Selasa, 24 April 2012

Projek Pemasangan Rangka RPH Di Jalan Paip, Meru, Klang.

Selain menjalankan aktiviti tanaman 'Rock Melon' di Kg Merbau Sempak, Syarikat juga begitu aktif dalam kerja-kerja 'set up' atau pemasangan sistem fertigasi termasuk pembinaan Rumah Pelindung hujan dan sistem pengairan fertigasi.


Antara yang terbaru selasai adalah pemasangan rangka RPH di Tapak Fertigasi Jalan Paip, Meru, Klang yang dimiliki oleh En Hisham dari Hisham Plantation.Atas permintaan En Hisham, syarikat perlu memasang kerangka RPH sahaja bagi memudahkannya untuk meneruskan kerja-kerja pemasangan konduit bumbung dan Plastik UV.

Kerja-kerja pemasangan ini mengambil masa hampir 4 hari memandangkan rintangan cuaca yang tidak menentu dan bahan pemasangan yang lewat tiba. Namun, setelah mengatur masa yang sesuai, pihak syarikat telah berjaya menyiapkan kerja-kerja yang diberikan dengan sempurna.

Diharapkan projek di tapak ini akan terus berdaya maju dan mampu memberikan pulangan yang setimpal dengan usaha-usaha En Hisham dalam menjayakan projek penanaman 'Rock Melon' nya di sini. Pihak syarikat berbangga kerana dapat menyumbang tenaga dalam membangunkan tapak ini.

Tiada ulasan: