Projek pemasangan sistem fertigasi terbuka untuk 200 beg cili kulai 469 telah siap dijalankan di Taman Sentosa, Raub, Pahang atas permintaan Mr Ramesh. Hanya mengambil masa satu hari untuk disiapkan dan proses penanaman dijangka dijalankan dalam jangkamasa seminggu sahaja lagi berdasarkan kepada pertumbuhan anak pokok cili yang sedang ditanam di Ladang Nia agrotech, Sg Buloh.
Ini merupakan satu projek yang pertama bagi tahun 2012 untuk syarikat yang melibatkan penanaman cili kulai 469 di Raub, Pahang dan diharapkan projek ini akan mampu berdaya saing dengan projek-projek yang lain dan mengeluarkan hasil seperti yang dijangkakan.
Untuk membantu para pengusaha, selain daripada mengadakan kursus-kursus tanaman secara fertigasi di ladang kami, pihak syarikat juga menyediakan SOP (Standard Operating Procedure) yang dibuat berdasarkan pengalaman yang dilalui sepanjang penglibatan syarikat dalam tanaman fertigasi sama ada cili atau pun rock melon. Diharapkan agar ini dapat dijadikan panduan untuk para pengusah berjaya dalam bidang pertanian moden ini.
Persiapan tempat dengan pemasangan silvershine di sekitar kawasan tanaman |
Polibeg hitam digunakan berdasarkan kesesuaian jenis tanaman, ketahanan bahan dan kawasan tanaman. Namun memerlukan air yang banyak untuk mengelakkan daripada medium menjadi kering. |
3 ulasan:
Berapa saiz RPH yg dipasang dan berapa jarak di antara pokok?
Di Raub, tiada RPH yang dipasang. hanya menggunakan sistem fertigasi terbuka. jarak antara beg adalah 2' dan antara batas adalah 4'.
Saya brminat utk membuat fertigasi di kawasan seluas 50' x 100'. Masalah utama saya ialah kesan semburan racun rumput krn tapak cadangan itu berhampiran sawah padi. Mungkin hanya dpt diatasi dengan merancang penjadualan tanaman. Soalan saya, apakah jenis tanaman jangka pendek yg sesuai dan berbaloi dgn keluasan begitu. Bagaimana dgn rockmelon?
Catat Ulasan