Isnin, 27 Disember 2010

KURSUS TANAMAN SECARA FERTIGASI SIRI 01/11

DI BUKA UNTUK PENDAFTARAN...
KURSUS FERTIGASI TANAMAN CILI SIRI 01/2011
TARIKH : 15 JANUARI 2011 (SABTU)

TEMPAT : LOT 437, LORONG 2, KAMPUNG MERBAU SEMPAK, SG BULOH, SELANGOR

ANJURAN : NIA AGROTECH

YURAN/FEES : RM 200.00


TENTATIF PROGRAM9.00 pg - PENGENALAN/ASAS SISTEM FERTIGASI
10.00 pg - PENGURUSAN TANAMAN -SEMAIAN/MEDIUM/INFRASTRUKTUR
11.00 pg - MINUM PAGI
11.30 pg - PEMBAJAAN -PENGENALAN/ FUNGSI/ FORMULA/
CARA PENYEDIAAN STOK BAJA
1.00ptg - MAKAN TENGAH HARI
2.00ptg - KAWALAN PENYAKIT & SERANGGA
3.30ptg - MINUM PETANG
4.00ptg - LAWATAN LADANG CILI & ROCK MELON
6.00 ptg - BERSURAI

OBJEKTIF KURSUS :
  • MEMPERKENALKAN SISTEM TANAMAN SECARA FERTIGASI
  • MEMAHAMI ASPEK PENGURUSAN LADANG, PEMBAJAAN DAN KAWALAN PENYAKIT.
  • MENUMPUKAN KEPADA PENYEDIAAN DIRI UNTUK MENJALANKAN PROJEK FERTIGASI
PELAKSANAAN KURSUS:
  • NOTA DISEDIAKAN
  • PENERANGAN DIBERIKAN SECARA TEORI & PRAKTIKAL
  • PENUMPUAN LEBIH KEPADA PERMASALAHAN DAN PENYELESAIAN DALAM MENJALANKAN PROJEK FERTIGASI.
  • SIJIL DISEDIAKAN
UNTUK PENDAFTARAN, SILA HUBUNGI:-

EN RUHIZAL NAZMAN ALIAS
019-6934451
ruhizal@gmail.com

*PEMBAYARAN YURAN PERLU DIJELASKAN SEBELUM 10 JANUARI 2011 KE AKAUN
RUHIZAL NAZMAN ALIAS (MAYBANK:-1643 9793 1412) DAN SIMPAN RESIT PEMBAYARAN UNTUK RUJUKAN PENDAFTARAN.

SILA EMAILKAN MAKLUMAT PERIBADI TERMASUK NAMA, ALAMAT, NO KP DAN NO TEL UNTUK RUJUKAN PIHAK KAMI DAN PENYEDIAAN SIJIL PENYERTAAN

PAKAIAN :- BERSESUAIAN

Selasa, 14 Disember 2010

Fertigasi:- Ciri-ciri pemilihan tapak

Mempunyai kawasan atau tapak sahaja tidak lengkap untuk menjalankan projek tanaman secara fertigasi sekiranya tidak mempunyai ciri-ciri berikut:-
  
1. Sumber Air yang Berkualiti dan Mencukupi
  • Sumber air adalah elemen yang utama dalam setiap kegiatan pertanian. Kawasan atau tapak perlu mempunyai sumber air yang berkualiti dan mencukupi untuk dibekalkan kepada tanaman. 
  • Sumber air tidak terhad kepada air sungai atau tasik semata-mata tetapi merangkumi sumber-sumber bekalan air dari pihak pengurusan air negeri, telaga dan telaga tiub (tube well) yang diperolehi dari dalam tanah.
  • Apa yang penting adalah kualiti air yang kita gunakan dan disesuaikan dengan kuantiti air diperlukan oleh tanaman. pH air perlu berada dalam keadaan beralkali (pH 6.5 - 7.5), bebas dari kotoran dan pencemaran bahan-bahan kimia yang menurunkan kualiti air tersebut. 
  • Klorin yang berlebihan juga perlu dielakkan untuk memelihara akar pokok daripada rosak. Bagi yang menggunakan air berklorin tinggi, pendedahan kepada cahaya matahari selama 24 jam dapat mengurangkan jumlah kandungan klorin apabila ia terpeluap ke udara.
  • Air yang terlalu berasid boleh dirawat menggunakan Natrium Hidroksida atau menggunakan asid hidroklorik sekiranya air terlalu beralkali. Perlu dipastikan juga akan kandungan garam yang tinggi disekitar 50 bsj akan mempengaruhi pengambilan kalsium dan boron menjadi toksid dalam air masin.
2. Mendapat Pendedahan Maksimum Kepada Cahaya Matahari dan Suhu Yang Maksimum.
  •  Kawasan tanaman perlu  mempunyai pendedahan cahaya matahari yang maksimum untuk dibekalkan kepada tanaman bagi menjalankan proses fotosintesis (proses membuat makanan). Elakkan daripada kawasan yang mempunyai bayang-bayang pokok atau bangunan di sekitar kawasan dan secara ringkasnya, kawasan mesti betul-betul lapang.
  • Pendedahan kepada cahaya matahari ini akan meningkatkan paras glukosa dalam daun yang amat diperlukan untuk menjadikan akar dan batang pokok menjadi sihat dan tegap serta menghasilkan buah yang berkualiti tinggi.
  • Tanaman memerlukan sehingga 6 - 8 jam sehari kepada pendedahan cahaya matahari dan setiap polibeg perlu disusun berorientasikan arah Utara - Selatan.
3. Kawasan Yang Mudah Diratakan
  • Kawasan tanaman perlu diratakan sebaik mungkin untuk melancarkan sistem pengairan terutamanya di kawasan berbukit. Aspek ini amat penting dan perlu diberi perhatian agar pembaziran dan kegagalan sistem pengairan dapat dielakkan.
  • Kawasan tanah berbukit perlu diratakan dengan kaedah 'cut and fill' dan ada sesetangah pengusaha di tanah tinggi Cameron Highlands menggunakan jentera pemampat untuk mendapatkan kawasan yang betul-betul rata dan padat. Namun kecerunan perlu dikurangkan untuk mengelakkan tanah runtuh disamping mengadakan sistem saliran air yang baik untuk mengelakkan banjir di dalam kawasan tanaman.
 4. Bukan Kawasan Laluan Angin Kencang
  • Pastikan kawasan tanaman bukan laluan agin kencang bagi mengelakkan pokok tumbang dan yang lebih teruk, menyebabkan kemusnahan kepada RPH yang dibina.
  • Sekiranya tidak mempunyai pilihan, pastikan struktur yang hendak dibina dan sistem 'trailis' kukuh dengan mengambil kira risiko yang bakal ditanggung.
5. Mempunyai Bekalan Elektrik
  • Elektrik atau tenaga ini diperlukan untuk menghidupkan pam yang digunakan dalam sistem ini. Terdapat pelbagai alternatif untuk mengatasi masalah bekalan elektrik di kawasan-kawasan terpencil seperti menggunakan generator, pam berkuasa diesel atau petrol serta tarikan graviti.
  • Namun sekiranya kawasan tanaman mempunyai akses yang mudah untuk bekalan elektrik, aspek ini perlulah diutamakan untuk mengurangkan kos pengeluaran kelak. Ini kerana penggunaan generator dan pam akan meningkatkan kos pembelian minyak diesel atau petrol dan dalam situasi sekarang di mana harga bahan api ini semakin meningkat, adalah lebih baik jika kawasan tanaman itu mempunyai kuasa elektrik dari TNB atau pun mendapat kuasa dari sumber-sumber yang boleh diperbaharui seperti tenaga solar.
6. Berhampiran Dengan Kawasan Kediaman
  • Bukanlah bermakna kawasan tanaman perlu berada di dalam kawasan kediaman. ini adalah agak mustahil dilakukan sekiranya tinggal di kawasan bandar atau pun di apartment.
  • Apa yang ditekankan disini adalah jarak antara kawasan kediaman dengan kawasan tanaman berada dalam lingkungan 45 minit perjalanan agar proses pemantauan dapat dilakukan dengan berkesan dan sekiranya mempunyai apa-apa masalah berkaitan tanaman, 'troubleshooting' dapat dilakukan dengan segera.
7. Infrastruktur yang Baik
  • Kawasan tanaman perlu mempunyai kemudahan infrastruktur yang baik termasuk pagar, jalan penghubung, saliran dan kemudahan asas yang lain agar proses penjagaan dan kebajikan terutamanya para pekerja dapat dijaga dengan baik.

Ini adalah ciri-ciri yang perlu diambil perhatian untuk melaksanakan sistem tanaman fertigasi. Memang agak memakan kos yang tinggi terutamanya dalam aspek penyediaan tapak dan infrastruktur tetapi sekiranya aspek ini dijalankan dengan sempurna, para pengusaha tidak akan menghadapi masalah-masalah yang sukar pada masa yang akan datang. Jika dibandingkan dengan sistem konvensional, kerja-erja penyediaan tapak fertigasi ini agak memakan masa yang panjang namun sekiranya dilihat daripada hasilnya kelak, amatlah berbaloi-baloi...

Khamis, 2 Disember 2010

FERTIGATION : DEFINITION AND APPLICATIONS

Fertigasi (fertigation)adalah gabungan daripada perkataan Pembajaan (Fertilizer) dan Pengairan (Irrigation). Daripada 2 perkataan ini sudah cukup membuktikan bahawa untuk mengetahui atau mendalami sistem ini, para pengusaha perlu terlebih dahulu memahami kepentingan sistem pembajaan dan pengairan yang dugunapakai dalam sistem fertigasi.

Sistem fertigasi adalah berbeza sekali dengan sistem konvensional (tanaman menggunakan tanah sebagai medium). Ini seringkali saya tekankan dalam kursus, bahawa sistem fertigasi ini diibaratkan seperti sistem 'feedlot' dalam aspek ternakan. Maknanya, dalam sistem ini, makanan/nutrient pokok dibekalkan kepada akar dan pokok secara langsung seperti menyuap bayi makan berbanding dengan sistem konvensional, iaitu pokok melalui akarnya mencari makanannya sendiri melalui penyerapan nutrient dalam tanah. Kelebihannya, kita dapat menentukan sendiri apa nutrient yang perlu diberikan kepada pokok tanpa mengambil kira nutrient-nutrient semulajadi yang ada dalam tanah dan ini dapat mengelakkan daripada pokok terbantut, gangguan nutrient kepada pokok dan faktor jenis tanah yang hendak digunakan.

Saya selalu membayangkan bahawa sistem penjagaan pokok melalui fertigasi ini adalah seperti menjaga bayi sehingga bayi ini matang. Ini adalah kerana sistem pembajaannya direkabentuk mengikut keperluan usia pokok melalui pengawalan kepekatan baja yang diberikan (EC) dan formula baja yang digunakan. Setiap jenis pokok mempunyai keperluan nutrient yang berbeza :- keperluan nutrient untuk cili berbeza dengan keperluan nutrient untuk Rock Melon serta timun dan ini memudahkan kita untuk menentukan formula mana yang boleh dipakai dan hasil yang kita hajati daripada jenis-jenis tanaman ini.

Setiap pengusaha perlu tahu tentang jenis baja, formula yang boleh digunakan mengikut keperluan jenis tanaman, cara campuran dan bancuhan, kepekatan (EC) yang sesuai mengikut umur tanaman serta kesan-kesan terhadap tanaman sekiranya penyaluran baja yang berlebihan atau kekurangan baja. Pengetahuan dalam pembajaan ini amat kritikal dan perlu agar kita dapat mengesan kekurangan nutrient, cara untuk memperbaiki dan mengatasi masalah-masalah yang berkaitan dengan tanaman. Saya katakan sekiranya tanaman diberikan baja yang berlebihan pun akan menyebabkan tanaman menghadapi masalah kekurangan nutrient dan menjejaskan tanaman apatah lagi sekiranya tanaman yang diberikan nutrient yang kurang. Seperti manusia, sekiranya diberikan protein, karbohidrat atau gula yang berlebihan, kita juga akan mengalami masalah kesihatan seperti diabetes, obessiti dan pelbagai penyakit yang lain. Konsep yang sama digunapakai dalam sistem penjagaan tanaman dalam fertigasi ini. Maka adalah satu keperluan asas kepada para pengusaha untuk mengetahui tentang asas pembajaan fertigasi.

Begitu juga dengan aspek pengairan fertigasi. Para pengusaha perlu memahami bagaimana penyaluran nutrient disampaikan kepada tanaman, kadar nutrient kepada tanaman serta masalah-masalah yang timbul sekiranya kegagalan sistem pengairan kepada tanaman.

'Dripping System' atau pengairan titis digunakan untuk menyalurkan nutrient secara perlahan kepada akar tanaman agar akar dapat menyerap nutrient dengan kadar optimum. Seolah-olah kita menyuapkan nasi ke dalam mulut, kita tidak menyuap sekali gus agar kita dapat mengunyah dan menghadamkannya dahulu sebelum nasi bertukar menjadi nutrient dalam badan manusia. Sekiranya kita menyuapkan nasi secara sekaligus, sudah pasti kita tak mampu mengunyahnya dengan sempurna, termuntah atau sistem penghadaman kita akan terganggu. Konsep inilah yang diaplikasikan dalam sistem pengairan fertigasi. Biarlah pokok menikmati nutrient yang kita bekalkan dengan sempurna dan senang hati agar dia dapat memberikan hasil yang sempurna dan jangan memaksa tanaman ini dengan nutrient yang berlebihan agar kita tidak menanggung kerugian kos baja dan melakukan pembaziran.

Untuk mendapat sistem pengairan yang sempurna, terdapat banyak faktor-faktor yang mempengaruhi penyediaan sistem ini dan para pengusaha perlu faham peripentingnya sistem pengairan yang sempurna kerana ia berkaitan rapat dengan pertumbuhan sesuatu tanaman. Walaupun sistemnya nampak ringkas tetapi sekiranya kita tidak mempunyai ilmu dan pengetahuan tentang asasnya, ia akan mendorong ke arah pembaziran kos yang kita sendiri tidak sedar implikasinya dan menyumbang kepada pengingkatan kos pengeluaran dan kegagalan sesuatu projek tanaman fertigasi.

sekian.

RUHIZAL NAZMAN ALIAS

KURSUS TANAMAN SECARA FERTIGASI SIRI 03/2010

QPEN FOR REGISTRATION...

KURSUS FERTIGASI TANAMAN CILI SIRI 03/2010

TARIKH : 18 DISEMBER 2010 (SABTU)

TEMPAT : LOT 437, LORONG 2, KAMPUNG MERBAU SEMPAK, SG BULOH, SELANGOR

ANJURAN : NIA AGROTECH

YURAN/FEES : RM 200.00


TENTATIF PROGRAM
9.00 pg - PENGENALAN/ASAS SISTEM FERTIGASI
10.00 pg - PENGURUSAN TANAMAN -SEMAIAN/MEDIUM/INFRASTRUKTUR
11.00 pg - MINUM PAGI
11.30 pg - PEMBAJAAN -PENGENALAN/ FUNGSI/ FORMULA/
CARA PENYEDIAAN STOK BAJA
1.00ptg - MAKAN TENGAH HARI
2.00ptg - KAWALAN PENYAKIT & SERANGGA
3.30ptg - MINUM PETANG
4.00ptg - LAWATAN LADANG CILI & ROCK MELON
6.00 ptg - BERSURAI

OBJEKTIF KURSUS :
  • MEMPERKENALKAN SISTEM TANAMAN SECARA FERTIGASI
  • MEMAHAMI ASPEK PENGURUSAN LADANG, PEMBAJAAN DAN KAWALAN PENYAKIT.
  • MENUMPUKAN KEPADA PENYEDIAAN DIRI UNTUK MENJALANKAN PROJEK FERTIGASI
PELAKSANAAN KURSUS:
  • NOTA DISEDIAKAN
  • PENERANGAN DIBERIKAN SECARA TEORI & PRAKTIKAL
  • PENUMPUAN LEBIH KEPADA PERMASALAHAN DAN PENYELESAIAN DALAM MENJALANKAN PROJEK FERTIGASI.
  • SIJIL DISEDIAKAN
UNTUK PENDAFTARAN, SILA HUBUNGI:-

EN RUHIZAL NAZMAN ALIAS
019-6934451
ruhizal@gmail.com

*PEMBAYARAN YURAN PERLU DIJELASKAN SEBELUM 5 NOVEMBER 2010 KE AKAUN
RUHIZAL NAZMAN ALIAS (MAYBANK:-1643 9793 1412) DAN SIMPAN RESIT PEMBAYARAN UNTUK RUJUKAN PENDAFTARAN.

SILA EMAILKAN MAKLUMAT PERIBADI TERMASUK NAMA, ALAMAT, NO KP DAN NO TEL UNTUK RUJUKAN PIHAK KAMI DAN PENYEDIAAN SIJIL PENYERTAAN

PAKAIAN :- BERSESUAIAN

Jumaat, 26 November 2010

PETANI MODEN BUKAN SEKADAR PETANI...

Tersentuh hati saya untuk membicarakan mengenai cara dan corak pemikiran petani moden sekarang. Satu kenyataan yang pasti bahawa petani moden sekarang bukan hanya seorang petani semata-mata tetapi perlu menjadi seorang ahli perniagaan yang bijak mengurus dan mentadbir perniagaannya agar terus maju dan berjaya.

Dahulu, pandangan masyarakat terhadap golongan petani ini terlalu rendah, dipandang sebagai seorang yang bermain lumpur, comot dan hanya mampu menyara hidup sendiri dan keluarga serta tak mampu untuk duduk sama rata dengan golongan-golongan korporat atau pun yang berpelajaran tinggi. Petani dahulu hanya berada di sekitar kampungnya sahaja dan mengharapkan golongan 'orang tengah' untuk mengambil atau membeli hasil keluaran ladang mereka. Pemikiran petani ini hanyalah sekadar 'cukup makan' dan menunggu hasil untuk membantu keluarga dan tambahan pendapatan.

Tetapi dengan peredaran zaman, dengan teknologi yang semakin maju sekarang, cara dan corak pemikiran para petani moden perlu seiring dengan peredaran masa. Kita perlu lebih kreatif dan berdaya maju. Membudayakan pertanian ini sebagai satu perniagaan bermaksud kita bukan sahaja bertanggungjawab untuk menanam dan menunggu hasil untuk jualan tetapi kita juga perlu membantu para petani yang lain untuk terus maju dengan ilmu-ilmu terkini berdasarkan pengalaman dan kajian untuk sama-sama maju ke depan. Di samping itu, kita juga harus ahenambakan ilmu bukan sahaja dalam aspek pertanian tetapi juga dalam aspek pengurusan kewangan dan pentadbiran perniagaan syarikat.

Jangan abaikan aspek ini kerana ia amat diperlukan untuk menjamin kelangsung semua projek pertanian yang kita usahakan. Sampai bila kita perlu bergantung kepada orang lain untuk menentukan arah tuju perniagaan kita sendiri sedangkan kita mampu membawa perniagaan ini ke tahap yang lebih tinggi dengan berbekalkan sedikit ilmu pengetahuan dan pengalaman. Teringat saya dengan pertemuan dengan seorang pengusaha ladang sayur di Kundang satu ketika dahulu. Sebagai pengusaha bukan bumiputera, kami bertemu untuk melihat sendiri ladang beliau secara ad-hoc. Saya bertanya tentang ladang beliau, mengenai untung ker buat ladang sayur nie dan kalau saya nak buat, agak-agak boleh hidup ker dengan pendapatan daripada ladang macam nie. Jawapan yang diterima agak negatif, beliau mengatakan bahawa "jangan la buat kebun macam nie, rugi woo...kos tinggi lepas tu mau cari pekerja bagus susah, memang susah mau untung la..." Lantas saya bertanya lagi," Dah berapa lama you buat kebun?" Beliau menjawab," Sudah 15 tahun, dari dia punya bapa sampai sekarang."
Tak terkejut ker dengan jawapan macam nie...sekiranya perniagaan kebun sayur beliau itu merugikan, bagaimana beliau boleh bertahan sampai 15 tahun dan dah masuk dua generasi pun.
inilah antara cabaran-cabaran awal yang perlu kita atasi sekiranya ingin berada dalam dunia perniagaan pertanian dan disinilah cara dan corak pemikiran yang mengatakan pertanian ini hanya untuk sara hidup sahaja perlu diubah menjadikannya sabagai satu sumber pendapatan utama yang mampu bukan sahaja menyara keluarga tetapi mampu menjadikan kita sebagai seorang ahli perniagaan yang berjaya setaraf dengan golongan-golongan korporat.

kita berjumpa lagi....

ruhizal

Rabu, 3 November 2010

KURSUS TANAMAN CILI DAN ROCK MELON SECARA FERTIGASI

PEN FOR REGISTRATION...

KURSUS FERTIGASI TANAMAN CILI SIRI 02/2010

TARIKH : 6 NOVEMBER 2010 (SABTU)

TEMPAT : LOT 437, LORONG 2, KAMPUNG MERBAU SEMPAK, SG BULOH, SELANGOR

ANJURAN : NIA AGROTECH

YURAN/FEES : RM 200.00


TENTATIF PROGRAM :

8.00 pg - 9.00 pg - PENGENALAN/ASAS SISTEM FERTIGASI
9.00 pg - 10.00 pg - PENGURUSAN TANAMAN -SEMAIAN/MEDIUM/INFRASTRUKTUR
10.00 - 10.30 pg - MINUM PAGI
10.30 - 12.30 tgh hari - PEMBAJAAN -PENGENALAN/ FUNGSI/ FORMULA/
CARA PENYEDIAAN STOK BAJA
12.30 - 1.30 ptg - MAKAN TENGAH HARI
1.30 - 3.30 ptg - KAWALAN PENYAKIT & SERANGGA
3.30 - 4.00 ptg - MINUM PETANG
4.00 - 6.00 ptg - LAWATAN LADANG CILI & ROCK MELON
BERSURAI

OBJEKTIF KURSUS :
  • MEMPERKENALKAN SISTEM TANAMAN SECARA FERTIGASI
  • MEMAHAMI ASPEK PENGURUSAN LADANG, PEMBAJAAN DAN KAWALAN PENYAKIT.
  • MENUMPUKAN KEPADA PENYEDIAAN DIRI UNTUK MENJALANKAN PROJEK FERTIGASI
PELAKSANAAN KURSUS:
  • NOTA DISEDIAKAN
  • PENERANGAN DIBERIKAN SECARA TEORI & PRAKTIKAL
  • PENUMPUAN LEBIH KEPADA PERMASALAHAN DAN PENYELESAIAN DALAM MENJALANKAN PROJEK FERTIGASI.
  • SIJIL DISEDIAKAN
UNTUK PENDAFTARAN, SILA HUBUNGI:-

EN RUHIZAL NAZMAN ALIAS
019-6934451
ruhizal@gmail.com

*PEMBAYARAN YURAN PERLU DIJELASKAN SEBELUM 5 NOVEMBER 2010 KE AKAUN
RUHIZAL NAZMAN ALIAS (MAYBANK:-1643 9793 1412) DAN SIMPAN RESIT PEMBAYARAN UNTUK RUJUKAN PENDAFTARAN.

SILA EMAILKAN MAKLUMAT PERIBADI TERMASUK NAMA, ALAMAT, NO KP DAN NO TEL UNTUK RUJUKAN PIHAK KAMI DAN PENYEDIAAN SIJIL PENYERTAAN

PAKAIAN :- BERSESUAIAN

Selasa, 5 Oktober 2010

PENURUNAN HARGA BAJA FERTIGASI...

Satu berita baik untuk pengusaha yang sedang atau baru ingin menceburi bidang tanaman fertigasi ini. Dalam perkembangan terbaru, harga bahan mentah untuk pembajaan fertigasi telah kembali stabil buat masa ini. Selepas kenaikan yang mendadak beberapa musim yang lalu, penurunan harga bahan mentah ini dijangka dapat membantu pengusaha-pengusaha ladang fertigasi untuk lebih berdaya maju dengan penjimatan kos pengeluaran.

HARGA TERKINI:-


KALSIUM NITRAT (CaNO3) 25kg - RM 50.00 - RM55.00

POTASSIUM NITRAT (KNO3) 25KG - RM107.00 - RM115.00

MKP 25KG - RM170.00 - RM190.00

MAGNESIUM SULFAT(MGSO4) 25KG - RM30.00 - RM35.00

Harga untuk baja mikro masih berada pada tahap yang sama antara RM40 - 35/kg namun disebabkan penggunaannya yang agak kecil, harga bahan tersebut tidak menjejaskan harga baja yang lain.

Untuk pengusaha ladang fertigasi yang mempunyai kapasiti tanaman melebihi 4000 beg, dinasihatkan untuk mendalami cara campuran baja mengikut formula-formula tertentu untuk menjimatkan kos pengeluaran berbanding membeli campuran baja yang telah disediakan agar sebarang permasalahan mengenai pembajaan kelak akan dapat diatasi dengan berkesan.

Bagi saya, untuk terlibat dalam fertigasi, pengusaha mesti tahu asas pembajaan, bahan-bahan yang digunakan, campuran atau formula yang digunakan kerana ini adalah tunjang/pillar dalan sistem fertigasi. Fertigasi (Fertilizing and irrigation) iaitu pembajaan dan pengairan, sekiranya asas ini tidak dipelajari, akan timbul pelbagai permasalahan dan kelangsungan projek akan terjejas. jika kita hanya mendengar cakap-cakap orang tanpa asas yang betul, sudah pasti kita senang dipesong untuk kepentingan orang lain.

Selamat Menanam....

KURSUS TANAMAN CILI DAN ROCK MELON SECARA FERTIGASI

OPEN FOR REGISTRATION...

KURSUS FERTIGASI TANAMAN CILI SIRI 01/2010

TARIKH : 23 OKTOBER 2010 (SABTU)

TEMPAT : LOT 437, LORONG 2, KAMPUNG MERBAU SEMPAK, SG BULOH, SELANGOR

ANJURAN : NIA AGROTECH

YURAN/FEES : RM 200.00


TENTATIF PROGRAM :

8.00 pg - 9.00 pg - PENGENALAN/ASAS SISTEM FERTIGASI
9.00 pg - 10.00 pg - PENGURUSAN TANAMAN -SEMAIAN/MEDIUM/INFRASTRUKTUR
10.00 - 10.30 pg - MINUM PAGI
10.30 - 12.30 tgh hari - PEMBAJAAN -PENGENALAN/ FUNGSI/ FORMULA/
CARA PENYEDIAAN STOK BAJA
12.30 - 1.30 ptg - MAKAN TENGAH HARI
1.30 - 3.30 ptg - KAWALAN PENYAKIT & SERANGGA
3.30 - 4.00 ptg - MINUM PETANG
4.00 - 6.00 ptg - LAWATAN LADANG CILI & ROCK MELON
BERSURAI

OBJEKTIF KURSUS :
  • MEMPERKENALKAN SISTEM TANAMAN SECARA FERTIGASI
  • MEMAHAMI ASPEK PENGURUSAN LADANG, PEMBAJAAN DAN KAWALAN PENYAKIT.
  • MENUMPUKAN KEPADA PENYEDIAAN DIRI UNTUK MENJALANKAN PROJEK FERTIGASI
PELAKSANAAN KURSUS:
  • NOTA DISEDIAKAN
  • PENERANGAN DIBERIKAN SECARA TEORI & PRAKTIKAL
  • PENUMPUAN LEBIH KEPADA PERMASALAHAN DAN PENYELESAIAN DALAM MENJALANKAN PROJEK FERTIGASI.
  • SIJIL DISEDIAKAN
UNTUK PENDAFTARAN, SILA HUBUNGI:-

EN RUHIZAL NAZMAN ALIAS
019-6934451
ruhizal@gmail.com

*PEMBAYARAN YURAN PERLU DIJELASKAN SEBELUM 20 OKTOBER 2010 KE AKAUN
NIA AGROTECH (MAYBANK:-5127 5430 6712) DAN SIMPAN RESIT PEMBAYARAN UNTUK RUJUKAN PENDAFTARAN.

SILA EMAILKAN MAKLUMAT PERIBADI TERMASUK NAMA, ALAMAT, NO KP DAN NO TEL UNTUK RUJUKAN PIHAK KAMI DAN PENYEDIAAN SIJIL PENYERTAAN

PAKAIAN :- BERSESUAIAN

ORGANIC FARMING....?!!

Pada asalnya Nia Agrotech berhasrat untuk menceburi bidang peladangan fertigasi berasaskan organik...100% organik bermula daripada permilihan biji benih, penyediaan medium tanaman, penggunaan baja organik dan racun organik...Namun terdapat beberapa halangan dan permasalahan yang berlaku menyebabkan hasrat ini terpaksa difikirkan semula....

Kalau dilihat dan dikaji mengenai perladangan organik ini terutamanya dalam aspek fertigasi, terdapat beberapa ketidaksesuaian dan isu-isu yang perlu diselesaikan terlebih dahulu disebabkan bidang ini merupakan cabang yang berbeza. Memang diakui, penanaman organik secara fertigasi telah dilakukan di Negara Jepun dan Eropah disebabkan permintaan yang tinggi serta bahan input yang senang didapati di sana malah telah terbukti berkesan. Persoalannya di Malaysia, kita masih lagi jauh dari segi teknologi dan bahan input yang menjurus ke arah organik dan sekiranya ada sekalipun, kosnya agak tinggi dan sukar didapati. Oleh itu agak sukar untuk mendapat hasil 100% organik. saya cuba rungkaikan apa yang saya maksudkan ini....

Pemilihan biji benih organik.

Kebanyakkan biji benih yang boleh didapati di pasaran tempatan adalah biji benih jenis hybrid F1 sama ada benih cili dan rock melon. Biji-biji benih ini sebanarnya telah dirawat dengan bahan kimia sama ada menggunakan racun kulat 'tyram' dan sebagainya. Racun kimia ini digunakan untuk merawat biji-biji benih tersebut daripada penyakit biji benih, ketahanan biji benih dan sebagai antibodi awalan kepada biji benih apabila membesar kelak. Seolah-olah bayi yang baru lahir dan disuntik dengan dos-dos 'tiga serangkai' la, polio la dan macam-macam lagi.Pada peringkat ini pun, sudah ada elemen kimia yang terlibat menyebabkan biji benih yang digunakan tidak lagi organik. Memang ada penyelesaiannya tapi makan masa dan kos yang tinggi iaitu melalui kajian biji benih dan kejuruteraan benih yang betul-betul bebas dari sebarang bahan kimia serta antibodi yang menggunakan bahan-bahan organik. satu lagi kajian yang baik untuk MARDI melihat perkara ini....

Pemilihan Medium Tanaman

Menggunakan sistem fertigasi, cocopeat dengan pH6.5 digunakan dan ada diantara pengusaha menggunakan bahan seperti campuran cocopeat dan sekam bakar, sekam bakar sahaja pelbagai jenis medium yang berfungsi untuk 'memegang' larutan baja dalam polibeg tanpa sebarang reaksi kimia yang lain dan mampu menampung larutan baja dalam jangka masa tertentu sahaja. bahan medium ini tidak bertindak sebagai baja kepada tumbuhan tetapi hanya sebagai medium. Tidak dalam isu perladangan organik, kerana medium yang perlu digunakan bukan sahaja bertindak sebagai 'pemegang' baja malah bertindak sebagai baja itu sendiri yang membantu pertumbuhan akar pokok dan dibantu dengan baja-baja organik yang lain untuk memberikan nutrient yang diperlukan oleh tumbuhan. Saya didatangi oleh satu kumpulan yang cuba memperkenalkan kompos sebagai medium yang berasaskan organik. Dikatakan kompos yang dibawa merupakan antara yang terbaik di dunia dan barasaskan bahan organik yang hingga kini saya sendiri pun belum dapat melihatnya sendiri. Dikatakan juga kompos ini mampu memendekkan jangka masa tuaian hingga 40% dari penggunaan medium semasa dan mampu mengatasi pelbagai masalah berkaitan penyakit dang jangkitan kulat. Malangnya, tidak pernah disebut mengenai harga pasaran kompos tersebut dan yang lebih menyusahkan, kompos tersebut hanya bertindak dengan sempurna sekitanya dicampurkan dengan tanah gambut, (3mm lapisan atas) dan tanah gambut hendaklah dari sumber yang organik, maksudnya di atas sumber tanah gambut tersebut tidak pernah ditanam apa-apa lagi atau ada elemen baja kimia di dalamnya (Cth:-tanah gambut di ladang-ladang kelapa sawit atau ladang-ladang nenas) yang banyak di sekitar Klang, Selangor. Isunya, sekiranya kompos tersebut yang terbaik di dunia, mengapa perlu ada bahan lain yang perlu dicampurkan untuk mengaktifkannya dan agak sukar untuk mendapat bekalan tanah gambut seperti yang dikehendaki di Malaysia berbanding 'top soil' serta akan berlaku peningkatan kos operasi ladang. Bagi pengusaha-pengusaha ladang sayuran secara konvensional, mereka berpendapat bahawa sekiranya harga kos kompos tersebut melebihi kos baja tahi ayam yang digunakan sekarang yang juga organik, ia merupakan 'unnecessary cost' yang perlu dikeluarkan berbanding dengan kos operasi sekarang. Sepatutnya isu harga atau peningkatan kos bahan input perlu diambil perhatian oleh penjual-penjual kompos organik ini agar tidak hanya membebankan pengusaha malah mampu menjimatkan kos operasi dan meningkatkan hasil tani mereka.

Penggunaan baja larutan organik.

Dalam fertigasi, kita menggunakan larutan baja berasaskan keperluan nutrient tanaman. Penggunaan bahan-bahan seperti Kalsium Nitrat, Potassium Nitrat, MKP dan Magnesium Sulfat adalah antara bahan campuran untuk melengkapkan formula baja fertigasi. Bahan-bahan ini senang didapati di pasaran dan harganya pun sedah mula menunjukkan penurunan yang positif. Pada peringkat awal, apabila diberitahu mengenai baja organik, my first impression is that baja organik ini adalah bahan-bahan pejal yang akan larut dengan sendirinya dalam tanah/medium tanaman melalui air siraman dan bukannya dalam bentuk larutan. Tetapi apabila diberitahu mengenai larutan baja organik, saya berasa lega kerana masih boleh digunakan dengan menggunakan sistem fertigasi. Persoalannya sejauh mana baja larutan ini mampu membekalkan nutrient kepada tumbuhan dalam polibeg ini dan berapa kos pembajaan semusim untuk seekar ladang fertigasi dan bagaimana untuk kita mengawal penggunaan baja dan formula mengikut jenis tumbuhan yang ditanam. Jika dilihat dalam sudut yang lain, setiap tumbuhan mempunyai keperluan nutriet yang berbeza. Keperluan tanaman padi berbeza dengan keperluan nutrient rock melon, cili dan timun seperti kita sendiri, setiap manusia mempunyai keperluan nutrient diri yang berbeza, ada yang perlu lebih gula dalam darah, ada yang perlu lebih protein atau karbohidrat dalam badan. Sekiranya larutan baja organik ini boleh digunapakai oleh semua jenis tumbuhan, maksudnya baja ini adalah baja asas nutrient (NPK) sahaja dan tak ada yang istimewa pun tentangnya. Sama sahaja macam kita campurankan tanah hitam, tanah merah / top soil , baja tahi ayam dan tanah bakar dalam polibeg kemudian disiram dengan air. Pokok tetap membesar tapi kualiti dan hasilan pokok agak diragui. Satu perkara lagi, petua ini saya dapat dari seseorang yang mempunyai pengalaman dalam sistem organik nie. Untuk mengetahui sama ada sesuatu larutan baja itu organik 100% atau tidak, pastikan sifatnya alkali dan bukannya asid. Manakala untuk mengetahui campuran bahan baja itu organik atau tidak, baunya lebih kepada 'bau tanah/earthly smell' dan sejuk. Sekadar berkongsi sahaja nie, kalau salah tolong tunjukkan....

Penggunaan Racun organik

Dalam semua aspek organik, aspek ini yang amat menarik perhatian saya. Saya memang mencari bahan racun berasaskan organik yang benar-benar berkesan bukan sahaja menyembuhkan penyakit tumbuhan malah bertindak sebagai penghalang / repellant kepada serang serang perosak serta menguatkan antibodi tumbuhan melawan penyakit. Nemun sehingga kini, masih belum ada produk yang mampu bertindak demikian dan jika wujud pun harga sungguh tidak munasabah. Pada pendapat saya, tanggapan masyarakat kita pada masa ini, hasil keluaran tani yang diketegorikan sebagai organik adalah apabila pengusaha menggunakan baja organik seperti tahi ayam dan sebagainya serta menggunakan racun serangga organik terhadap tanaman, maka hasilnya diklasifikasikan sebagai organik. terserah kepada tanggapan dan definisi masing-masing cuma kita perlu lebih sedar bahawa penggunaan racun kimia yang berlebihan akan mendatangkan kesan buruk untuk jangka masa panjang terhadap kesihatan pengguna. Sekiranya kita mempunyai alternatif untuk menggunakan racun organik, lebih baik digunakan sahaja berbanding dengan racun kimia.

Daripada rungkaian ini, isu pokoknya adalah sejauhmana keberkesanan penggunaan bahan organik terhadap tanaman yang menggunakan sistem fertigasi dan sejauhmana 'organic farming' ini mampu menjimatkan kos pengeluaran berbanding dengan sistem fertigasi dan konvensional agar pengguna dapat menikmati harga hasil tani yang rendah dan pada masa yang sama membantu pengusaha untuk mencapai keuntungan yang maksima.

Marah orang organik dengan statement nie but perkara ini perlu dijelaskan dalam bentuk yang paling efektif dan praktikal agar kita mampu mencari jalan penyelesaian yang baik bukan sahaja untuk pengusaha tetapi untuk pengguna.

sekian.

Selasa, 17 Ogos 2010

NIA AGROTECH GO FOR ORGANIC FARMING..

Nia Agrotech will go for organic farming and products...

We are in the early stages of researching for the best organic fertilizer and pesticide.


The trial plot will be ready for both system i.e convensional / soil and fertigation systems.

I will updated the progress of planting and usage of organic fertilizer for your reference soon...

ruhizal nazman alias

Selasa, 22 Jun 2010

Pakej Pemasangan Sistem Fertigasi

BERIKUT ADALAH SENARAI HARGA UNTUK PAKEJ PEMASANGAN SISTEM FERTIGASI (CILI) MENGIKUT BILANGAN BEG/POKOK:-

Untuk makluman, pihak kami mengharapkan agar kawasan tanaman anda mempunyai tenaga elektrik / generator, pondok tangki dan sumber air yang mencukupi i.e. telaga tiub/sungai/air kerajaan dll.

PAKEJ 1000 BEG
Merangkumi :-
  1. 2 buah tangki 600 gelen
  2. Pam elektrik 2.0Hp
  3. Sistem automasi / controller
  4. Silvershine (keseluruhan kawasan tanaman)
  5. Polibeg
  6. Cocopeat
  7. Anak Benih
  8. Ec dan pH meter
  9. upah kerja pemasangan
*tidak termasuk stok baja A dan B

HARGA : RM15,50 PER BEG


PAKEJ 2000 BEG
Merangkumi :-
  1. 2 buah tangki 600 gelen
  2. Pam elektrik 2.0Hp
  3. Sistem automasi / controller
  4. Silvershine (keseluruhan kawasan tanaman)
  5. Polibeg
  6. Cocopeat
  7. Anak Benih
  8. Ec dan pH meter
  9. upah kerja pemasangan
*tidak termasuk stok baja A dan B

HARGA : RM9,50 PER BEG


PAKEJ 3000 BEG
Merangkumi :-
  1. 3 buah tangki 600 gelen
  2. Pam elektrik 2.0Hp
  3. Sistem automasi / controller
  4. Silvershine (keseluruhan kawasan tanaman)
  5. Polibeg
  6. Cocopeat
  7. Anak Benih
  8. Ec dan pH meter
  9. upah kerja pemasangan
*tidak termasuk stok baja A dan B

HARGA : RM8.00 PER BEG


PAKEJ 4000 BEG
Merangkumi :-
  1. 3 buah tangki 600 gelen
  2. Pam elektrik 2.0Hp
  3. Sistem automasi / controller
  4. Silvershine (keseluruhan kawasan tanaman)
  5. Polibeg
  6. Cocopeat
  7. Anak Benih
  8. Ec dan pH meter
  9. upah kerja pemasangan
*tidak termasuk stok baja A dan B

HARGA : RM7.00 PER BEG

Harga stok baja A dan B bergantung kepada harga semasa bahan mentah dan disediakan dalam kuantiti 100 liter atau 200 liter.

(Penggunaan baja untuk 1 ekar cili/4000beg semusim adalah dianggarkan hampir 15 set stok baja A dan B (200 liter))

**KAMI JUGA MENYEDIAKAN PEKHIDMATAN PEMASANGAN RUMAH PELINDUNG HUJAN (RPH) MENGIKUT KEPERLUAN PELANGGAN. (SAIZ ASAS / 1 RPH : 20' X 100')
HARGA BERGANTUNG KEPADA HARGA SEMASA BAHAN BINAAN DAN LOKASI PEMBINAAN

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:-

RUHIZAL NAZMAN ALIAS
019-6934451
ruhizal@gmail.com

Jumaat, 11 Jun 2010

Tanaman Rock melon..

Antara hasil keluaran Nia Agrotech, buah rock melon berkembar. Boleh dijadikan perhiasan aromaterapi dalam kereta, cuma buah kembar macam nie agak jarang terhasil.

Permintaan terhadap buah rock melon ini amat menggalakkan dan mempunyai pasaran yang luas bergantung kepada jumlah penghasilan sesebuah ladang. Ramai yang tidak mengetahui tentang buah ini dan mengganggap seperti buah 'labu' (antara pengalaman semasa menjual buah ini di pameran anjuran Peladang selangor). Sebenarnya buah ini berupaya ditanam di Malaysia sama ada menggunakan sistem fertigasi atau konvensional. Perkara yang paling utama dalam menetukan gred buah ini adalah rupa bentuk luaran buah/kulit buah yang cantik diselaputi akar-akar putih yang unik, kemanisan buah dalam ukuran brix antara 14 - 17, serta berat buah yang melebihi 1.5kg sebiji untuk dikategorikan sebagai buah gred A. Harga purata untuk hasilan ladang adalah di antara RM3.50 - RM4.00 manakala harga runcit di sekitar RM 7.00 - RM8.00 sekilogram. Sekiranya dibeli di Hypermarket atau Pasaraya terkemuka, harga sekilogram buah ini boleh mencecah RM10.00/kg.

Proses penanaman buah rock melon ini tidak sukar dan masalah serangga perosak dan kulat lebih rendah berbanding dengan penanaman cili secara fertigasi. Masalah utama adalah penyakit berkaitan kulat 'kelampuk Downy' (daun bertompok kuning) dan kulat batang yang menyerang pada batang utama pokok terutamanya di bahagian bawah/pangkal. Di samping itu, serangga perosak seperti lalat buah akan menyerang buah-buah yang hampir matang dengan menebuknya dari luar. Namun permasalahan ini akan dapat diatasi dengan penjagaan yang lebih baik, aturan baja yang bersistematik, buah yang hampir matang di balut, dan penggunaan racun kulat/serangga yang minima tetapi berkesan. Penggunaan hormon penarik serangga seperti ME (Methyl Euganol) yang menarik lalat buah jantan amat berkesan untuk melindung buah daripada serangan serangga perosak ini jika digunakan dengan betul.

Dari segi kos, penanaman rock melon ini agak tinggi pada peringkat permulaan / infrastrukturnya yang memerlukan Rumah Pelindung Hujan dan pemasangan sistem pengairan. Namun dari segi kos berubah / penanaman termasuk baja, racun, semaian, media agak rendah berbanding tanaman fertigasi yang lain. Contohnya, penggunaan baja Stok A dan B (200liter) hanya di sekitar 5-7 stok untuk jangkamasa 3 bulan/musim berbanding penanaman cili fertigasi yang menggunakan baja di sekitar 15 - 20 stok semusim dan penggunaan racun lebih rendah berbanding tanaman cili kerana harga jualan racun kulat lebih murah dan racun serangga yang minima.

Masih banyak kekurangan dari segi bekalan buah ini untuk pasaran tempatan dan luar negara. Kita mengganggap buah ini adalah buah-buahan import dari Australia dan Jepun namun realitinya kebanyakan buah rock melon di pasaran dalam negara adalah buah-buahan hasilan tempatan yang mempunyai kualiti buah import. Malah ada ladang-ladang yang telah berjaya mengeksport buah ini ke pasaran antarabangsa. Justeru itu, sebagai rakyat Malaysia yang bersemangat patriotisme, belilah buah-buahan tempatan dan menyokong keluaran buah-buahan tempatan.

Namun agak sukar untuk mendapatkan buah rock melon ini di pasar-pasar tani dan pasaraya disebabkan ketidakmampuan kita mengeluarkan buah ini untuk memenuhi permintaan pasaran tempatan. Malah, terdapat usaha pengeluaran dilakukan untuk menampung pasaran tempatan namun kualiti buah tidak memenuhi kehendak pelanggan tempatan kerana buah rock melon yang dijual boleh dikategorikan dalam gred C (kulit tak cantik dan tahap kemanisan di bawah paras 13 / rasa seperti makan timun jer). Impaknya, pengguna tempatan mengadu yang harga melangkaui kualiti buah yang dibeli, satu penganiayaan kepada pengguna. Lantas, satu langkah yang besar perlu dilakukan untuk mengimbangi permintaan dengan pengeluaran buah rock melon ini untuk pasaran tempatan dengan kualiti buah yang tinggi.

Memang diakui, banyak perancangan dan pelaksanaan dilakukan oleh kerajaan dalam mempromosikan buah ini namun impaknya masih kecil di kalangan pengguna tempatan. Malah dalam Rancangan Malaysia ke-9, banyak projek-projek fertigasi dijalankan tetapi tumpuan lebih diberikan kepada penanaman cili disebabkan permintaan yang tinggi dan harga yang tinggi pada tiap hujung tahun. Namun jika dikaji, trend harga cili di pasaran tidak menentu dan sukar diduga menyebabkan banyak projek yang dilaksanakan gagal mendapat pulangan yang baik. Sebagai contohnya, harga cili pada awal tahun sekitar bulan Januari - Julai di sekitar RM 4.00 - RM2.00/kg jika dibandingkan harga pada bulan Ogos - Disember yang mencecah RM 8.00 - RM12.00/kg disebabkan pengeluaran ladang-ladang cili yang besar di sekitar Pantai Timur (Kelantan/ Terengganu) terjejas akibat monson. hujan yang berpanjangan/ banjir. Situasi ini disedari oleh para pengeluar terutama di sekitar Pantai Timur dan usaha untuk mendapatkan harga tinggi pada waktu puncak ini dilakukan secara intensif dengan mensasarkan pengeluaran ladang mereka pada bulan Ogos - Disember. Impaknya, tidak mustahil harga cili pada hujung tahun nanti akan jatuh di sekitar RM4.00 sekiranya semua pengeluar mempunyai matlamat yang sama. Sebagai contoh, di Kelantan pada masa kini, penanaman cili dilakukan secara fertigasi dengan menggunakan Rumah Pelindung Hujan bagi menyelesaikan masalah cuaca yang sering mengganggu pengeluaran peladang dan langkah ini diadakan secara besar-besaran. Malah terdapat perancangan berskala besar akan dilakukan dalam masa terdekat iaitu menyediakan sebuah ladang fertigasi cili yang menggunakan Rumah Pelindung Hujan di sekitar Kelantan. Sekiranya projek-projek ini berjaya dilaksanakan dengan betul, secara positifnya, keperluan cili tempatan akan dapat dipenuhi dan pengguna akan mendapat harga yang stabil di sekitar RM6 sepanjang tahun dan pengeluar pula tidak perlu takut lagi dengan 'mainan' harga cili tempatan cuma untuk mendapat untung yang 'melampau' pada tempoh tertentu sudah tidak wujud lagi. Saya menyokong langkah ini kerana tiada lagi penganiayaan berlaku sama ada bagi pihak pengeluar mahu pun pengguna.

Cadangan saya, terutamanya penanam cili yang mempunyai Rumah Pelindung Hujan, sekiranya lambakan cili berlaku lagi yang menyebabkan harga turun merundum, alternatifnya adalah dengan mengusahkan tanaman rock melon. Dengan kos penanaman yang rendah dan hasil yang cepat di sekitar 65 - 90 hari semusim dan harga jualan masih stabil.

RN 4@Nia agroetch2010

Rabu, 9 Jun 2010

PAKEJ PEMASANGAN SISTEM FERTIGASI UNTUK CILI

BERIKUT ADALAH SENARAI HARGA UNTUK PAKEJ PEMASANGAN SISTEM FERTIGASI (CILI) MENGIKUT BILANGAN BEG/POKOK:-

Untuk makluman, pihak kami mengharapkan agar kawasan tanaman anda mempunyai tenaga elektrik / generator, pondok tangki dan sumber air yang mencukupi i.e. telaga tiub/sungai/air kerajaan dll.

PAKEJ 1000 BEG
Merangkumi :-
  1. 2 buah tangki 600 gelen
  2. Pam elektrik 2.0Hp
  3. Sistem automasi / controller
  4. Silvershine (keseluruhan kawasan tanaman)
  5. Polibeg
  6. Cocopeat
  7. Anak Benih
  8. Ec dan pH meter
  9. upah kerja pemasangan
*tidak termasuk stok baja A dan B

HARGA : RM15,50 PER BEG


PAKEJ 2000 BEG
Merangkumi :-
  1. 2 buah tangki 600 gelen
  2. Pam elektrik 2.0Hp
  3. Sistem automasi / controller
  4. Silvershine (keseluruhan kawasan tanaman)
  5. Polibeg
  6. Cocopeat
  7. Anak Benih
  8. Ec dan pH meter
  9. upah kerja pemasangan
*tidak termasuk stok baja A dan B

HARGA : RM9,50 PER BEG


PAKEJ 3000 BEG
Merangkumi :-
  1. 3 buah tangki 600 gelen
  2. Pam elektrik 2.0Hp
  3. Sistem automasi / controller
  4. Silvershine (keseluruhan kawasan tanaman)
  5. Polibeg
  6. Cocopeat
  7. Anak Benih
  8. Ec dan pH meter
  9. upah kerja pemasangan
*tidak termasuk stok baja A dan B

HARGA : RM8.00 PER BEG


PAKEJ 4000 BEG
Merangkumi :-
  1. 3 buah tangki 600 gelen
  2. Pam elektrik 2.0Hp
  3. Sistem automasi / controller
  4. Silvershine (keseluruhan kawasan tanaman)
  5. Polibeg
  6. Cocopeat
  7. Anak Benih
  8. Ec dan pH meter
  9. upah kerja pemasangan
*tidak termasuk stok baja A dan B

HARGA : RM7.00 PER BEG

Harga stok baja A dan B bergantung kepada harga semasa bahan mentah dan disediakan dalam kuantiti 100 liter atau 200 liter.

(Penggunaan baja untuk 1 ekar cili/4000beg semusim adalah dianggarkan hampir 15 set stok baja A dan B (200 liter))

**KAMI JUGA MENYEDIAKAN PEKHIDMATAN PEMASANGAN RUMAH PELINDUNG HUJAN (RPH) MENGIKUT KEPERLUAN PELANGGAN. (SAIZ ASAS / 1 RPH : 20' X 100')
HARGA BERGANTUNG KEPADA HARGA SEMASA BAHAN BINAAN DAN LOKASI PEMBINAAN

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:-

RUHIZAL NAZMAN ALIAS
019-6934451
ruhizal@gmail.com

Khamis, 29 April 2010

"Melayu Perlu Budaya Bisnes"

Saya tertarik dengan artikel yang ditulis oleh Tan Sri Muhammad Ali Hashim, Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation / Timb. Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia dalam Harian MEtro 29 April 2010 yang menyatakan bahawa Bangsa Melayu perlu membisneskan budaya.

Dalam kenyataan beliau, Melayu-Muslim perlu bersikap 'Business-Like' yang memerlukan tindakan yang agresif dan pro-aktif dalam mengubah persepsi dan budaya bisnes di kalangan pengusaha Melayu. Antara tindakan yang perlu diubah dan diadaptasikan untuk kemajuan bisnes dan kelangsungannya termasuk ciri asas individu iaitu:-

  1. Perlu menetapi masa dan menghindarkan sikap sambil lewa yang semakin sebati di kalangan pengusaha Melayu. Hilangkan istilah 'Jam Melayu' atau 'Janji Melayu' yang sering diungkapkan di kalangan masyarakat apabila berurusniaga dengan pengusaha Melayu terutamanya. Perlu untuk kita wijudkan 'sense of urgency' dan 'on time bisnes minded'.
  2. Memperbaiki disiplin kewangan dan menghargai nilai guna wang yang sebenar. Pengusaha Melayu perlu menanamkan sikap berjimat-cermat, suka menabung walau pun sedikit, tidak bermewah dan tidak membazir agar aliran kewangan bisnes tidak sangkut dan kosong apabila tiba masa yang diperlukan.
  3. Lebih mengutamakan pelanggan dan memberi perhatian serta manfaat sepenuhnya kepada pelanggan kerana pelanggan adalah sumber pendapatan utama sesuatu bisnes. Diungkapkan juga perpatah / petua Cina : Setiap kali minum air, jangan lupa sumbernya.
  4. Perlu menekankan aspek jaringan bisnes dan perlunya kepsepakatan bines sesama usahawan i.e PKS dengan usahawan PKS, korporat dan GLC. Melalui kesepakatan ini, akan wujud satu jaringan bisnes yang kukuh dan memberi kelebihan dalam persaingan bisnes.
  5. Mengutamakan penyusunan bisnes secara berorganisasi yang akan membentuk keupayaan bersaing untuk jangka masa panjang dan mengatasi cabaran ketidaktentuan serta ketidakstabilan sistem ekonomi. Budaya berkongsi bisnes sememangnya membawa kepada kekuatan bisnes individu dan elakkan dari budaya hasad dengki dengan kejayaan orang lain.
" buai laju-laju, sampai dekat pokok nangka,
bila Melayu maju, sedekah Zakat, tolong Bangsa!"

Ciri-ciri asas ini perlu dibaiki atau diubah dalam pendekatan bisnes orang Melayu-Muslim untuk terus berjaya dan bertahan dalam bisnes. Pengabaian ciri-ciri ini akan menyebabkan orang Melayu akan gagal untuk bersaing malah untuk bertahan dalam bisnes masing-masing.

Satu artikel yang menarik dan perlu diambil ikhtibar oleh semua usahawan Melayu-Muslim dan bersama kita mengorak satu langkah perniagaan ini sebagai satu perjuangan bertaraf jihad. Kita perlu memburu bisnes dan menjadikan sembilan persepuluh daripada sumber rezeki agar kita dapat melangkah dari takuk keselesaan yang lama.

Thanks Tan Sri atas nasihat dan peringatan yang diberikan.

