Bendi variati 'Jackpot' |
Satu percubaan yang agak mencabar bagi saya dalam menjalankan sistem tanaman secara intergrasi kali ini. Dengan menggabungkan tanaman seperti Bendi, Terung dan Kailan dalam satu plot tanaman memberikan cabaran dan isu yang berlainan daripada tanaman secara individu. Namun kejayaan masih pada peringkat pertengahan apabila tanaman seperti Kailan mula mengeluarkan hasil yang memuaskan, begitu juga dengan terung dan bendi.
tanaman kailan sebagai tanaman pendamping |
Idea untuk menjalankan tanaman secara intergrasi ini timbul apabila isu pergolakkan harga sayuran di pasaran baru-baru ini. Kejayaan mengeluarkan timun di Ladang Kundang sebanyak 12 MT, hanya untuk separuh musim disambut dengan berita yang kurang menyenangkan apabila harga jualan ladang menjunam sehingga ke paras RM0.20/kg. Keputusan terpaksa dibuat dengan menghentikan tanaman walaupun hanya separuh musim untuk mengelakkan kerugian yang semakin tinggi walaupun pada dasarnya memang keadaan sedia ada sudah nampak kerugiannya. Namun berbekalkan semangat juang yang tinggi dan tidak mahu berputus asa, saya mencuba tanaman secara intergrasi walaupun pada peringkat percubaan di Ladang Merbau Sempak dengan matlamat untuk mengeluarkan pelbagai jenis tanaman secara serentak dan melihat tanaman yang lebih mendominasi pasaran tempatan. Selain itu, saya juga ingin mencuba dengan lebih jauh tentang penggunaan baja fertigasi yang sesuai dengan setiap jenis tanaman yang saya tanam.
Kailan @ harga terkini RM3.00/kg |
Terung yang baru mengeluarkan hasil @Ratna |
Hasil pemerhatian saya sepanjang projek ini dijalankan dan sedang dijalankan, tanaman kailan lebiih mendominasi daripada tanaman terung namun bagi tanaman bendi, ia tidak menjadi masalah serta mampu mengeluarkan hasil sebagai mana yang dijangkakan. Saya bertekad untuk menggunakan sistem tanaman secara intergrasi ini dengan lebih meluas bagi menampung kos yang tinggi dalam penanaman timun sebelum ini. Percubaan seterusnya akan saya lakukan adalah dengan menggabungkan tanaman cili merah dengan tanaman kailan. Walaupun telah ada bukti bahawa projek intergrasi cili dan kailan ini berjaya, namun dalam suasana persekitaran baru dan tempat baru, kejayaannya masih belum dapat diakui lagi selagi sistem ini tidak digunapaki dengan cara yang lebih meluas. Cuma masa sahaja yang dapat menentukan kejayaannya.
Dalam menjalankan projek pertanian seperti ini, kesabaran dan keyakinan yang tinggi amat-amat diperlukan. Sekali melangkah masuk dalam bidang pertanian ini, pastikan tiada jalan untuk berpatah balik agar idea dan tekad kita akan lebih tinggi dalam memastikan kejayaan projek yang sedang kita usahakan. Bak kata orang" dalam 10 kali kita menanam, kalau jadi 5 kali pun, sudah memadai untuk kita menampung keperluan dan modal projek"...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan