Isnin, 7 Mei 2012

PERKEMBANGAN TANAMAN FERTIGASI DI SABAH


Semasa artikel ini ditulis, saya masih di Sabah. Saya berpeluang untuk menjalankan kursus berasaskan sistem fertigasi secara umum untuk para usahawan yang berminat dengan sistem ini. hasil daripada perkongsian ilmu dan maklumat daripada peserta yang terlibat, kebanyakkannya amat berminat dalam menjalankan ladang berasaskan sistem fertigasi namun terdapat beberapa halangan yang perlu diatasi sebelum sistem ini dapat diperkembangkan ke peringkat yang lebih luas.

1. Isu Bahan Input Pertanian di Sabah.:
  • Kesukaran untuk mendapatkan bahan input di Sabah menyebabkan ramai pengusaha mengalami jalan buntu untuk menjalankan ladang berasaskan sistem fertigasi. Rata-rata bertanya mengenai kedai input pertanian yang mampu membekalkan keperluan seperti cocopeat, polibeg, dripping system set dan yang paling utama, baja fertigasi. 
  • Jika ada sekalipun disini, dijual dengan harga yang terlalu mahal sehingga menyebabkan kos pengeluaran hasil ladang menjadi tinggi dan di bawah harga pasaran. Atas kertas saja, pengusaha akan mengalami kerugian jika keadaan ini berlarutan. Disebabkan faktor ini, ramai yang berpaling untuk menggunakan kaedah konvensional berbanding fertigasi. Namun permasalahan utamanya adalah faktor cuaca yang tidak menentu. Sepanjang saya berada di sini, hujan lebat hampir setiap hari menyebabkan keadaan tumbuhan dan sayur-sayuran mengalami masalah tumbesaran. 
  • Amat mengejutkan, harga seguni cocopeat di Sabah mencapai tahap RM24.00/guni dan mampu menampung hanya 8 polibeg sekiranya dimasukkan separuh sahaja. Jika dikira kos penyediaan media ini saja pun telah mencapai RM3.10/polibeg dan ini mempengaruhi kos pengeluaran per kilogram.
  • Penyelesaiannya: 
    • Syarikat Nia Agrotech dengan kerjasama erat dengan Eva Groups berusaha untuk membawa masuk bahan input pertanian berasaskan sistem fertigasi dan menawarkan harga yang berpatutan untuk menyelesaikan masalah harga barang yang tinggi. Sekiranya Kami mampu membawa masuk bahan-bahan ini ke Sabah secara pukal, kos pengangkutan dapat dijimatkan dan tidak ada alasan untuk menaikkan harga ke tahap yang terlalu melampau. Walaupun, usaha ini akan mengambil masa serta memerlukan modal yang tinggi, satu strategi dijalankan dengan berusaha untuk menperkenalkan sistem fertigasi di Sabah dan pada masa yang sama, mengumpul pesanan daripada para pengusaha yang berminat agar pesanan secara pukal dapat dilakukan dan kos penghantaran dapat dikurangkan.

2. Pasaran : 

  •  Pasaran di Sabah agak unik. Sekiranya kita bercakap mengenai sayuran berdaun, di sini ramai pengusaha ladang yang mampu mengeluarkan sayur-sayuran dengan kuantiti yang banyak. Masalahnya adalah bekalan untuk sayuran berbuah seperti terung, cili, peria, petola dan tomato. Kadangkala, agak sukar mendapatkan sayuran berbuah ini di pasaran tempatan.
  • Pasaran Rock Melon pula adalah baru di kalangan peniaga tempatan. Terdapat segelintir supermarket yang menjual buah ini tetapi dengan harga yang terlalu mahal sehingga mencapai RM30.00/kg. Lantas menyebabkan pasaran buah rock melon menjadi kecil dan ekslusif. Memang tiada pengusaha rock melon di Sabah setakat yang saya tahu dan jika dilihat dalam aspek positif, tindakan Syarikat eValueasian, Sabah mengambil tindakan yang berani apabila mengimport buah rock melon dari Ladang Nia Agrotech ke Kota Kinabalu semata-mata untuk mempromosikan buah ini di kalangan penduduk tempatan. Tahniah diucapkan.
  • Penyelesaian:
    • Syarikat eValueasian akan menjalankan aktiviti-aktiviti promisi buah 'rock melon' di Sabah dengan cara yang agresif serta manjalankan kempen-kempen kesedaran tentang buah rock melon sebagai salah satu buah-buahan tempatan. Aktiviti-aktiviti seperti seminar tentang cara penanaman rock melon pula akan dibantu oleh Syarikat Nia Agrotech di samping memberikan khidmat nasihat dan tunjuk ajar secara hand-on kepada para pengusaha yang berminat.
    • Sebagai langkah untuk mengelakkan kebanjiran buah rock melon pula di pasaran tempatan, Syarikat juga akan membantu dalam aspek penjadualan penanaman dan tuaian agar tidak berlaku lambakan dan kejatuhan harga. Justeru itu, para pengusaha yang berminat untuk menjalankan penanaman ini perlu berhubung untuk menentukan waktu yang terbaik agar pemasaran dapat diuruskan secara efektif.

Di harapkan, dengan kerjasama erat ini, buah rock melon mampu menembusi pasaran tempatan malah dapat dijadikan salah satu hasil eksport Sabah ke luar negara.



3 ulasan:

Duke of Eastaring berkata...

salam,
saya berminat untuk mengusahakan tanah saya di kampung utara sabah dengan pertanian fertigasi. sekiranya sykt ini ada menyediakan sebarang kursus serta lain2 bantuan teknikal, sila hubungi saya.
steven dundang
0138038802
eastaring86@gmail.com

Tanpa Nama berkata...

hai saya dahlan anak jati sabah yang berkerja di semanjung selama 15 tahun so di sini sangat hebat usaha tani termasuk system fertigasi yang baik. saya berminat untuk jadi usahawan tani sebab saya ada tanah untuk di usahakan. so saya terpangil untuk memulakan pertanian ini. so hubugi saya jika berniat untuk memgembang pertanian ini di sabah. tel 0172987353. addanish335@gmail.com.

Tanpa Nama berkata...

Hai,saya amat berminat dalam bidang pertannian,terutamanya tanaman fertigasi ini.Oleh itu jika ada sebarang kursus/panduan dan pengiraan kos bagaimana hemdak memulakan tanaman fertigasi,
hubungi sya.
014-5610394
wiranoey@yahoo.com