Masalah untuk memulakan projek fertigasi nie adalah kos awal yang tinggi, dengan pembinaan RPH(rumah Pelindung Hujan/Struktur Perlindung Tanaman/SPT) berdasarkan harga besi semasa yang sentiasa meningkat. Ramai usahawan tani Melayu agak terkejut dan terbantut dengan kos awal yang tinggi dan sekarang ramai mencari alternatif lain....
Namun masalah ini dapat diselesaikan dengan meminimakan kos permulaan apabila percubaan kawan-kawan saya di Kajang berjaya. Mereka mencuba untuk menjalankan projek fertigasi ini dengan tidak menggunakan RPH, banyak kos awal dapat dikurangkan dan hasilnya tidak banyak bezanya dengan tanaman yang menggunakan RPH. Projek ini dikenali sebagai projek semi-fertigasi, iaitu projek tanaman cili tanpa menggunakan RPH.
KAlau dilihat sekarang ni pun, ramai usahawan tani menjalankan projek fertigasi tanpa menggunakan RPH, dan masih mampu mengeluarkan hasil yang maksima namun dari segi penjagaan penyakit dan kulat terpaksa ditingkatkan.
Disini kita cuba buat satu analisis perbezaan antara tanaman yang menggunakan RPH dan tanpa RPH....berdasarkan projek yang telah dijalankan di tempat saya dan Kajang.
kOSRPH - (15 buah RPH yang dapat dibina dalam 1 ekar tanah) dengan kos RM12,000 sebuah - RM180,000.00
- kos infrastruktur,piping, penyediaan benih dan polybeg, media (megikut harga semasa) di antara RM30,000.00-40,000.00 seekar
- JUMLAH KESELURUHAN - RM210,000.00 - 220,000.00/EKAR
x RPH - tak dak kos pun
- kos infrastruktur,piping, penyediaan benih dan polybeg, media (megikut harga semasa) di antara RM30,000.00-40,000.00 seekar
- JUMLAH KESELURUHAN - RM30,000.00-40,000.00 seekar
BILANGAN TANAMAN/POKOKRPH - untuk saiz 20' x 100' - hanya 200 - 250 pokok sahaja
- purata 1 ekar terdapat 15 buah RPH - 3000 pokok - 3750 pokok sahaja
x RPH - Purata 1 ekar boleh memuatkan antara 4500 - 5000 pokok.
PENGGUNAAN BAJARPH - Dapat disalurkan dengan kadar maksima dan tidak hilang disebabkan oleh faktor air hujan.
x RPH - MAsalah air hujan yang menghilangkan baja yang disalurkan ke pokok/flushing yang berlebihan
KAWALAN SERANGGA PEROSAK DAN KULATRPH - Penggunaan racun yang minima dan keberkesanan yang maksima disebabkan tiada faktor hujan yang membuang racun yang telah disembur dan kegagalan serangga untuk lari bersembunyi di kawasan sekitar.
x RPH - Penggunaan racun yang agak lebih dan keberkesanannya bergantung kepada faktor cuaca disebabkan hujan dan keadaan yang tidak menentu.
PRODUKTIVITI PEKERJARPH - Kerja-kerja penyemburan racun dan lain-lain dapat dilakukan tanpa mengira masa dan cuaca.
x RPH - Kerja-kerja bergantung kepada keadaan cuaca.
PURATA PENDAPATANRPH - untuk 3000 pokok dengan purata hasil 4kg satu pokok dan harga jualan RM3.00/kg
adalah RM36,000/musim
x RPH - untuk 4500 pokok dengan purata hasil 4kg sepokok dengan harga jualan RM3.00/kg
adalah RM54,000.00/musim.
Maksudnya, penanaman secara fertigasi memerlukan modal yang lebih dan kadar pulang modal di antara 3 - 4 tahun manakala secara semi-fertigasi kadar pulangan modal di antara 1 - 2 tahunj sahaja.
ini antara perbezaan RPH dan semi-fertigasi, namun bergantung kepada diri sendiri dan MODAL yang mampu dikeluarkan. Tetapi kalau niat di hati untuk menjalankan projek tanaman ini, saya amat berharap agar niat itu diteruskan kerana bila kita berbakti pada alam, alam akan memberi pulangan yang lumayan kepada kita bergantung pada niat dan ketentuan ALLAH swt.