu terutamanya. Perlu untuk kita wijudkan 'sense of urgency' dan 'on time bisnes minded'.
- Memperbaiki disiplin kewangan dan menghargai nilai guna wang yang sebenar. Pengusaha Melayu perlu menanamkan sikap berjimat-cermat, suka menabung walau pun sedikit, tidak bermewah dan tidak membazir agar aliran kewangan bisnes tidak sangkut dan kosong apabila tiba masa yang diperlukan.
- Lebih mengutamakan pelanggan dan memberi perhatian serta manfaat sepenuhnya kepada pelanggan kerana pelanggan adalah sumber pendapatan utama sesuatu bisnes. Diungkapkan juga perpatah / petua Cina : Setiap kali minum air, jangan lupa sumbernya.
- Perlu menekankan aspek jaringan bisnes dan perlunya kepsepakatan bines sesama usahawan i.e PKS dengan usahawan PKS, korporat dan GLC. Melalui kesepakatan ini, akan wujud satu jaringan bisnes yang kukuh dan memberi kelebihan dalam persaingan bisnes.
- Mengutamakan penyusunan bisnes secara berorganisasi yang akan membentuk keupayaan bersaing untuk jangka masa panjang dan mengatasi cabaran ketidaktentuan serta ketidakstabilan sistem ekonomi. Budaya berkongsi bisnes sememangnya membawa kepada kekuatan bisnes individu dan elakkan dari budaya hasad dengki dengan kejayaan orang lain.
bila Melayu maju, sedekah Zakat, tolong Bangsa!"
Ciri-ciri asas ini perlu dibaiki atau diubah dalam pendekatan bisnes orang Melayu-Muslim untuk terus berjaya dan bertahan dalam bisnes. Pengabaian ciri-ciri ini akan menyebabkan orang Melayu akan gagal untuk bersaing malah untuk bertahan dalam bisnes masing-masing.
Satu artikel yang menarik dan perlu diambil ikhtibar oleh semua usahawan Melayu-Muslim dan bersama kita mengorak satu langkah perniagaan ini sebagai satu perjuangan bertaraf jihad. Kita perlu memburu bisnes dan menjadikan sembilan persepuluh daripada sumber rezeki agar kita dapat melangkah dari takuk keselesaan yang lama.
Thanks Tan Sri atas nasihat dan peringatan yang diberikan.