Selasa, 5 Oktober 2010

ORGANIC FARMING....?!!

Pada asalnya Nia Agrotech berhasrat untuk menceburi bidang peladangan fertigasi berasaskan organik...100% organik bermula daripada permilihan biji benih, penyediaan medium tanaman, penggunaan baja organik dan racun organik...Namun terdapat beberapa halangan dan permasalahan yang berlaku menyebabkan hasrat ini terpaksa difikirkan semula....

Kalau dilihat dan dikaji mengenai perladangan organik ini terutamanya dalam aspek fertigasi, terdapat beberapa ketidaksesuaian dan isu-isu yang perlu diselesaikan terlebih dahulu disebabkan bidang ini merupakan cabang yang berbeza. Memang diakui, penanaman organik secara fertigasi telah dilakukan di Negara Jepun dan Eropah disebabkan permintaan yang tinggi serta bahan input yang senang didapati di sana malah telah terbukti berkesan. Persoalannya di Malaysia, kita masih lagi jauh dari segi teknologi dan bahan input yang menjurus ke arah organik dan sekiranya ada sekalipun, kosnya agak tinggi dan sukar didapati. Oleh itu agak sukar untuk mendapat hasil 100% organik. saya cuba rungkaikan apa yang saya maksudkan ini....

Pemilihan biji benih organik.

Kebanyakkan biji benih yang boleh didapati di pasaran tempatan adalah biji benih jenis hybrid F1 sama ada benih cili dan rock melon. Biji-biji benih ini sebanarnya telah dirawat dengan bahan kimia sama ada menggunakan racun kulat 'tyram' dan sebagainya. Racun kimia ini digunakan untuk merawat biji-biji benih tersebut daripada penyakit biji benih, ketahanan biji benih dan sebagai antibodi awalan kepada biji benih apabila membesar kelak. Seolah-olah bayi yang baru lahir dan disuntik dengan dos-dos 'tiga serangkai' la, polio la dan macam-macam lagi.Pada peringkat ini pun, sudah ada elemen kimia yang terlibat menyebabkan biji benih yang digunakan tidak lagi organik. Memang ada penyelesaiannya tapi makan masa dan kos yang tinggi iaitu melalui kajian biji benih dan kejuruteraan benih yang betul-betul bebas dari sebarang bahan kimia serta antibodi yang menggunakan bahan-bahan organik. satu lagi kajian yang baik untuk MARDI melihat perkara ini....

Pemilihan Medium Tanaman

Menggunakan sistem fertigasi, cocopeat dengan pH6.5 digunakan dan ada diantara pengusaha menggunakan bahan seperti campuran cocopeat dan sekam bakar, sekam bakar sahaja pelbagai jenis medium yang berfungsi untuk 'memegang' larutan baja dalam polibeg tanpa sebarang reaksi kimia yang lain dan mampu menampung larutan baja dalam jangka masa tertentu sahaja. bahan medium ini tidak bertindak sebagai baja kepada tumbuhan tetapi hanya sebagai medium. Tidak dalam isu perladangan organik, kerana medium yang perlu digunakan bukan sahaja bertindak sebagai 'pemegang' baja malah bertindak sebagai baja itu sendiri yang membantu pertumbuhan akar pokok dan dibantu dengan baja-baja organik yang lain untuk memberikan nutrient yang diperlukan oleh tumbuhan. Saya didatangi oleh satu kumpulan yang cuba memperkenalkan kompos sebagai medium yang berasaskan organik. Dikatakan kompos yang dibawa merupakan antara yang terbaik di dunia dan barasaskan bahan organik yang hingga kini saya sendiri pun belum dapat melihatnya sendiri. Dikatakan juga kompos ini mampu memendekkan jangka masa tuaian hingga 40% dari penggunaan medium semasa dan mampu mengatasi pelbagai masalah berkaitan penyakit dang jangkitan kulat. Malangnya, tidak pernah disebut mengenai harga pasaran kompos tersebut dan yang lebih menyusahkan, kompos tersebut hanya bertindak dengan sempurna sekitanya dicampurkan dengan tanah gambut, (3mm lapisan atas) dan tanah gambut hendaklah dari sumber yang organik, maksudnya di atas sumber tanah gambut tersebut tidak pernah ditanam apa-apa lagi atau ada elemen baja kimia di dalamnya (Cth:-tanah gambut di ladang-ladang kelapa sawit atau ladang-ladang nenas) yang banyak di sekitar Klang, Selangor. Isunya, sekiranya kompos tersebut yang terbaik di dunia, mengapa perlu ada bahan lain yang perlu dicampurkan untuk mengaktifkannya dan agak sukar untuk mendapat bekalan tanah gambut seperti yang dikehendaki di Malaysia berbanding 'top soil' serta akan berlaku peningkatan kos operasi ladang. Bagi pengusaha-pengusaha ladang sayuran secara konvensional, mereka berpendapat bahawa sekiranya harga kos kompos tersebut melebihi kos baja tahi ayam yang digunakan sekarang yang juga organik, ia merupakan 'unnecessary cost' yang perlu dikeluarkan berbanding dengan kos operasi sekarang. Sepatutnya isu harga atau peningkatan kos bahan input perlu diambil perhatian oleh penjual-penjual kompos organik ini agar tidak hanya membebankan pengusaha malah mampu menjimatkan kos operasi dan meningkatkan hasil tani mereka.

Penggunaan baja larutan organik.

Dalam fertigasi, kita menggunakan larutan baja berasaskan keperluan nutrient tanaman. Penggunaan bahan-bahan seperti Kalsium Nitrat, Potassium Nitrat, MKP dan Magnesium Sulfat adalah antara bahan campuran untuk melengkapkan formula baja fertigasi. Bahan-bahan ini senang didapati di pasaran dan harganya pun sedah mula menunjukkan penurunan yang positif. Pada peringkat awal, apabila diberitahu mengenai baja organik, my first impression is that baja organik ini adalah bahan-bahan pejal yang akan larut dengan sendirinya dalam tanah/medium tanaman melalui air siraman dan bukannya dalam bentuk larutan. Tetapi apabila diberitahu mengenai larutan baja organik, saya berasa lega kerana masih boleh digunakan dengan menggunakan sistem fertigasi. Persoalannya sejauh mana baja larutan ini mampu membekalkan nutrient kepada tumbuhan dalam polibeg ini dan berapa kos pembajaan semusim untuk seekar ladang fertigasi dan bagaimana untuk kita mengawal penggunaan baja dan formula mengikut jenis tumbuhan yang ditanam. Jika dilihat dalam sudut yang lain, setiap tumbuhan mempunyai keperluan nutriet yang berbeza. Keperluan tanaman padi berbeza dengan keperluan nutrient rock melon, cili dan timun seperti kita sendiri, setiap manusia mempunyai keperluan nutrient diri yang berbeza, ada yang perlu lebih gula dalam darah, ada yang perlu lebih protein atau karbohidrat dalam badan. Sekiranya larutan baja organik ini boleh digunapakai oleh semua jenis tumbuhan, maksudnya baja ini adalah baja asas nutrient (NPK) sahaja dan tak ada yang istimewa pun tentangnya. Sama sahaja macam kita campurankan tanah hitam, tanah merah / top soil , baja tahi ayam dan tanah bakar dalam polibeg kemudian disiram dengan air. Pokok tetap membesar tapi kualiti dan hasilan pokok agak diragui. Satu perkara lagi, petua ini saya dapat dari seseorang yang mempunyai pengalaman dalam sistem organik nie. Untuk mengetahui sama ada sesuatu larutan baja itu organik 100% atau tidak, pastikan sifatnya alkali dan bukannya asid. Manakala untuk mengetahui campuran bahan baja itu organik atau tidak, baunya lebih kepada 'bau tanah/earthly smell' dan sejuk. Sekadar berkongsi sahaja nie, kalau salah tolong tunjukkan....

Penggunaan Racun organik

Dalam semua aspek organik, aspek ini yang amat menarik perhatian saya. Saya memang mencari bahan racun berasaskan organik yang benar-benar berkesan bukan sahaja menyembuhkan penyakit tumbuhan malah bertindak sebagai penghalang / repellant kepada serang serang perosak serta menguatkan antibodi tumbuhan melawan penyakit. Nemun sehingga kini, masih belum ada produk yang mampu bertindak demikian dan jika wujud pun harga sungguh tidak munasabah. Pada pendapat saya, tanggapan masyarakat kita pada masa ini, hasil keluaran tani yang diketegorikan sebagai organik adalah apabila pengusaha menggunakan baja organik seperti tahi ayam dan sebagainya serta menggunakan racun serangga organik terhadap tanaman, maka hasilnya diklasifikasikan sebagai organik. terserah kepada tanggapan dan definisi masing-masing cuma kita perlu lebih sedar bahawa penggunaan racun kimia yang berlebihan akan mendatangkan kesan buruk untuk jangka masa panjang terhadap kesihatan pengguna. Sekiranya kita mempunyai alternatif untuk menggunakan racun organik, lebih baik digunakan sahaja berbanding dengan racun kimia.

Daripada rungkaian ini, isu pokoknya adalah sejauhmana keberkesanan penggunaan bahan organik terhadap tanaman yang menggunakan sistem fertigasi dan sejauhmana 'organic farming' ini mampu menjimatkan kos pengeluaran berbanding dengan sistem fertigasi dan konvensional agar pengguna dapat menikmati harga hasil tani yang rendah dan pada masa yang sama membantu pengusaha untuk mencapai keuntungan yang maksima.

Marah orang organik dengan statement nie but perkara ini perlu dijelaskan dalam bentuk yang paling efektif dan praktikal agar kita mampu mencari jalan penyelesaian yang baik bukan sahaja untuk pengusaha tetapi untuk pengguna.

sekian.

Selasa, 17 Ogos 2010

NIA AGROTECH GO FOR ORGANIC FARMING..

Nia Agrotech will go for organic farming and products...

We are in the early stages of researching for the best organic fertilizer and pesticide.


The trial plot will be ready for both system i.e convensional / soil and fertigation systems.

I will updated the progress of planting and usage of organic fertilizer for your reference soon...

ruhizal nazman alias

Selasa, 22 Jun 2010

Pakej Pemasangan Sistem Fertigasi

BERIKUT ADALAH SENARAI HARGA UNTUK PAKEJ PEMASANGAN SISTEM FERTIGASI (CILI) MENGIKUT BILANGAN BEG/POKOK:-

Untuk makluman, pihak kami mengharapkan agar kawasan tanaman anda mempunyai tenaga elektrik / generator, pondok tangki dan sumber air yang mencukupi i.e. telaga tiub/sungai/air kerajaan dll.

PAKEJ 1000 BEG
Merangkumi :-
  1. 2 buah tangki 600 gelen
  2. Pam elektrik 2.0Hp
  3. Sistem automasi / controller
  4. Silvershine (keseluruhan kawasan tanaman)
  5. Polibeg
  6. Cocopeat
  7. Anak Benih
  8. Ec dan pH meter
  9. upah kerja pemasangan
*tidak termasuk stok baja A dan B

HARGA : RM15,50 PER BEG


PAKEJ 2000 BEG
Merangkumi :-
  1. 2 buah tangki 600 gelen
  2. Pam elektrik 2.0Hp
  3. Sistem automasi / controller
  4. Silvershine (keseluruhan kawasan tanaman)
  5. Polibeg
  6. Cocopeat
  7. Anak Benih
  8. Ec dan pH meter
  9. upah kerja pemasangan
*tidak termasuk stok baja A dan B

HARGA : RM9,50 PER BEG


PAKEJ 3000 BEG
Merangkumi :-
  1. 3 buah tangki 600 gelen
  2. Pam elektrik 2.0Hp
  3. Sistem automasi / controller
  4. Silvershine (keseluruhan kawasan tanaman)
  5. Polibeg
  6. Cocopeat
  7. Anak Benih
  8. Ec dan pH meter
  9. upah kerja pemasangan
*tidak termasuk stok baja A dan B

HARGA : RM8.00 PER BEG


PAKEJ 4000 BEG
Merangkumi :-
  1. 3 buah tangki 600 gelen
  2. Pam elektrik 2.0Hp
  3. Sistem automasi / controller
  4. Silvershine (keseluruhan kawasan tanaman)
  5. Polibeg
  6. Cocopeat
  7. Anak Benih
  8. Ec dan pH meter
  9. upah kerja pemasangan
*tidak termasuk stok baja A dan B

HARGA : RM7.00 PER BEG

Harga stok baja A dan B bergantung kepada harga semasa bahan mentah dan disediakan dalam kuantiti 100 liter atau 200 liter.

(Penggunaan baja untuk 1 ekar cili/4000beg semusim adalah dianggarkan hampir 15 set stok baja A dan B (200 liter))

**KAMI JUGA MENYEDIAKAN PEKHIDMATAN PEMASANGAN RUMAH PELINDUNG HUJAN (RPH) MENGIKUT KEPERLUAN PELANGGAN. (SAIZ ASAS / 1 RPH : 20' X 100')
HARGA BERGANTUNG KEPADA HARGA SEMASA BAHAN BINAAN DAN LOKASI PEMBINAAN

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:-

RUHIZAL NAZMAN ALIAS
019-6934451
ruhizal@gmail.com

Jumaat, 11 Jun 2010

Tanaman Rock melon..

Antara hasil keluaran Nia Agrotech, buah rock melon berkembar. Boleh dijadikan perhiasan aromaterapi dalam kereta, cuma buah kembar macam nie agak jarang terhasil.

