Selasa, 27 Disember 2011

SUATU MUSIM YANG MENGECEWAKAN....

Satu musim yang amat mengecewakan. 
Berdasarkan harga timun dan sayur-sayuran yang rendah di bawah paras kos pengeluaran, hasil jualan amat rendah dan merugikan. Saya mengambil langkah untuk mengubah tanaman daripada Rock Melon kepada timun atas dasar kos pengeluaran dan margin keuntungan yang agak tinggi. Di samping kos pengeluaran atau musim menuai yang singkat berbanding rock melon, Timun dilihat sebagai satu tanaman yang mampu membawa keuntungan yang besar kepada ladang-ladang kecil berdasarkan jumlah pengeluarannya yang tinggi. Namun, setelah mencuba sebanyak 3 musim, tanaman ini sebenarnya membawa lebih banyak masalah dalam aspek pemasaran dan penjagaan.

Penanaman Timun memerlukan kajian yang lebih mendalam tentang variati dan keperluan pasaran. Sepanjang 3 musim yang lalu, sebanyak 3 jenis variati timun telah ditanam dan yanbg menyedihkan ialah tidak pernah sekali pun dapat mengikut kehendak pasaran. (FYI:vVariati timun memang banyak di pasaran). Kali pertama, timun susu dari lee keat seed. Respon yang diterima bahawa variati timun ini kurang mendapat sambutan pengguna kerana bijinya yang agak besar dan cepat tua. Selain itu, pengguna lebih gemar membeli timun hijau berbanding dengan timun susu. Harga purata RM0.80/kg. Lantas, variati seterusnya adalah timun hijau. Respon yang diterima pula amat berbeza. Dikatakan timun variati ini agak keras, dan kurang mendapat sambutan pelanggan berdasarkan kulitnya yang berwarna hijau dan dilihat sebagai timun muda, susah nak jual. Harga purata RM1.00/kg. Memandangkan harga yang boleh tahan, maka saya mengikut nasihat rakan-rakan yang telah biasa dengan tanaman ini, untuk menukar kepada variati Timun Susu yang dikenali sebagai 'Timun Tangkak' sebab pengeluar benihnya dari Tangkak, Johor. Sekali lagi, masalah melanda apabila dikatakan terdapat lambakan timun di pasaran, menyebabkan variati timun ini tidak dapat dijual dan tidak mendapat sambutan di kalangan pengguna. Harga purata RM0.50/kg. Isunya disini, adakah benar bahawa para pelanggan atau pengguna dapat membezakan timun-timun ini mengikut variati yang tertentu yang menyebabkan mereka begitu memilih jenis timun yang dijual atau hanya alasan para pemborong tempatan untuk memberikan harga yang kurang munasabah kepada saya. Persoalan ini sentiasa bermain di fikiran kerana sekiranya timun-timun dijual secara terus kepada pengguna, saya masih boleh mendapat harga RM1.00/kg cuma masalahnya ialah saya tidak boleh menjual terus kepada pelanggan dalam kuantiti yang banyak dalam masa dua hari sedangkan pengeluaran timun di ladang mencecah 200kg dalam masa dua hari.

Aspek kedua adalah berkaitan dengan anggaran pengeluaran. Dikatakan kepada saya, sebatang pokok timun mampu menghasilkan 5 kg sepanjang musim selama dua bulan. Jadi mengikut anggaran saya, sekiranya saya menanam 6000 pokok, saya mampu mendapat hasil sehingga 30MT semusim dan dengan anggapan harga timun  stabil iaitu RM1.00/kg, saya mampu mendapat pendapatan kasar mencecah RM30,000 semusim. Kita mengambil pengiraan yang selamat iaitu dengan membuat anggaran bahawa sepokok timun hanya mengeluarkan 2kg semusim. Dengan kapasiti 6000 pokok, saya masih mampu mendapat 12MT semusim dan anggaran pendapatan mencecah RM12,000 semusim. Isunya, adakah benar sepokok timun mampu menghasilkan 5 kg sepokok/semusim atau hanya satu anggaran kasar para penanam tentang kemampuan pokok timun untuk mengeluarkan hasil. Selain itu, adakah sistem atau aspek penjagaan yang saya lakukan salah sehingga menyebabkan hasil pengeluaran untuk musim timun ini hanya mengeluarkan 2MT timun daripada 6000 pokok atau pun hanya mitos bahawa timun mampu mengeluarkan hasil yang banyak

Rasa tertekan dengan hasil pengeluaran dan harga jualan ini menyebabkan saya berfikir dan mengkaji semula kebaikan dan keburukan tanaman ini berbanding dengan tanaman rock melon. Seandainya saya mampu menarik balik kata-kata saya sebelum ini sama ada di dalam blog atau pun kepada para peserta kursus yang hadir, saya syorkan tanaman timun boleh ditanam tetapi perlu kajian yang lebih mendalam lagi tentang isu variati dan kos pengeluaran. Walaupun dari aspek penjagaan lebih mudah berbanding tanaman rock melon dan cili, tetapi adakah hasilnya berbaloi dengan kos pengeluaran.

