Isnin, 22 September 2008

Penanaman Rock Melon



Setelah hampir 3 musim saya menanam cili secara fertigasi dengan menggunakan RPH, kini dengan peluang yang ada saya telah berjaya membuka 2 ekar lagi ladang cili di Sg Plong, Sg Buloh. Atas nasihat orang lama dalam penanaman secara fertigasi ini, maka penumpuan di ladang lama lebih kepada penanaman rock melon atas sebab saya mempunyai 6 RPH yang mampu memuatkan hampir 5500 beg dan cili yang ditanam secara terbuka akan dilaksanakan di ladang baru.
Antara faktor perubahan ini termasuklah:-
  1. Bilangan pokok rock melon yang mampu ditanam melebihi daripada bilangan pokok cili yang boleh dimuatkan dalam RPH. Satu RPH mampu memuatkan hampir 800 beg sekiranya dibandingkan dengan cili yang hanya muat untuk 200 beg sahaja.
  2. Anggaran pendapatan yang lebih tinggi. Penambahan bilangan pokok bermakna peningkatkan hasil tanaman/tuaian. 200 pokok cili yang dianggarkan mampu mengeluarkan 3 kg semusim(7bulan) dan menghasilkan pendapatan kasar hampir RM3,000 iaitu RM428.00 sebulan manakala 800 rock melon dianggarkan mampu mengeluarkan 1200kg semusim (3bulan) dan menghasilkan pendapatan kasar hampir RM4200.00 iaitu RM1400.00 sebulan.
  3. Purata musim setahun untuk cili hanya dalam lingkungan 1.5 kali setahun manakala rock melon mencecah 4 kali/musim setahun.
  4. Penanaman cili di bawah RPH mempunyai masalah seperti pertumbuhan pokok yang segar dan tinggi tetapi penghasilan bunga dan buah yang amat terhad disebabkan keadaan cuaca di tanah rendah yang terlalu panas dan kekurangan Oksigen (O2) pada waktu malam sedangkan cili memerlukan hampir 90% O2 untuk bernafas. Manakala Rock Melon pula tidak mempunyai masalah berikut disebabkan pusingan semusim yang singkat, penumpuan dapat diberikan sepenuhnya kepada penghasilan buah yang berkualiti dan penggunaan baja dan racun yang dapat dikurangkan.
  5. Penyakit cili yang senang merebak sekiranya di bawah RPH walaupun pelbagai langkah pencegahan dilakukan manakala rock melon, penyakit yang agak kurang namun serangan kulat amat banyak. Namun ini dapat diatasi sekiranya penjagaan rapi dilakukan dalam masa-masa tertentu.
  6. Berbaloi...!!!


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya pon suka dengan Rock Melon. 4 musim setahun. Memang berbaloi!

Berminat nak buat ladang tertutup. Hanya buat pruning, lilit dan pendebungaan saja.

Tapi, panasnya dalam rain shelter tu... masyaAllah... boleh ingatkan kita tentang panas lagi di Padang Mahsyar woo...

:D

Tanpa Nama berkata...

RPH design mestilah di ubahsuai supaya tidak panas di bawahnya, gunakan konsep kilang di mana bumbung ber buka di puncaknya ( perabung )hawa panas akan naik keatas dan terus keluar melalui air vent . kaedah biasa memerangkap hawa panas.