Permintaan terhadap buah rock melon ini amat menggalakkan dan mempunyai pasaran yang luas bergantung kepada jumlah penghasilan sesebuah ladang. Ramai yang tidak mengetahui tentang buah ini dan mengganggap seperti buah 'labu' (antara pengalaman semasa menjual buah ini di pameran anjuran Peladang selangor). Sebenarnya buah ini berupaya ditanam di Malaysia sama ada menggunakan sistem fertigasi atau konvensional. Perkara yang paling utama dalam menetukan gred buah ini adalah rupa bentuk luaran buah/kulit buah yang cantik diselaputi akar-akar putih yang unik, kemanisan buah dalam ukuran brix antara 14 - 17, serta berat buah yang melebihi 1.5kg sebiji untuk dikategorikan sebagai buah gred A. Harga purata untuk hasilan ladang adalah di antara RM3.50 - RM4.00 manakala harga runcit di sekitar RM 7.00 - RM8.00 sekilogram. Sekiranya dibeli di Hypermarket atau Pasaraya terkemuka, harga sekilogram buah ini boleh mencecah RM10.00/kg.

Proses penanaman buah rock melon ini tidak sukar dan masalah serangga perosak dan kulat lebih rendah berbanding dengan penanaman cili secara fertigasi. Masalah utama adalah penyakit berkaitan kulat 'kelampuk Downy' (daun bertompok kuning) dan kulat batang yang menyerang pada batang utama pokok terutamanya di bahagian bawah/pangkal. Di samping itu, serangga perosak seperti lalat buah akan menyerang buah-buah yang hampir matang dengan menebuknya dari luar. Namun permasalahan ini akan dapat diatasi dengan penjagaan yang lebih baik, aturan baja yang bersistematik, buah yang hampir matang di balut, dan penggunaan racun kulat/serangga yang minima tetapi berkesan. Penggunaan hormon penarik serangga seperti ME (Methyl Euganol) yang menarik lalat buah jantan amat berkesan untuk melindung buah daripada serangan serangga perosak ini jika digunakan dengan betul.

Dari segi kos, penanaman rock melon ini agak tinggi pada peringkat permulaan / infrastrukturnya yang memerlukan Rumah Pelindung Hujan dan pemasangan sistem pengairan. Namun dari segi kos berubah / penanaman termasuk baja, racun, semaian, media agak rendah berbanding tanaman fertigasi yang lain. Contohnya, penggunaan baja Stok A dan B (200liter) hanya di sekitar 5-7 stok untuk jangkamasa 3 bulan/musim berbanding penanaman cili fertigasi yang menggunakan baja di sekitar 15 - 20 stok semusim dan penggunaan racun lebih rendah berbanding tanaman cili kerana harga jualan racun kulat lebih murah dan racun serangga yang minima.

Masih banyak kekurangan dari segi bekalan buah ini untuk pasaran tempatan dan luar negara. Kita mengganggap buah ini adalah buah-buahan import dari Australia dan Jepun namun realitinya kebanyakan buah rock melon di pasaran dalam negara adalah buah-buahan hasilan tempatan yang mempunyai kualiti buah import. Malah ada ladang-ladang yang telah berjaya mengeksport buah ini ke pasaran antarabangsa. Justeru itu, sebagai rakyat Malaysia yang bersemangat patriotisme, belilah buah-buahan tempatan dan menyokong keluaran buah-buahan tempatan.

Namun agak sukar untuk mendapatkan buah rock melon ini di pasar-pasar tani dan pasaraya disebabkan ketidakmampuan kita mengeluarkan buah ini untuk memenuhi permintaan pasaran tempatan. Malah, terdapat usaha pengeluaran dilakukan untuk menampung pasaran tempatan namun kualiti buah tidak memenuhi kehendak pelanggan tempatan kerana buah rock melon yang dijual boleh dikategorikan dalam gred C (kulit tak cantik dan tahap kemanisan di bawah paras 13 / rasa seperti makan timun jer). Impaknya, pengguna tempatan mengadu yang harga melangkaui kualiti buah yang dibeli, satu penganiayaan kepada pengguna. Lantas, satu langkah yang besar perlu dilakukan untuk mengimbangi permintaan dengan pengeluaran buah rock melon ini untuk pasaran tempatan dengan kualiti buah yang tinggi.