Catatan ini berdasarkan pengalaman sendiri dan sekiranya ada kesilapan dalam fakta, saya minta dikecualikan tetapi apa yang berlaku adalah apa yang ditanggung oleh pihak saya sekarang.

Selasa, 13 Disember 2011

Projek Pemasangan Rumah Pelindung Hujan di Gunung Semanggol, Perak.

Projek pemasangan Rumah Pelindung Hujan milik En Shaiful Azran di Kampung Tengah, Gunung Semanggol, Perak telah selesai dijalankan dan sekarang dalam rangka kerja untuk menyiapkan sistem pengairan fertigasi untuk 1000 beg Rock Melon. Kerja-kerja pemasangan akan dijalankan dalam beberapa hari lagi dengan bantuan tenaga kerja tempatan. 

Kerja-kerja pemasangan RPH ini mengambil masa yang agak lama disebabkan faktor cuaca yang kurang mengizinkan. Keadaan tapak projek yang agak berlumpur dengan hujan yang lebat melambatkan proses pemasangan ini namun dengan segala usaha yang dilakukan, kerja-kerja pemasangan RPH ini dapat diselesaikan.

KERJA-KERJA MENGUKUR TAPAK RPH
KERJA-KERJA PERSIAPAN TIANG RPH

KERJA-KERJA PEMASANGAN TIANG DAN KONKRIT  

KERJA-KERJA PEMASANGAN ALANG RPH
KERJA-KERJA PEMASANGAN KONDUIT BUMBUNG
KERJA-KERJA PEMASANGAN ALANG KONDUIT
SMILEY FACES - KERJA-KERJA HAMPIR SELESAI

KERJA-KERJA PEMBINAAN RUMAH TANGKI

HAPPY FARMING............

Khamis, 1 Disember 2011

Hasil Tani: Pemasaran Di Sabah

 Peluang pemasaran hasil tani di Sabah masih terbuka luas untuk para petani, peladang dan sesiapa saja yang berminat dalam bidang pengeluaran hasil tani atau perladangan terutamanya dengan menggunakan sistem fertigasi.

  Pelbagai jenis sayuran dijual di Sabah. Di 'Wong Kok' yang terletak di Bundusan, kita boleh mendapat pelbagai jenis sayuran sama ada dikeluarkan oleh petani sekitar dan juga para petani dari Kundasang. Tempat ini adalah pasar borong yang terbesar di sini yang menjual pelbagai hasil tani secara terus kepada para pelanggan. Satu kajian melalui soal selidik dan temuramah dengan para pemborong dan penjual sayur disini menyatakan bahawa peluang pemasaran untuk para peladang sayur di negeri ini masih luas dan masih banyak ruang yang boleh diterokai. Masalah utama dalam pengeluaran sayur di sini adalah pengeluaran hasil bermusim dan tidak berterusan (constant supply). Isu ini menyebabkan harga sayur di sini menadi tidak menentu dan tidak mempunyai patent yang tersendiri. Walaupun harga ladang di sini lebih tinggi berbanding di Semenanjung Malaysia tetapi dengan kos pengeluaran yang meningkat serta cuaca yang tidak menentu menyebabkan para peladang di Sabah menghadapi masalah pengeluaran yang berterusan. Enam minggu yang lalu, harga timun susu di sekitar pasar ini mencecah sehingga RM4/kg namun kini menurun secara mendadak ke tahap RM0.85/kg. Begitu juga dengan harga cili besar/merah yang jatuh daripada RM25/kg ke tahap RM2.00/kg. Mengikut para pemborong, masalah ini timbul disebabkan tiada satu sistem pengeluaran yang mengawal lambakan hasil pertanian dan sayur-sayuran di Sabah. Setiap kali harga sayur meningkat sebagai contoh, harga cili yang mencapai RM25/kg, para peladang akan mengambil langkah drastik dengan membeli semua benih cili yang ada dan mula menanam cili tersebut dan apabila tiba musim menuai, akan berlaku lambakan cili di pasaran menyebabkan harga cili turun mendadak ke tahap yang paling rendah iaitu RM2/kg. Selain itu, pernah juga berlaku situasi di mana tiada sesetengah jenis sayur di pasaran seperti tomato menyebabkan tiada bekalan dan terpaksa diimport dari luar.

Daripada kajian ringkas ini, saya berpendapat bahawa masih banyak peluang pemasaran kepada para peladang sayur di Sabah. Sekiranya peladang sayur di Sabah ingin merebut peluang yang ada serta harga yang terbaik adalah dengan cara memastikan hasil pengeluaran mereka berterusan sepanjang masa. Risiko dalam pertanian ini amat tinggi namun sekiranya kita mampu mengikuti trend dan cara pasaran setempat, maka kita mampu mendapat harga yang tinggi serta mampu menanggung segala kos pengeluaran yang lepas.

