Pihak syarikat dalam kerja-kerja menyiapkan ladang timun dengan menggunakan sistem fertigasi lengkap dengan Rumah Pelindung Hujan di Kg Tengah, Gunung Semanggol, Perak. Ladang kepunyaan En Shaiful ini telah mula dibangunkan oleh pihak syarikat dengan melakukan kerja-kerja infrastruktur seperti pembinaan rumah tangki, pagar dan Rumah PElindung Hujan seluas 100' x 40'. Dalam masa terdekat ini, pihak syarikat akan memulakan kerja-kerja pemasangan paip atau sistem fertigasi selepas selesai kerja-kerja mengisi 'cocopeat' ke polibeg.
Hasrat awal pembukaan ladang ini adalah untuk menjalankan tanaman 'rock melon' secara fertigasi tetapi atas dasar suasana pasaran semasa yang agak menarik terutamanya dalam pengeluaran sayur-sayuran, maka keputusan telah dicapai untuk dijadikan projek tanaman timun susu secara fertigasi sebagai langkah awal untuk merebut pasaran tempatan di samping sebagai projek percubaan untuk meningkatkan kemahiran perladangan fertigasi. Selain itu, hasrat En Shaiful untuk mendapat pusingan modal dalam jangka masa yang pendek dapat direalisasikan dengan permulaan projek ini. Pinjaman modal melalui AgroBank melalui Skim Pinjaman 3F juga perlu dibayar bermula bulan Mei 2012, dan pihak syarikat menasihatkan agar En Shaiful memulakan projek ini dengan tanaman yang kurang risiko penyakit tetapi mempunyai pasaran.
Walaupun dengan harga pasaran timun yang agak rendah buat masa sekarang namun jika dihitung dalam bentuk kuantiti yang banyak, projek tanaman ini mampu menghasilkan pendapatan yang agak lumayan kepada pengusaha. Ini semua bergantung kepada kemahiran pengusaha, harga pasaran dan permintaan dalam memulakan sesuatu projek yang memakan modal yang tinggi seperti ini. Bagi pihak syarikat, saya tidak mahu melihat kegagalan demi satu kegagalan yang dilalui oleh pengusaha ladang fertigasi atas sebab yang boleh dielakkan.
Diharapkan pihak syarikat akan dapat terus bekerjasama dengan En Shaiful serta pengusaha-pengusaha ladang fertigasi yang dijalankan. Panduan dan tunjuk ajar berdasarkan ilmu dan pengalaman syarikat diharapkan dapat membantu pengusaha-pengusaha ladang fertigasi dan sesiapa saja yang berminat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan