Saya memerlukan maklum balas daripada semua bloggers and individu or company tentang keperluan untuk mengadakan kursus sistem fertigasi.
Antara maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut:-
Antara maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut:-
- Jangkamasa kursus
- Yuran Kursus
- Input kursus i.e Sistem asas peralatan dan pemasangan/ Cara penjagaan pokok/ Pembajaan dan formula/ Kawalan Penyakit dan Serangga Perosak/ Pengurusan Ladang/ Pemasaran/ RPH dsbg
Maklumat ini perlu untuk saya mengadakan persiapan sekiranya saya ingin mengadakan kursus Fertigasi ini supaya apa saja maklumat yang akan diberi kepada peserta bertepatan dengan kehendak dan keperluan mereka. Tidak ada gunanya mengadakan kursus sekiranya para peserta pulang tetapi masih belum tahu tentang apa yang dipelajarinya disebabkan maklumat yang diperlukan tak sampai.
Ramai yang berminat untuk membuat penanaman menggunakan sistem fertigasi sama ada untuk hobi atau pun perniagaan cuma kadang kala maklumat yang sedikit dan sebenar tak sampai menyebabkan kegagalan projek seperti ini. Lantas, kegagalan ini dilihat sebagai satu pembaziran dan propaganda yang mengatakan bahawa projek seperti ini tidak berdaya maju. Sekiranya ia dijalankan secara sistematik, saya pasti akan berjaya namun modifikasi yang keterlaluan atau maklumat terutama dari segi pembajaan dan penjagaan yang kurang akan menyebabkan pokok ditanam mengalami pelbagai masalah.
Harap saya akan mendapat maklum balas yang sesuai dari semua pihak...

2 ulasan:
kursus fertigasi harap dijalankan dengan kerjasama jab pertanian, agrobank(utk pinjaman), harap hands on dan praktikal dilebihkan. Memerlukan pembekal untuk beberapa kawasan seperti saya di perak tengah. Untuk mendapatkan bekalan peralatan, baja dan sebagainya dgn harga yg murah dan paling kos efektif.... syam_mielah@yahoo.com
setuju dengan tanpa nama (syam). selain itu, orang yang nak join kursus ni kalau boleh mempunyai minat tinggi dalam fertigasi, bukan semata-mata nak join kursus. lagi baik kalau mereka dah terlibat sedikit (sebelah kaki) atau ada buat kecil-kecilan (10-50 unit) di rumah. kalau kita bagi kursus pun rasa sangat berfaedah/berpatutan.
Catat Ulasan