Isnin, 21 November 2011

Farm Setting di Kg Tengah, Gunung Semanggol, Perak

Pihak syarikat dalam kerja-kerja menyiapkan ladang timun dengan menggunakan sistem fertigasi lengkap dengan Rumah Pelindung Hujan di Kg Tengah, Gunung Semanggol, Perak. Ladang kepunyaan En Shaiful ini telah mula dibangunkan oleh pihak syarikat dengan melakukan kerja-kerja infrastruktur seperti pembinaan rumah tangki, pagar dan Rumah PElindung Hujan seluas 100' x 40'. Dalam masa terdekat ini, pihak syarikat akan memulakan kerja-kerja pemasangan paip atau sistem fertigasi selepas selesai kerja-kerja mengisi 'cocopeat' ke polibeg.

Hasrat awal pembukaan ladang ini adalah untuk menjalankan tanaman 'rock melon' secara fertigasi tetapi atas dasar suasana pasaran semasa yang agak menarik terutamanya dalam pengeluaran sayur-sayuran, maka keputusan telah dicapai untuk dijadikan projek tanaman timun susu secara fertigasi sebagai langkah awal untuk merebut pasaran tempatan di samping sebagai projek percubaan untuk meningkatkan kemahiran perladangan fertigasi. Selain itu, hasrat En Shaiful untuk mendapat pusingan modal dalam jangka masa yang pendek dapat direalisasikan dengan permulaan projek ini. Pinjaman modal melalui AgroBank melalui Skim Pinjaman 3F juga perlu dibayar bermula bulan Mei 2012, dan pihak syarikat menasihatkan agar En Shaiful memulakan projek ini dengan tanaman yang kurang risiko penyakit tetapi mempunyai pasaran.

Walaupun dengan harga pasaran timun yang agak rendah buat masa sekarang namun jika dihitung dalam bentuk kuantiti yang banyak, projek tanaman ini mampu menghasilkan pendapatan yang agak lumayan kepada pengusaha. Ini semua bergantung kepada kemahiran pengusaha, harga pasaran dan permintaan dalam memulakan sesuatu projek yang memakan modal yang tinggi seperti ini. Bagi pihak syarikat, saya tidak mahu melihat kegagalan demi satu kegagalan yang dilalui oleh pengusaha ladang fertigasi atas sebab yang boleh dielakkan.

Diharapkan pihak syarikat akan dapat terus bekerjasama dengan En Shaiful serta pengusaha-pengusaha ladang fertigasi yang dijalankan. Panduan dan tunjuk ajar berdasarkan ilmu dan pengalaman syarikat diharapkan dapat membantu pengusaha-pengusaha ladang fertigasi dan sesiapa saja yang berminat.

Isnin, 14 November 2011

Laporan Kursus Fertigasi pada 12 November 2011

Alhamdulillah, kursus ini telah selesai dijalankan dengan kehadiran 5 orang peserta yang berminat tentang sistem fertigasi ini. Kursus kali ini diadakan di Ladang Merbau Sempak dalam suasana yang agak redup disebabkan hujan lebat yang turun pada awal pagi ini.

Peserta kebanyakannya berminat tentang sistem fertigasi ini berdasarkan kelebihan yang terdapat dalam sistem ini. Namun dalam suasana harga sayuran yang meninggi sekarang ini, masing-masing cuba mencari jenis tanaman yang cepat dan menguntungkan dengan margin profit yang tinggi.

Penyelesaian adalah melalui penggunaan sistem fertigasi apabila kita mampu untuk menentukan jenis tanaman, hasil pengeluaran dan masa penuaian mengikut keperluan semasa. Diharapkan para peserta mampu mencari haluan, semangat dan keyakinan diri untuk menceburi diri dalam bidang pertanian ini.

Sabtu, 8 Oktober 2011

Melangkah ke Sabah...

Dalam usaha untuk membanntu usahawan tani di Malaysia, Nia Agrotech telah melangkah kaki ke Negeri Sabah untuk memberi panduan dan berkongsi pengalaman dengan usahawan di sana. Terdapat dua ladang yang sedang beroperasi dan dibangunkan di sekitar Penampang di bawah kelolaan Mr Alvis, usahawan tani di Sabah. Pihak Nia Agrotech berkesempatan untuk melawat dan memberi panduan tentang isu-isu penjagaan tanaman, pembangunan dan pengurusan ladang dan pembajaan serta sistem fertigasi yang perlu dilakukan untuk memajukan ladang yang sedang diusahakan.

Ladang di Kg Terawi...
Ladang ini diusahakan dengan tanaman cili padi sejak setahun yang lalu dan telah mengeluarkan hasil. Namun dalam proses pengembangan ladang, Nia Agrotech melihat bahawa ladang ini mampu dijadikan satu platform untuk memperkenalkan sistem fertigasi dan jenis-jenis tanaman yang boleh ditanam dengan menggunakan sistem ini. Maka telah dilaksanakan projek mini fertigasi yang melibatkan hampir 500 beg untuk tanaman timun susu, peria dan petola di dalam kawasan yang sama. Kerja-kerja pembangunan dan 'set-up' sedang dijalankan oleh Mr Tommy Wong.

Kerja-kerja persediaan telah hampir selesai dan dalam proses semaian biji benih menggunakan kaedah 'direct seeding'/ tanam terus ke dalam polibeg. Dijangkakan sebanyak 1000 pokok dapat ditanam dan dijangkakan akan mengeluarkan hasil pertama dalam tempoh sebulan dari sekarang.

Ladang Putaton...

Ladang di Putaton adalah ladang baru yang berkeluasan hampir 2.5 ekar dan kerja-kerja pembinaan dan persiapan infrastruktur sedang dijalankan. Pembinaan dan kerja-kerja tanah agak terganggu disebabkan cuaca yang kurang mengizinkan. Hujan yang turun telah melambatkan kerja-kerja tanah dan pembinaan rumah tangki dan Quarters pekerja. Namun persiapan dari aspek bahan input telah bersedia dan hanya menunggu masa untuk dipasang di tapak ladang.

Rabu, 5 Oktober 2011

KURSUS TANAMAN SECARA FERTIGASI SIRI 09/2011

KURSUS TANAMAN SECARA FERTIGASI SIRI 09/2011
 
TARIKH : 12 NOVEMBER 2011 (SABTU)

TEMPAT : PERTUBUHAN PELADANG KAW. GOMBAK DAN PETALING, SG BULOH

ANJURAN : NIA AGROTECH

YURAN/FEES : RM 200.00

TENTATIF PROGRAM:
9.00 pg - PENGENALAN/ASAS SISTEM FERTIGASI
10.00 pg - PENGURUSAN TANAMAN -SEMAIAN/MEDIUM/INFRASTRUKTUR
11.00 pg - MINUM PAGI
11.30 pg - PEMBAJAAN -PENGENALAN/ FUNGSI/ FORMULA/
CARA PENYEDIAAN STOK BAJA
1.00ptg - MAKAN TENGAH HARI
2.00ptg - KAWALAN PENYAKIT & SERANGGA
3.30ptg - MINUM PETANG
4.00ptg - LAWATAN LADANG CILI & ROCK MELON
6.00 ptg - BERSURAI

OBJEKTIF KURSUS :
  • MEMPERKENALKAN SISTEM TANAMAN SECARA FERTIGASI
  • MEMAHAMI ASPEK PENGURUSAN LADANG, PEMBAJAAN DAN KAWALAN PENYAKIT.
  • MENUMPUKAN KEPADA PENYEDIAAN DIRI UNTUK MENJALANKAN PROJEK FERTIGASI
PELAKSANAAN KURSUS:
  • NOTA DISEDIAKAN
  • PENERANGAN DIBERIKAN SECARA TEORI & PRAKTIKAL
  • PENUMPUAN LEBIH KEPADA PERMASALAHAN DAN PENYELESAIAN DALAM MENJALANKAN PROJEK FERTIGASI.
UNTUK PENDAFTARAN, SILA HUBUNGI:-

EN RUHIZAL NAZMAN ALIAS
019-6934451
ruhizal@gmail.com

*PEMBAYARAN YURAN PERLU DIJELASKAN SEBELUM 10 NOVEMBER 2011 KE AKAUN
RUHIZAL NAZMAN ALIAS (MAYBANK:-1643 9793 1412) DAN SIMPAN RESIT PEMBAYARAN UNTUK RUJUKAN PENDAFTARAN.

SILA EMAILKAN MAKLUMAT PERIBADI TERMASUK NAMA, ALAMAT, NO KP DAN NO TEL UNTUK RUJUKAN PIHAK KAMI

PAKAIAN :- BERSESUAIAN

Rabu, 6 Julai 2011

Restart and restructuring the farm...

Sudah setahun, Nia Agrotech merehatkan ladang di Sungai Buloh, (Merbau Sempak dan Sg Plong) just untuk menumpukan perhatian sepenuhnya projek-projek pengembangan ladang di sekitar negeri Perak tapi atas kesilapan dan kurangnya ilmu dalam menguruskan projek pengembangan ini, maka projek di Perak hanya lah membawa kepada kejatuhan syarikat dalam aspek pengurusan kewangan. Lantas atas kesedaran ini dan berdasarkan pengalaman yang diperolehi dalam menjalankan projek di Perak ini, maka sudah tiba masanya Syarikat mengmbil langkah berjaga-jaga dan langkah-langkah pemulihan untuk projek-projek di sekitar Merbau Sempak dan Sg Plong.

Langkah yang pertama diambil untuk memulihkan Ladang Merbau Sempak dengan 'mengembalikan' pekerja lama ke Malaysia untuk membantu proses penanaman. Bermula dengan projek Penanaman Rock Melon secara berperingkat, dengan hanya bermodalkan kecil, hasil jualan digunakan untuk menampung penanaman pada peringkat kedua namum jangkamasa tanaman yang agak lama (3 bulan) menyebabkan proses penanaman semula agak sukar berdasarkan kos semasa. Lantas, selepas penanaman rock melon yang terakhir pada bulan Jun 2011, satu langkah untuk mengawal kos dan meningkatkan aliran tunai semasa telah diambil dengan menanam Timun Susu dalam semua RPH yang ada. Berdasarkan permintaan pasaran kini, timun boleh dijadikan tanaman yang mampu menampung keperluan kos dan menambahkan pendapatan syarikat dalam masa yang terdekat. Dijangkakan dalam awal bulan Ogos, iaitu permulaan bulan Ramadhan, Ladang Merbau Sempak mampu mengeluarkan hasil timun bagi menampung keperluan pasaran Ramadhan. Cuma diharapkan agar harga timun pada masa itu tidak jatuh hingga ke paras yang paling rendah sebagaimana dengan harga cili.

Bagi Ladang Sg Plong, satu langkah drastik diambil dengan memulakan proses penanaman menggunakan sistem konvensional dan organik. Langkah ini diambil berdasarkan kemampuan modal dan kemampuan syarikat untuk mendapatkan pekerja dan bahan input. Selain itu, syarikat juga berhasrat untuk mendapatkan SOM (Sijil Organik Malaysia) dari Jabatan Pertanian untuk menjadikan ladang ini sebagai pusat pengeluaran timun secara organik, lagi pun harga baja pun agak murah dan diberi kepercayaan oleh syarikat pengeluar baja organik untuk mencuba dan menggunapakai baja keluaran mereka. Cuma Masalah utama di Sg Plong malah di seluruh Sungai Buloh dan kundang, kesukaran untuk mendapatkan mesin Rotor (bajak). Usaha masih dijalankan untuk mendapatkan mesin tersebut. Selain itu keadaan tanah di Sg Plong juga agak masam dan keras, namun telah dapat diatasi dengan mem'plow' sebanyak dua kali menggunakan traktor.

Something interesting about agricultures adalah kemampuan kita untuk 'naik balik' biarpun terjatuh sebentar. Dijangkakan syarikat Nia Agrotech akan mencapai kematangan dan kestabilan selepas setahun beroperasi semula. Dengan sokongan rakan-rakan tani dan sekitar, diharapkan agar syarikat akan mampu menjadi sebuah syarikat yang matang berdasarkan pengalaman yang ditempuhi. Ramai yang takutkan risiko bisnes pertanian ini dan ramai juga yang kecundang..tapi bagi saya, istilah kecundang bukanlah satu istilah yang tepat untuk digunakan, the best words adalah 'melalui masa-masa yang sukar' sebab sekiranya kita mampu mengharungi suasana ini, maka kita mampu mendepani cabaran yang lebih besar di masa akan datang.

Pernah saya paparkan dalam blog ini gambar labu sayung (labu air) dan pernah saya tulis tentang pesanan seorang mentor saya dulu yang bisnes ini seperti labu sayung. Dan sekarang saya sedang melaluinya, biarpun susah dan terpaksa berkorban dengan banyak benda, tetapi usaha ini pasi akan mendatangkan hasil yang lumayan cuma masa saja yang menjadi penentuan. asalkan kita masih boleh berusaha dan tak berputus asa, maka kita akan mampu mencipta sesuatu kejayaan yang cemerlang.

Doakan kejayaan saya untuk mengembalikan perusahaan yang saya bina buat sekian lama. Walaupun terpaksa berjuang dan merasa kehilangan yang amat besar dalam usaha saya ini namun dengan sokongan anda semua, warga tani dan kawan-kawan, insya allah...akan membantu saya bangunkan balik ladang-ladang ini.
Untuk peserta-peserta kursus anjuran Nia Agrotech, pada mulanya agak sukar untuk saya mendapatkan kebenaran dan kelulusan daripada pihak Pertubuhan Peladang Kawasan untk mengeluarkan sijil penyertaan tetapi setelah perbincangan demi perbincangan dilakukan, pihak tersebut bersetuju dengan cadangan saya dan sehingga sekarang dalam proses terakhir sebelum diposkan kepada para peserta. sekiranya ada sesiapa yang tak dapat sijil, boleh terus emailkan kepada saya untuk tindakan lanjut.

Dan diharapkan juga, kepada para peserta kursus agar dapat meneruskan apa yang dirancang. Risiko memang ada dan besar tetapi pulangannya juga lumayan serta kita dapat pelajari banyak perkara dalam bidang ini. Jangan sombong dan sentiasa cuba mempelajari sesuatu yang baru kerana ilmu pertanian ini sentiasa dipertingkatkan..

Sekian, semoga kita (warga tani) akan mendapat keredhaanNya dan dikurniakan rezeki yang sempurna..

Selasa, 5 Julai 2011

KURSUS TANAMAN SECARA SISTEM FERTIGASI SIRI 08/2011

KURSUS TANAMAN SECARA FERTIGASI SIRI 08/2011
 
TARIKH : 17 JULAI 2011 (Ahad)

TEMPAT : PERTUBUHAN PELADANG KAW. GOMBAK DAN PETALING, SG BULOH

ANJURAN : NIA AGROTECH

YURAN/FEES : RM 200.00

TENTATIF PROGRAM:
9.00 pg - PENGENALAN/ASAS SISTEM FERTIGASI
10.00 pg - PENGURUSAN TANAMAN -SEMAIAN/MEDIUM/INFRASTRUKTUR
11.00 pg - MINUM PAGI
11.30 pg - PEMBAJAAN -PENGENALAN/ FUNGSI/ FORMULA/
CARA PENYEDIAAN STOK BAJA
1.00ptg - MAKAN TENGAH HARI
2.00ptg - KAWALAN PENYAKIT & SERANGGA
3.30ptg - MINUM PETANG
4.00ptg - LAWATAN LADANG CILI & ROCK MELON
6.00 ptg - BERSURAI

OBJEKTIF KURSUS :
  • MEMPERKENALKAN SISTEM TANAMAN SECARA FERTIGASI
  • MEMAHAMI ASPEK PENGURUSAN LADANG, PEMBAJAAN DAN KAWALAN PENYAKIT.
  • MENUMPUKAN KEPADA PENYEDIAAN DIRI UNTUK MENJALANKAN PROJEK FERTIGASI
PELAKSANAAN KURSUS:
  • NOTA DISEDIAKAN
  • PENERANGAN DIBERIKAN SECARA TEORI & PRAKTIKAL
  • PENUMPUAN LEBIH KEPADA PERMASALAHAN DAN PENYELESAIAN DALAM MENJALANKAN PROJEK FERTIGASI.
UNTUK PENDAFTARAN, SILA HUBUNGI:-

EN RUHIZAL NAZMAN ALIAS
019-6934451
ruhizal@gmail.com

*PEMBAYARAN YURAN PERLU DIJELASKAN SEBELUM 15 JULAI 2011 KE AKAUN
RUHIZAL NAZMAN ALIAS (MAYBANK:-1643 9793 1412) DAN SIMPAN RESIT PEMBAYARAN UNTUK RUJUKAN PENDAFTARAN.

SILA EMAILKAN MAKLUMAT PERIBADI TERMASUK NAMA, ALAMAT, NO KP DAN NO TEL UNTUK RUJUKAN PIHAK KAMI

PAKAIAN :- BERSESUAIAN

Selasa, 24 Mei 2011

KURSUS TANAMAN SECARA FERTIGASI SIRI 07/2011

KURSUS TANAMAN SECARA FERTIGASI SIRI 07/2011
 
TARIKH : 29 Mei 2011 (Ahad)

TEMPAT : PERTUBUHAN PELADANG KAW. GOMBAK DAN PETALING, SG BULOH

ANJURAN : NIA AGROTECH

YURAN/FEES : RM 200.00

TENTATIF PROGRAM:
9.00 pg - PENGENALAN/ASAS SISTEM FERTIGASI
10.00 pg - PENGURUSAN TANAMAN -SEMAIAN/MEDIUM/INFRASTRUKTUR
11.00 pg - MINUM PAGI
11.30 pg - PEMBAJAAN -PENGENALAN/ FUNGSI/ FORMULA/
CARA PENYEDIAAN STOK BAJA
1.00ptg - MAKAN TENGAH HARI
2.00ptg - KAWALAN PENYAKIT & SERANGGA
3.30ptg - MINUM PETANG
4.00ptg - LAWATAN LADANG CILI & ROCK MELON
6.00 ptg - BERSURAI

OBJEKTIF KURSUS :
  • MEMPERKENALKAN SISTEM TANAMAN SECARA FERTIGASI
  • MEMAHAMI ASPEK PENGURUSAN LADANG, PEMBAJAAN DAN KAWALAN PENYAKIT.
  • MENUMPUKAN KEPADA PENYEDIAAN DIRI UNTUK MENJALANKAN PROJEK FERTIGASI
PELAKSANAAN KURSUS:
  • NOTA DISEDIAKAN
  • PENERANGAN DIBERIKAN SECARA TEORI & PRAKTIKAL
  • PENUMPUAN LEBIH KEPADA PERMASALAHAN DAN PENYELESAIAN DALAM MENJALANKAN PROJEK FERTIGASI.
UNTUK PENDAFTARAN, SILA HUBUNGI:-

EN RUHIZAL NAZMAN ALIAS
019-6934451
ruhizal@gmail.com

*PEMBAYARAN YURAN PERLU DIJELASKAN SEBELUM 28 MEI 2011 KE AKAUN
RUHIZAL NAZMAN ALIAS (MAYBANK:-1643 9793 1412) DAN SIMPAN RESIT PEMBAYARAN UNTUK RUJUKAN PENDAFTARAN.

SILA EMAILKAN MAKLUMAT PERIBADI TERMASUK NAMA, ALAMAT, NO KP DAN NO TEL UNTUK RUJUKAN PIHAK KAMI

PAKAIAN :- BERSESUAIAN

Jumaat, 22 April 2011

KURSUS FERTIGASI SIRI 06/11

DI BUKA UNTUK PENDAFTARAN...

KURSUS FERTIGASI TANAMAN CILI SIRI 04/2011
 
TARIKH : 30 APRIL 2011 (SABTU)

TEMPAT : PERTUBUHAN PELADANG KAW. GOMBAK DAN PETALING, SG BULOH

ANJURAN : NIA AGROTECH

YURAN/FEES : RM 200.00

TENTATIF PROGRAM:
9.00 pg - PENGENALAN/ASAS SISTEM FERTIGASI
10.00 pg - PENGURUSAN TANAMAN -SEMAIAN/MEDIUM/INFRASTRUKTUR
11.00 pg - MINUM PAGI
11.30 pg - PEMBAJAAN -PENGENALAN/ FUNGSI/ FORMULA/
CARA PENYEDIAAN STOK BAJA
1.00ptg - MAKAN TENGAH HARI
2.00ptg - KAWALAN PENYAKIT & SERANGGA
3.30ptg - MINUM PETANG
4.00ptg - LAWATAN LADANG CILI & ROCK MELON
6.00 ptg - BERSURAI

OBJEKTIF KURSUS :
  • MEMPERKENALKAN SISTEM TANAMAN SECARA FERTIGASI
  • MEMAHAMI ASPEK PENGURUSAN LADANG, PEMBAJAAN DAN KAWALAN PENYAKIT.
  • MENUMPUKAN KEPADA PENYEDIAAN DIRI UNTUK MENJALANKAN PROJEK FERTIGASI
PELAKSANAAN KURSUS:
  • NOTA DISEDIAKAN
  • PENERANGAN DIBERIKAN SECARA TEORI & PRAKTIKAL
  • PENUMPUAN LEBIH KEPADA PERMASALAHAN DAN PENYELESAIAN DALAM MENJALANKAN PROJEK FERTIGASI.
UNTUK PENDAFTARAN, SILA HUBUNGI:-

EN RUHIZAL NAZMAN ALIAS
019-6934451
ruhizal@gmail.com

*PEMBAYARAN YURAN PERLU DIJELASKAN SEBELUM 28 APRIL 2011 KE AKAUN
RUHIZAL NAZMAN ALIAS (MAYBANK:-1643 9793 1412) DAN SIMPAN RESIT PEMBAYARAN UNTUK RUJUKAN PENDAFTARAN.

SILA EMAILKAN MAKLUMAT PERIBADI TERMASUK NAMA, ALAMAT, NO KP DAN NO TEL UNTUK RUJUKAN PIHAK KAMI

PAKAIAN :- BERSESUAIAN

Jumaat, 18 Mac 2011

KURSUS FERTIGASI CILI SIRI 04/2011

DI BUKA UNTUK PENDAFTARAN...

KURSUS FERTIGASI TANAMAN CILI SIRI 04/2011
 
TARIKH :2 APRIL 2011 (SABTU)

TEMPAT : PERTUBUHAN PELADANG KAW. GOMBAK DAN PETALING, SG BULOH

ANJURAN : NIA AGROTECH

YURAN/FEES : RM 200.00

TENTATIF PROGRAM:
9.00 pg - PENGENALAN/ASAS SISTEM FERTIGASI
10.00 pg - PENGURUSAN TANAMAN -SEMAIAN/MEDIUM/INFRASTRUKTUR
11.00 pg - MINUM PAGI
11.30 pg - PEMBAJAAN -PENGENALAN/ FUNGSI/ FORMULA/
CARA PENYEDIAAN STOK BAJA
1.00ptg - MAKAN TENGAH HARI
2.00ptg - KAWALAN PENYAKIT & SERANGGA
3.30ptg - MINUM PETANG
4.00ptg - LAWATAN LADANG CILI & ROCK MELON
6.00 ptg - BERSURAI

OBJEKTIF KURSUS :
  • MEMPERKENALKAN SISTEM TANAMAN SECARA FERTIGASI
  • MEMAHAMI ASPEK PENGURUSAN LADANG, PEMBAJAAN DAN KAWALAN PENYAKIT.
  • MENUMPUKAN KEPADA PENYEDIAAN DIRI UNTUK MENJALANKAN PROJEK FERTIGASI
PELAKSANAAN KURSUS:
  • NOTA DISEDIAKAN
  • PENERANGAN DIBERIKAN SECARA TEORI & PRAKTIKAL
  • PENUMPUAN LEBIH KEPADA PERMASALAHAN DAN PENYELESAIAN DALAM MENJALANKAN PROJEK FERTIGASI.
UNTUK PENDAFTARAN, SILA HUBUNGI:-

EN RUHIZAL NAZMAN ALIAS
019-6934451
ruhizal@gmail.com

*PEMBAYARAN YURAN PERLU DIJELASKAN SEBELUM 1 APRIL 2011 KE AKAUN
RUHIZAL NAZMAN ALIAS (MAYBANK:-1643 9793 1412) DAN SIMPAN RESIT PEMBAYARAN UNTUK RUJUKAN PENDAFTARAN.

SILA EMAILKAN MAKLUMAT PERIBADI TERMASUK NAMA, ALAMAT, NO KP DAN NO TEL UNTUK RUJUKAN PIHAK KAMI DAN PENYEDIAAN SIJIL PENYERTAAN

PAKAIAN :- BERSESUAIAN

Isnin, 21 Februari 2011

KURSUS FERTIGASI CILI SIRI 03/2011

DI BUKA UNTUK PENDAFTARAN...