Memang diakui, banyak perancangan dan pelaksanaan dilakukan oleh kerajaan dalam mempromosikan buah ini namun impaknya masih kecil di kalangan pengguna tempatan. Malah dalam Rancangan Malaysia ke-9, banyak projek-projek fertigasi dijalankan tetapi tumpuan lebih diberikan kepada penanaman cili disebabkan permintaan yang tinggi dan harga yang tinggi pada tiap hujung tahun. Namun jika dikaji, trend harga cili di pasaran tidak menentu dan sukar diduga menyebabkan banyak projek yang dilaksanakan gagal mendapat pulangan yang baik. Sebagai contohnya, harga cili pada awal tahun sekitar bulan Januari - Julai di sekitar RM 4.00 - RM2.00/kg jika dibandingkan harga pada bulan Ogos - Disember yang mencecah RM 8.00 - RM12.00/kg disebabkan pengeluaran ladang-ladang cili yang besar di sekitar Pantai Timur (Kelantan/ Terengganu) terjejas akibat monson. hujan yang berpanjangan/ banjir. Situasi ini disedari oleh para pengeluar terutama di sekitar Pantai Timur dan usaha untuk mendapatkan harga tinggi pada waktu puncak ini dilakukan secara intensif dengan mensasarkan pengeluaran ladang mereka pada bulan Ogos - Disember. Impaknya, tidak mustahil harga cili pada hujung tahun nanti akan jatuh di sekitar RM4.00 sekiranya semua pengeluar mempunyai matlamat yang sama. Sebagai contoh, di Kelantan pada masa kini, penanaman cili dilakukan secara fertigasi dengan menggunakan Rumah Pelindung Hujan bagi menyelesaikan masalah cuaca yang sering mengganggu pengeluaran peladang dan langkah ini diadakan secara besar-besaran. Malah terdapat perancangan berskala besar akan dilakukan dalam masa terdekat iaitu menyediakan sebuah ladang fertigasi cili yang menggunakan Rumah Pelindung Hujan di sekitar Kelantan. Sekiranya projek-projek ini berjaya dilaksanakan dengan betul, secara positifnya, keperluan cili tempatan akan dapat dipenuhi dan pengguna akan mendapat harga yang stabil di sekitar RM6 sepanjang tahun dan pengeluar pula tidak perlu takut lagi dengan 'mainan' harga cili tempatan cuma untuk mendapat untung yang 'melampau' pada tempoh tertentu sudah tidak wujud lagi. Saya menyokong langkah ini kerana tiada lagi penganiayaan berlaku sama ada bagi pihak pengeluar mahu pun pengguna.

Cadangan saya, terutamanya penanam cili yang mempunyai Rumah Pelindung Hujan, sekiranya lambakan cili berlaku lagi yang menyebabkan harga turun merundum, alternatifnya adalah dengan mengusahkan tanaman rock melon. Dengan kos penanaman yang rendah dan hasil yang cepat di sekitar 65 - 90 hari semusim dan harga jualan masih stabil.

RN 4@Nia agroetch2010

Rabu, 9 Jun 2010

PAKEJ PEMASANGAN SISTEM FERTIGASI UNTUK CILI

BERIKUT ADALAH SENARAI HARGA UNTUK PAKEJ PEMASANGAN SISTEM FERTIGASI (CILI) MENGIKUT BILANGAN BEG/POKOK:-

Untuk makluman, pihak kami mengharapkan agar kawasan tanaman anda mempunyai tenaga elektrik / generator, pondok tangki dan sumber air yang mencukupi i.e. telaga tiub/sungai/air kerajaan dll.

PAKEJ 1000 BEG
Merangkumi :-
  1. 2 buah tangki 600 gelen
  2. Pam elektrik 2.0Hp
  3. Sistem automasi / controller
  4. Silvershine (keseluruhan kawasan tanaman)
  5. Polibeg
  6. Cocopeat
  7. Anak Benih
  8. Ec dan pH meter
  9. upah kerja pemasangan
*tidak termasuk stok baja A dan B

HARGA : RM15,50 PER BEG


PAKEJ 2000 BEG
Merangkumi :-
  1. 2 buah tangki 600 gelen
  2. Pam elektrik 2.0Hp
  3. Sistem automasi / controller
  4. Silvershine (keseluruhan kawasan tanaman)
  5. Polibeg
  6. Cocopeat
  7. Anak Benih
  8. Ec dan pH meter
  9. upah kerja pemasangan
*tidak termasuk stok baja A dan B

HARGA : RM9,50 PER BEG


PAKEJ 3000 BEG
Merangkumi :-
  1. 3 buah tangki 600 gelen
  2. Pam elektrik 2.0Hp
  3. Sistem automasi / controller
  4. Silvershine (keseluruhan kawasan tanaman)
  5. Polibeg
  6. Cocopeat
  7. Anak Benih
  8. Ec dan pH meter
  9. upah kerja pemasangan
*tidak termasuk stok baja A dan B

HARGA : RM8.00 PER BEG


PAKEJ 4000 BEG
Merangkumi :-
  1. 3 buah tangki 600 gelen
  2. Pam elektrik 2.0Hp
  3. Sistem automasi / controller
  4. Silvershine (keseluruhan kawasan tanaman)
  5. Polibeg
  6. Cocopeat
  7. Anak Benih
  8. Ec dan pH meter
  9. upah kerja pemasangan
*tidak termasuk stok baja A dan B

HARGA : RM7.00 PER BEG

Harga stok baja A dan B bergantung kepada harga semasa bahan mentah dan disediakan dalam kuantiti 100 liter atau 200 liter.

(Penggunaan baja untuk 1 ekar cili/4000beg semusim adalah dianggarkan hampir 15 set stok baja A dan B (200 liter))

**KAMI JUGA MENYEDIAKAN PEKHIDMATAN PEMASANGAN RUMAH PELINDUNG HUJAN (RPH) MENGIKUT KEPERLUAN PELANGGAN. (SAIZ ASAS / 1 RPH : 20' X 100')
HARGA BERGANTUNG KEPADA HARGA SEMASA BAHAN BINAAN DAN LOKASI PEMBINAAN

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:-

RUHIZAL NAZMAN ALIAS
019-6934451
ruhizal@gmail.com

Khamis, 29 April 2010

"Melayu Perlu Budaya Bisnes"

Saya tertarik dengan artikel yang ditulis oleh Tan Sri Muhammad Ali Hashim, Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation / Timb. Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia dalam Harian MEtro 29 April 2010 yang menyatakan bahawa Bangsa Melayu perlu membisneskan budaya.

Dalam kenyataan beliau, Melayu-Muslim perlu bersikap 'Business-Like' yang memerlukan tindakan yang agresif dan pro-aktif dalam mengubah persepsi dan budaya bisnes di kalangan pengusaha Melayu. Antara tindakan yang perlu diubah dan diadaptasikan untuk kemajuan bisnes dan kelangsungannya termasuk ciri asas individu iaitu:-

  1. Perlu menetapi masa dan menghindarkan sikap sambil lewa yang semakin sebati di kalangan pengusaha Melayu. Hilangkan istilah 'Jam Melayu' atau 'Janji Melayu' yang sering diungkapkan di kalangan masyarakat apabila berurusniaga dengan pengusaha Melayu terutamanya. Perlu untuk kita wijudkan 'sense of urgency' dan 'on time bisnes minded'.
  2. Memperbaiki disiplin kewangan dan menghargai nilai guna wang yang sebenar. Pengusaha Melayu perlu menanamkan sikap berjimat-cermat, suka menabung walau pun sedikit, tidak bermewah dan tidak membazir agar aliran kewangan bisnes tidak sangkut dan kosong apabila tiba masa yang diperlukan.
  3. Lebih mengutamakan pelanggan dan memberi perhatian serta manfaat sepenuhnya kepada pelanggan kerana pelanggan adalah sumber pendapatan utama sesuatu bisnes. Diungkapkan juga perpatah / petua Cina : Setiap kali minum air, jangan lupa sumbernya.
  4. Perlu menekankan aspek jaringan bisnes dan perlunya kepsepakatan bines sesama usahawan i.e PKS dengan usahawan PKS, korporat dan GLC. Melalui kesepakatan ini, akan wujud satu jaringan bisnes yang kukuh dan memberi kelebihan dalam persaingan bisnes.
  5. Mengutamakan penyusunan bisnes secara berorganisasi yang akan membentuk keupayaan bersaing untuk jangka masa panjang dan mengatasi cabaran ketidaktentuan serta ketidakstabilan sistem ekonomi. Budaya berkongsi bisnes sememangnya membawa kepada kekuatan bisnes individu dan elakkan dari budaya hasad dengki dengan kejayaan orang lain.
" buai laju-laju, sampai dekat pokok nangka,
bila Melayu maju, sedekah Zakat, tolong Bangsa!"

Ciri-ciri asas ini perlu dibaiki atau diubah dalam pendekatan bisnes orang Melayu-Muslim untuk terus berjaya dan bertahan dalam bisnes. Pengabaian ciri-ciri ini akan menyebabkan orang Melayu akan gagal untuk bersaing malah untuk bertahan dalam bisnes masing-masing.

