Sabtu, 26 Oktober 2013

Membangunkan Sebuah Ladang Fetigasi...Let's go, Farming Time...

Setelah kita selesai membincangkan isu-isu mengenai penyediaan tapak atau ladang dalam siri yang lepas, sudah tiba masanya kita tumpukan segala perhatian kita kepada penyediaan sistem pengairan dan penanaman.

Apa yang paling utama dalam bab ini adalah 'kehadiran' cocopeat atau media di kawasan tapak atau ladang kita. Maksudnya, pastikan bekalan cocopeat telah sampai terlebih dahulu bersama polibeg dan jangan sesekali mengikut ghairah di hati dengan menjalankan proses pembenihan sedangkan bekalan cocopeat ini masih belum sampai.

Jika dahulu, bekalan cocopeat amat mudah didapati dan murah tetapi sekarang memang tidak dapat dijangka. Jika dulu, harga seguni cocopeat hanyalah RM3.00 termasuk penghantaran tetapi sekarang harganya semakin meningkat hingga mencecah RM6.00 seguni termasuk penghantaran. Jika dulu seguni cocopeat boleh mengisi antara 5-7 polibeg, tetapi sekarang hanya 4 polibeg sahaja. Peningkatan harga cocopeat tidak seiring dengan kandungan seguni, semakin mahal harganya semakin kurang isinya, ini disebabkan oleh permintaan yang tinggi dan bekalan yang semakin berkurangan. Antara isu yang menarik adalah tentang kualiti cocopeat, proses penghantaran dan punca peningkatan harga media ini.

Setiap kali membicarakan tentang cocopeat, saya tersenyum sendiri mengenangkan kisah kali pertama membeli cocopeat ini. Sudah menjadi lumrah, setiap usahawan yang baru bermula, kalau boleh mahu mendapatkan harga yang paling rendah sehingga tidak sedar segala usahanya itu merugikan diri sendiri. Perkara yang sama terjadi pada saya dan rakan saya apabila kami memikirkan sekiranya cocopeat ini dibeli terus daripada kilang adalah lebih murah jika dibandingkan dengan harga orang tengah. Lantas, kami sanggup ke kilang cocopeat di Sabak Bernam semata-mata untuk membeli cocopeat ini. Memang tidak dinafikan, harga kilang jauh lebih murah sekitar RM1.80 - RM2.50 pada masa itu berbanding dengan harga pasaran RM3.50 seguni. Cuma kami tidak sedar bahawa kos sewaan lori pada masa itu amat tinggi, kuantiti yang mampu dibawa oleh lori 10 tan, 3 tan dan 1 tan serta kos upah mengangkat dan menyusun cocopeat ke dalam lori. Dan yang menjadikannya lebih menarik apabila rakan saya menyewa lori tanah 10 tan dengan kadar sewaan RM600 yang hanya mampu membawa 300 beg sahaja...Impaknya, kos seguni menjadi lebih tinggi daripada harga pasaran..Lesson learnt..bertitik tolak daripada kisah ini, kami mengambil langkah seterusnya dengan menghubungi pengedar cocopeat, Saudara Abdullah Said (Otai cocopeat nie) yang mampu menjual sekali kos penghantaran yang paling minimum.
(Note: kalau dulu seguni cocopeat boleh mengisi antara 5-6 polibeg bersaiz 16 x 16, tapi disebabkan peningkatan harga dan pengurangan isipadu cocopeat, seguni hanya mampu mengisi antara 4 polibeg sahaja)

Isu seterusnya ialah pemilihan polibeg. Pada peringkat permulaan dahulu, saya hanya menggunakan polibeg putih bersaiz 16 x 16 untuk tanaman secara fertigasi. Kelebihan polibeg putih ini adalah ia mampu memantulkan cahaya matahari bagi mengelakkan polibeg cepat menjadi kering dan ringan. Namun atas beberapa sebab tertantu, saya beralih kepada penggunaan polibeg hitam bersaiz sama. Pertukaran ini disebabkan faktor harga polibeg putih yang agak tinggi sehingga mencapai RM6.50/kg dan ketahanan polibeg putih berbanding polibeg hitam. Jika dulu, semasa menjalankan penanaman cili kulai, penggunaan polibeg dan cocopeat hanyalah sekali sahaja, namun selepas bertukar tanaman kepada rock melon, penggunaan cocopeat dan polibeg boleh mencapai sehingga 6 kali tuaian. Lantas penggunaan polibeg putih dilihat sebagai tidak relevan dengan kehendak penanaman dan impak polibeg hitam kepada cahaya dan pengeringan cocopeat juga tidak ketara. Sekiranya dirasakan polibeg hitam ini dengan sifat menyerap cahaya matahari menjadikan media cepat kering, maka langkah penambahan waktu siraman dilakukan untuk mengatasi masalah ini.
(Note: 1 kg polibeg bersaiz 16 x 16 (Hitam/putih) standard mempunyai di antara 20 - 24 keping)

Isu gabungan antara cocopeat dan polibeg ialah kaedah pencucian cocopeat dan kaedah pengisian cocopeat ke dalam polibeg serta jangkamasa yang diperlukan. Cara yang paling efektif dalam mempelajari kaedah-kaedah ini ialah dengan menjalani aktiviti praktikal atau pun video. Namun bila merasakan diri ini kurang komersil untuk dipaparkan dalam video, saya dalam usaha untuk mencari model cocopeat yang sesuai untuk tujuan pengambaran ini,..hehehe...Tetatpi secara ringkasnya,saya cuba huraikan kaedah-kaedahnya.

1. Pastikan polibeg dibuka dan dilipat pada bibirnya supaya ketahan polibeg lebih lama terutama dalam proses mengangkat dan mnyusun nanti.

2. Masukkan cocopeat separuh polibeg terlebih dahulu dan tekan di empat penjuru supaya polibeg tegang dan padat.

3. Apabila dah padat, baru masukkan cocopeat selebihnya mengikut 3/4 daripada kandungan polibeg.

4. Untuk pastikan polibeg dan cocopeat lebih bertahan lama terutamanya selepas disusun dalam RPH, jangan biarkan polibeg menjadi terlalu kering, sentiasa masukkan atau drip air ke dalam polibeg walaupun tanaman masih belum dipindahkan. Polibeg dan cocopeat yang terlalu kering akan menyebabkan ketahanan polibeg menjadi cepat pecah.

5. Untuk kegunaan kali kedua, cara terbaik adalah memastikan akar tumbuhan awalnya sudah kering agar memudahkan proses mencabut, gemburkan semula cocopeat dalam polibeg yang sama, dripkan racun serangga dan kulat ke dalam polibeg dengan membancuh racun tersebut dalam tangki nutrient dan biarkan untuk sehari dua. Kemudian bilas dengan air kosong sehingga melimpah dan polibeg itu sedia untuk digunakan semula.

Isu membasuh cocopeat sebelum digunakan juga perlu diambil perhatian. Jika dulu, mengikut kefahaman saya, cocopeat yang baru perlu dibasuh terlebih dahulu untuk menghilangkan minyak yang terkandung dalam cocopeat tersebut. Jadi buat pertama kalinya, saya masukkan cocopeat ke dlm tangki dan membasuhnya. Satu kerja yang membazir dan membuang masa sebab terlalu banyak air yang diperlukan dan apabila dibasuh, banyak serbuk cocopeat mengali keluar bersama-sama air basuhan. Lantas berdasarkan pengalaman ini, saya membuat beberapa kaedah basuhan.

Pertama sekiranya tiba musim hujan, saya akan membiarkan cocopeat yang baru sampai di tanah lapang supaya air hujan yang turun akan dapat membasuhnya, namun harus diingat bahawa, jangan biarkan beg cocopeat terbiar terlalu lama di luar sebab ini akan menyebabkannya cepat reput dan hancur.

Kaedah kedua adalah dengan mengisi terus cocopeat baru ke dalam polibeg dan disusun dengan kadar segera. Kemudian, basuhan hanya menggunakan air yang di 'drip' kan ke dalam cocopeat sehingga minyak cocopeat keluar dari lubang-lubang polibeg.

to be continue..



1 ulasan:

FaizalRSD berkata...

Assalamualaikum.
Saya ingin menghubungi saudara Abdullah Said (pembekal coco peat)yang tuan sebutkan dalam perenggan 4.Saya ingin mendapatkan bekalan cocopeat yang agak banyak.