Jumaat, 2 April 2010

PEMASARAN: ASPEK UTAMA DALAM PERTANIAN KECIL DAN SEDERHANA

Isu utama yang sering dikemukakan oleh para usiahawan tani apabila menceburkan diri dalam bidang pertanian ini adalah PEMASARAN produk pertanian yang dihasilkan. Untuk mendalami perkara ini, beberapa isu perlu dilihat dan dibincangkan dalam menangani permasalahan ini. Antaranya:-
  • PEMASARAN HASIL TANI BERSKALA KECIL DAN SEDERHANA
Sebelum memulakan sesuatu perusahaan/perladangan sama ada secara kecil atau sederhana, aspek pemasaran perlu dititikberatkan melalui penyelidikan pemasaran. Saya rasa dalam semua buku teks pasti ada menyebut mengenai keperluan ini memandangka pemasaran adalah perkara paling utama untuk mendapatkan modal dan keuntungan dalam sesuatu perniagaan. Tetapi tidak pula dinyatakan bagaimana penyelidikan ini secara praktikalnya dijalankan. Berdasarkan pengalaman saya, penyelidikan pemasaran ini boleh dilakukan sendiri dan memerlukan pengorbanan masa, komitmen dan tenaga (melibatkan kos pengangkutan- duit minyak kereta) pengusaha sendiri.

Pengusaha perlu memastikan kuantiti hasil pengeluaran pertanian di ladang sendiri, corak pengeluaran hasil seperti kuantiti pengeluaran awal, masa puncak dan masa menurun hasil pengeluaran seperti cili dll, jenis atau variati benih yang ditanam, sistem, penggunaan racun perosak dan kos pengeluaran per kilogram hasil. Maklumat-maklumat ini amat penting dalam melaksanakan penyelidikan pemasaran untuk pengusaha kecil/sederhana.Berdasarkan maklumat-maklumat inilah nanti yang akan menentukan hala tuju pasaran hasil yang dikeluarkan. Contoh yang mudah, pengusaha ladang cili fertigasi yang mempunyai 1000 beg, dianggarkan dapat menghasilkan 2500 - 3000 kg selama 3 bulan tuaian (anggaran berdasarkan pengeluaran 2.5 - 3kg sepokok), pengeluaran hari pertama disekitar 2-3kg cili dan seterusnya meningkat kepada 70 - 100kg pada masa puncak dan menurun sehingga 5kg pada masa tuaian akhir. Aliran pengeluaran ini perlu diambil kira sekiranya pengusaha ingin melibatkan diri dengan pemborong-pemborong tempatan yang mahu memastikan hasil pengeluaran pengusaha dapat memenuhi kehendak pasaran mereka.

Selain itu, variati benih juga perlu diambil kira kerana ada sesetengah pemborong atau pembeli mempunyai spesifikasi yang tersendiri. Sebagai contoh, variati Cili Merah jenis Kulai 568 amat mudah diterima oleh kebanyakkan pemborong di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Perak manakala variati S469 pula, hanya segelintir pemborong yang menerimanya seperti KFC. Maka para pengusaha amat perlu memastikan variati mana yang paling sesuai ditanam agar tidak berlaku keadaan di mana hasil cili merah yang ditanam tidak dapat dijual.
  • AGENSI YANG DAPAT MEMBANTU UNTUK PEMASARAN HASIL TANI.
Agensi utama dalam memasarkan hasil tani di Malaysia adalah seperti FAMA dan MAFC (Malaysia Agri-Food Corporation). Namun pelbagai reaksi timbul berikutan masalah-masalah yang dihadapi oleh pengusaha kecil/sederhana dalam mendapatkan khidmat pemasaran daripada agensi-agensi ini. Antaranya:-
  • Masalah harga pembelian yang terlalu rendah dibandingkan dengan kos pengeluaran dan pasaran semasa. - Masalah harga yang rendah adalah disebabkan agensi-agensi yang terlibat ini juga bertindak sebagai pemborong kepada pemborong dan bukannya terus kepada para peruncit/pembeli. disamping agensi ini bertindak sebagai Pusat Pengumpulan Hasil Tani/'Collection Centre' kepada pengusaha yang berminat untuk menjual hasil tani mereka dengan jaminan pembelian tanpa rasa ragu-ragu dari segi pembayaran. Maksudnya dalam erti kata lain, kalau dah jual pada agensi ini, dah keluar invoice pembelian, agensi ini akan tetap melakukan pembayaran walau lambat sekalipun, tak timbul soal 'lari dari bayar' sebagaimana yang selalu berlaku dengan pemborong-pemborong dari pasar-pasar borong. Nasihat saya, para pengusaha perlu berdaftar dengan FAMA atau mana-mana agensi pemasaran terlebih dahulu sama ada melalui konsep 'Contract Farming' dan sebagainya, memastikan harga pembelian dari agensi ini sama ada 'harga mati' atau mengikut harga pasaran semasa serta meminimumkan kos pengeluaran hasil tanpa menjejaskan kualiti hasil tani yang dikeluarkan. Biar untung sikit tapi jangan tak dapat langsung....
  • Masalah pembayaran tunai kepada pengusaha yang mengambil masa yang lama. - Memang sering kali terdengar rungutan tentang proses pembayaran yang lambat kepada para pengusaha selepas memasarkan hasil tani melalui agensi-agensi ini, sampai ada terhutang sampai 2-3 bulan. Sekiranya pihak agensi ini mengambil masa yang lama untuk melakukan pembayaran pada para pengusaha, bagaimana caranya untuk para pengusaha mengawal pusingan modal dan kos penanaman semula dalam masa yang ditetapkan dan ini akan mendatangkan kerugian yang besar kepada para pengusaha. Selain itu juga, terdapat kes pihak agensi membuat pembayaran mengikut harga yang paling rendah sehingga menjejaskan pendapatan para pengusaha dengan alasan hasil tidak berkualiti dan tidak mengikut spesifikasi sedangkan masa penghantaran diterima oleh pihak agensi, pemeriksaan kualiti hasil tani ini telah pun dilakukan dan perbincangan harga jualan telahpun dipersetujui bersama. Kes ini dialami oleh seorang sahabat saya yang cuba memasarkan 'Rock Melon' kepada pihak FAMA. Pihak FAMA telah menghantar pagawainya untuk memeriksa kualiti buah tersebut dan bersetuju bahawa buah yang akan dipasarkan nanti adalah berkualiti serta memenuhi spesifikasi yang ditetapkan. Kemudian harga pembelian telah dipersetujui dan buah telah dihantar kepada pihak FAMA. Malangnya apabila pembayaran hendak dilakukan, pihak FAMA mengatakan bahawa buah yang telah 'dirasa dan diuji' tersebut tidak berkualiti dan bayaran dengan harga terendah sahaja yang akan dilakukan kepada pengusaha. Mengapa keadaan seperti ini berlaku dan mengapa mengambil masa yang lama untuk menyatakan tentang kualiti buah tersebut sedangkan sebelum penghantaran dilakukan, tak timbul isu kualiti dan harga....Bayangkan, buah telah diambil, bila bayar siap ada diskaun lagi, naya jer sahabat saya tu...sedangkan kalau dihantar ke tempat lain atau dijual secara langsung pun, sahabat saya pasti tak mengalami kerugian yang teruk. Bukan saya menafikan peranan FAMA dalam membantu para pengusaha pertanian dalam pemasaran kerana pihak FAMA juga banyak membantu saya dalam bidang ini tapi dalam situasi yang berbeza cuma terdapat segelintir kes-kes terpencil yang berlaku menyebabkan para pengusaha hilang kepercayaan kepada kemampuan dan peranan agensi ini ditubuhkan. Nasihat saya, berhati-hati dengan pemasaran yang akan dilakukan kerana kita teruk menjaga dan mengeluarkan hasil dengan harapan untuk mendapat pulangan yang baik tapi orang lain pulak yang makan lebih sedangkan kita tak dapat apa-apa...kesian pengusaha pertanian...
Terdapat banyak lagi isu-isu mengenai pemasaran hasil tani yang dihadapi oleh pengusaha kecil/sederhana seperti saya...namun para pengusaha jangan menjadikan ini sebagai satu halangan untuk terus berjuang dalam bidang pertanian kerana inilah bidang perniagaan yang 'suci dan murni' apabila kita berbakti pada tanah. segala halangan yang mendatang perlu ditempuh dengan cara yang kreatif dan bijak agar segala usaha yang kita lakukan tidak sia-sia.

Saya akan terus membincangkan mengenai aspek pemasaran ini pada masa yang akan datang dan amat berharap maklumat-maklumat ini dapat dijadikan panduan untuk semua.

Ahad, 24 Januari 2010