Satu artikel yang menarik dan perlu diambil ikhtibar oleh semua usahawan Melayu-Muslim dan bersama kita mengorak satu langkah perniagaan ini sebagai satu perjuangan bertaraf jihad. Kita perlu memburu bisnes dan menjadikan sembilan persepuluh daripada sumber rezeki agar kita dapat melangkah dari takuk keselesaan yang lama.

Thanks Tan Sri atas nasihat dan peringatan yang diberikan.

Jumaat, 2 April 2010

PEMASARAN: ASPEK UTAMA DALAM PERTANIAN KECIL DAN SEDERHANA

Isu utama yang sering dikemukakan oleh para usiahawan tani apabila menceburkan diri dalam bidang pertanian ini adalah PEMASARAN produk pertanian yang dihasilkan. Untuk mendalami perkara ini, beberapa isu perlu dilihat dan dibincangkan dalam menangani permasalahan ini. Antaranya:-
  • PEMASARAN HASIL TANI BERSKALA KECIL DAN SEDERHANA
Sebelum memulakan sesuatu perusahaan/perladangan sama ada secara kecil atau sederhana, aspek pemasaran perlu dititikberatkan melalui penyelidikan pemasaran. Saya rasa dalam semua buku teks pasti ada menyebut mengenai keperluan ini memandangka pemasaran adalah perkara paling utama untuk mendapatkan modal dan keuntungan dalam sesuatu perniagaan. Tetapi tidak pula dinyatakan bagaimana penyelidikan ini secara praktikalnya dijalankan. Berdasarkan pengalaman saya, penyelidikan pemasaran ini boleh dilakukan sendiri dan memerlukan pengorbanan masa, komitmen dan tenaga (melibatkan kos pengangkutan- duit minyak kereta) pengusaha sendiri.

Pengusaha perlu memastikan kuantiti hasil pengeluaran pertanian di ladang sendiri, corak pengeluaran hasil seperti kuantiti pengeluaran awal, masa puncak dan masa menurun hasil pengeluaran seperti cili dll, jenis atau variati benih yang ditanam, sistem, penggunaan racun perosak dan kos pengeluaran per kilogram hasil. Maklumat-maklumat ini amat penting dalam melaksanakan penyelidikan pemasaran untuk pengusaha kecil/sederhana.Berdasarkan maklumat-maklumat inilah nanti yang akan menentukan hala tuju pasaran hasil yang dikeluarkan. Contoh yang mudah, pengusaha ladang cili fertigasi yang mempunyai 1000 beg, dianggarkan dapat menghasilkan 2500 - 3000 kg selama 3 bulan tuaian (anggaran berdasarkan pengeluaran 2.5 - 3kg sepokok), pengeluaran hari pertama disekitar 2-3kg cili dan seterusnya meningkat kepada 70 - 100kg pada masa puncak dan menurun sehingga 5kg pada masa tuaian akhir. Aliran pengeluaran ini perlu diambil kira sekiranya pengusaha ingin melibatkan diri dengan pemborong-pemborong tempatan yang mahu memastikan hasil pengeluaran pengusaha dapat memenuhi kehendak pasaran mereka.