KURSUS FERTIGASI TANAMAN CILI SIRI 03/2011
TARIKH : 12 MAC 2011 (SABTU)

TEMPAT : PERTUBUHAN PELADANG KAW. GOMBAK DAN PETALING, SG BULOH

ANJURAN : NIA AGROTECH

YURAN/FEES : RM 200.00

TENTATIF PROGRAM:
9.00 pg - PENGENALAN/ASAS SISTEM FERTIGASI
10.00 pg - PENGURUSAN TANAMAN -SEMAIAN/MEDIUM/INFRASTRUKTUR
11.00 pg - MINUM PAGI
11.30 pg - PEMBAJAAN -PENGENALAN/ FUNGSI/ FORMULA/
CARA PENYEDIAAN STOK BAJA
1.00ptg - MAKAN TENGAH HARI
2.00ptg - KAWALAN PENYAKIT & SERANGGA
3.30ptg - MINUM PETANG
4.00ptg - LAWATAN LADANG CILI & ROCK MELON
6.00 ptg - BERSURAI

OBJEKTIF KURSUS :
  • MEMPERKENALKAN SISTEM TANAMAN SECARA FERTIGASI
  • MEMAHAMI ASPEK PENGURUSAN LADANG, PEMBAJAAN DAN KAWALAN PENYAKIT.
  • MENUMPUKAN KEPADA PENYEDIAAN DIRI UNTUK MENJALANKAN PROJEK FERTIGASI
PELAKSANAAN KURSUS:
  • NOTA DISEDIAKAN
  • PENERANGAN DIBERIKAN SECARA TEORI & PRAKTIKAL
  • PENUMPUAN LEBIH KEPADA PERMASALAHAN DAN PENYELESAIAN DALAM MENJALANKAN PROJEK FERTIGASI.
UNTUK PENDAFTARAN, SILA HUBUNGI:-

EN RUHIZAL NAZMAN ALIAS
019-6934451
ruhizal@gmail.com

*PEMBAYARAN YURAN PERLU DIJELASKAN SEBELUM 10 MAC 2011 KE AKAUN
RUHIZAL NAZMAN ALIAS (MAYBANK:-1643 9793 1412) DAN SIMPAN RESIT PEMBAYARAN UNTUK RUJUKAN PENDAFTARAN.

SILA EMAILKAN MAKLUMAT PERIBADI TERMASUK NAMA, ALAMAT, NO KP DAN NO TEL UNTUK RUJUKAN PIHAK KAMI DAN PENYEDIAAN SIJIL PENYERTAAN

PAKAIAN :- BERSESUAIAN

Khamis, 20 Januari 2011

KURSUS FERTIGASI SIRI 02/2011 DIBUKA UNTUK PENDAFTARAN

DI BUKA UNTUK PENDAFTARAN...

KURSUS FERTIGASI TANAMAN CILI SIRI 02/2011
TARIKH : 19 FEBRUARI 2011 (SABTU)

TEMPAT : LOT 437, LORONG 2, KAMPUNG MERBAU SEMPAK, SG BULOH, SELANGOR

ANJURAN : NIA AGROTECH

YURAN/FEES : RM 200.00

TENTATIF PROGRAM:
9.00 pg - PENGENALAN/ASAS SISTEM FERTIGASI
10.00 pg - PENGURUSAN TANAMAN -SEMAIAN/MEDIUM/INFRASTRUKTUR
11.00 pg - MINUM PAGI
11.30 pg - PEMBAJAAN -PENGENALAN/ FUNGSI/ FORMULA/
CARA PENYEDIAAN STOK BAJA
1.00ptg - MAKAN TENGAH HARI
2.00ptg - KAWALAN PENYAKIT & SERANGGA
3.30ptg - MINUM PETANG
4.00ptg - LAWATAN LADANG CILI & ROCK MELON
6.00 ptg - BERSURAI

OBJEKTIF KURSUS :
  • MEMPERKENALKAN SISTEM TANAMAN SECARA FERTIGASI
  • MEMAHAMI ASPEK PENGURUSAN LADANG, PEMBAJAAN DAN KAWALAN PENYAKIT.
  • MENUMPUKAN KEPADA PENYEDIAAN DIRI UNTUK MENJALANKAN PROJEK FERTIGASI
PELAKSANAAN KURSUS:
  • NOTA DISEDIAKAN
  • PENERANGAN DIBERIKAN SECARA TEORI & PRAKTIKAL
  • PENUMPUAN LEBIH KEPADA PERMASALAHAN DAN PENYELESAIAN DALAM MENJALANKAN PROJEK FERTIGASI.
  • SIJIL DISEDIAKAN
UNTUK PENDAFTARAN, SILA HUBUNGI:-

EN RUHIZAL NAZMAN ALIAS
019-6934451
ruhizal@gmail.com

*PEMBAYARAN YURAN PERLU DIJELASKAN SEBELUM 17 FEBRUARI 2011 KE AKAUN