Selain itu, variati benih juga perlu diambil kira kerana ada sesetengah pemborong atau pembeli mempunyai spesifikasi yang tersendiri. Sebagai contoh, variati Cili Merah jenis Kulai 568 amat mudah diterima oleh kebanyakkan pemborong di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Perak manakala variati S469 pula, hanya segelintir pemborong yang menerimanya seperti KFC. Maka para pengusaha amat perlu memastikan variati mana yang paling sesuai ditanam agar tidak berlaku keadaan di mana hasil cili merah yang ditanam tidak dapat dijual.
  • AGENSI YANG DAPAT MEMBANTU UNTUK PEMASARAN HASIL TANI.
Agensi utama dalam memasarkan hasil tani di Malaysia adalah seperti FAMA dan MAFC (Malaysia Agri-Food Corporation). Namun pelbagai reaksi timbul berikutan masalah-masalah yang dihadapi oleh pengusaha kecil/sederhana dalam mendapatkan khidmat pemasaran daripada agensi-agensi ini. Antaranya:-
  • Masalah harga pembelian yang terlalu rendah dibandingkan dengan kos pengeluaran dan pasaran semasa. - Masalah harga yang rendah adalah disebabkan agensi-agensi yang terlibat ini juga bertindak sebagai pemborong kepada pemborong dan bukannya terus kepada para peruncit/pembeli. disamping agensi ini bertindak sebagai Pusat Pengumpulan Hasil Tani/'Collection Centre' kepada pengusaha yang berminat untuk menjual hasil tani mereka dengan jaminan pembelian tanpa rasa ragu-ragu dari segi pembayaran. Maksudnya dalam erti kata lain, kalau dah jual pada agensi ini, dah keluar invoice pembelian, agensi ini akan tetap melakukan pembayaran walau lambat sekalipun, tak timbul soal 'lari dari bayar' sebagaimana yang selalu berlaku dengan pemborong-pemborong dari pasar-pasar borong. Nasihat saya, para pengusaha perlu berdaftar dengan FAMA atau mana-mana agensi pemasaran terlebih dahulu sama ada melalui konsep 'Contract Farming' dan sebagainya, memastikan harga pembelian dari agensi ini sama ada 'harga mati' atau mengikut harga pasaran semasa serta meminimumkan kos pengeluaran hasil tanpa menjejaskan kualiti hasil tani yang dikeluarkan. Biar untung sikit tapi jangan tak dapat langsung....
  • Masalah pembayaran tunai kepada pengusaha yang mengambil masa yang lama. - Memang sering kali terdengar rungutan tentang proses pembayaran yang lambat kepada para pengusaha selepas memasarkan hasil tani melalui agensi-agensi ini, sampai ada terhutang sampai 2-3 bulan. Sekiranya pihak agensi ini mengambil masa yang lama untuk melakukan pembayaran pada para pengusaha, bagaimana caranya untuk para pengusaha mengawal pusingan modal dan kos penanaman semula dalam masa yang ditetapkan dan ini akan mendatangkan kerugian yang besar kepada para pengusaha. Selain itu juga, terdapat kes pihak agensi membuat pembayaran mengikut harga yang paling rendah sehingga menjejaskan pendapatan para pengusaha dengan alasan hasil tidak berkualiti dan tidak mengikut spesifikasi sedangkan masa penghantaran diterima oleh pihak agensi, pemeriksaan kualiti hasil tani ini telah pun dilakukan dan perbincangan harga jualan telahpun dipersetujui bersama. Kes ini dialami oleh seorang sahabat saya yang cuba memasarkan 'Rock Melon' kepada pihak FAMA. Pihak FAMA telah menghantar pagawainya untuk memeriksa kualiti buah tersebut dan bersetuju bahawa buah yang akan dipasarkan nanti adalah berkualiti serta memenuhi spesifikasi yang ditetapkan. Kemudian harga pembelian telah dipersetujui dan buah telah dihantar kepada pihak FAMA. Malangnya apabila pembayaran hendak dilakukan, pihak FAMA mengatakan bahawa buah yang telah 'dirasa dan diuji' tersebut tidak berkualiti dan bayaran dengan harga terendah sahaja yang akan dilakukan kepada pengusaha. Mengapa keadaan seperti ini berlaku dan mengapa mengambil masa yang lama untuk menyatakan tentang kualiti buah tersebut sedangkan sebelum penghantaran dilakukan, tak timbul isu kualiti dan harga....Bayangkan, buah telah diambil, bila bayar siap ada diskaun lagi, naya jer sahabat saya tu...sedangkan kalau dihantar ke tempat lain atau dijual secara langsung pun, sahabat saya pasti tak mengalami kerugian yang teruk. Bukan saya menafikan peranan FAMA dalam membantu para pengusaha pertanian dalam pemasaran kerana pihak FAMA juga banyak membantu saya dalam bidang ini tapi dalam situasi yang berbeza cuma terdapat segelintir kes-kes terpencil yang berlaku menyebabkan para pengusaha hilang kepercayaan kepada kemampuan dan peranan agensi ini ditubuhkan. Nasihat saya, berhati-hati dengan pemasaran yang akan dilakukan kerana kita teruk menjaga dan mengeluarkan hasil dengan harapan untuk mendapat pulangan yang baik tapi orang lain pulak yang makan lebih sedangkan kita tak dapat apa-apa...kesian pengusaha pertanian...
Terdapat banyak lagi isu-isu mengenai pemasaran hasil tani yang dihadapi oleh pengusaha kecil/sederhana seperti saya...namun para pengusaha jangan menjadikan ini sebagai satu halangan untuk terus berjuang dalam bidang pertanian kerana inilah bidang perniagaan yang 'suci dan murni' apabila kita berbakti pada tanah. segala halangan yang mendatang perlu ditempuh dengan cara yang kreatif dan bijak agar segala usaha yang kita lakukan tidak sia-sia.

Saya akan terus membincangkan mengenai aspek pemasaran ini pada masa yang akan datang dan amat berharap maklumat-maklumat ini dapat dijadikan panduan untuk semua.