Khamis, 23 April 2009
PERUNTUKAN KERAJAAN : REALITI DAN FANTASI...INTRODUCTION!!
Dah lama tak menulis dalam blog nie, bukan apa, cuma agak sibuk dengan tugasan harian. Namun perkembangan terbaru ini membuatkan hati rasa terpanggil untuk menulis kembali. Sebuah cerita yang penuh dengan suka dan duka untuk tatapan semua peladang/petani dan sesiapa saja yang berminat dengan pertanian. Mungkin kes ini boleh dianggap terpencil namun kesannya kepada saya terlalu mendalam....
Isnin, 16 Mac 2009
Kursus Fertigasi - Pengurusan Tanaman, Pembajaan dan kawalan penyakit - Siri 3/09
OPEN FOR REGISTRATION... TARIKH : 28 MAC 2009 (SABTU)
TEMPAT : PERTUBUHAN PELADANG KAW. GOMBAK & PETALING
ANJURAN : NIA AGROTECH
YURAN/FEES : RM 200.00
TENTATIF PROGRAM :
8.00 pg - 9.00 pg - PENGENALAN/ASAS SISTEM FERTIGASI
9.00 pg - 10.00 pg - PENGURUSAN TANAMAN -
PENYEMAIAN/ PENYEDIAAN MEDIA/ PENYEDIAAN LADANG
10.00 - 10.30 pg - MINUM PAGI
10.30 - 12.30 tgh hari - PEMBAJAAN -
PENGENALAN/ FUNGSI/ FORMULA/
CARA PENYEDIAAN STOK BAJA
12.30 - 1.30 ptg - MAKAN TENGAH HARI
1.30 - 3.30 ptg - KAWALAN PENYAKIT & SERANGGA
3.30 - 4.00 ptg - MINUM PETANG
4.00 - 6.00 ptg - LAWATAN LADANG CILI & ROCK MELON
BERSURAI
OBJEKTIF KURSUS :
EN RUHIZAL NAZMAN ALIAS
019-6934451
EN ARIF
019-365 6573
*PEMBAYARAN YURAN PERLU DIJELASKAN SEBELUM 26 FEBRUARI 2009 KE
RUHIZAL NAZMAN ALIAS (MAYBANK :- 1643 9793 1412 DAN SIMPAN RESIT PEMBAYARAN UNTUK RUJUKAN PENDAFTARAN.
SILA EMAILKAN MAKLUMAT PERIBADI TERMASUK NAMA, ALAMAT, NO KP DAN NO TEL UNTUK RUJUKAN PIHAK KAMI DAN PENYEDIAAN SIJIL PENYERTAAN
eMAIL add: ruhizal@gmail.com
KURSUS FERTIGASI TANAMAN CILI

- MEMPERKENALKAN SISTEM TANAMAN SECARA FERTIGASI
- MEMAHAMI ASPEK PENGURUSAN LADANG, PEMBAJAAN DAN KAWALAN PENYAKIT.
- MENUMPUKAN KEPADA PENYEDIAAN DIRI UNTUK MENJALANKAN PROJEK FERTIGASI
- NOTA DISEDIAKAN
- PENERANGAN DIBERIKAN SECARA TEORI & PRAKTIKAL
- PENUMPUAN LEBIH KEPADA PERMASALAHAN DAN PENYELESAIAN DALAM MENJALANKAN PROJEK FERTIGASI.
- SIJIL DISEDIAKAN

Jumaat, 27 Februari 2009
POKOK CILI UNTUK DIJUAL...DARI LADANG!!
Jumaat, 6 Februari 2009
Kursus Fertigasi - Pengurusan Tanaman, Pembajaan dan kawalan penyakit - Siri 2/09
OPEN FOR REGISTRATION... TARIKH : 28 FEBRUARI 2009 (SABTU)
TEMPAT : PERTUBUHAN PELADANG KAW. GOMBAK & PETALING
ANJURAN : NIA AGROTECH
YURAN/FEES : RM 200.00
TENTATIF PROGRAM :
8.00 pg - 9.00 pg - PENGENALAN/ASAS SISTEM FERTIGASI
9.00 pg - 10.00 pg - PENGURUSAN TANAMAN -
PENYEMAIAN/ PENYEDIAAN MEDIA/ PENYEDIAAN LADANG
10.00 - 10.30 pg - MINUM PAGI
10.30 - 12.30 tgh hari - PEMBAJAAN -
PENGENALAN/ FUNGSI/ FORMULA/
CARA PENYEDIAAN STOK BAJA
12.30 - 1.30 ptg - MAKAN TENGAH HARI
1.30 - 3.30 ptg - KAWALAN PENYAKIT & SERANGGA
3.30 - 4.00 ptg - MINUM PETANG
4.00 - 6.00 ptg - LAWATAN LADANG CILI & ROCK MELON
BERSURAI
OBJEKTIF KURSUS :
EN RUHIZAL NAZMAN ALIAS
019-6934451
EN ARIF
019-365 6573
*PEMBAYARAN YURAN PERLU DIJELASKAN SEBELUM 26 FEBRUARI 2009 KE
RUHIZAL NAZMAN ALIAS (MAYBANK :- 1643 9793 1412 DAN SIMPAN RESIT PEMBAYARAN UNTUK RUJUKAN PENDAFTARAN.
SILA EMAILKAN MAKLUMAT PERIBADI TERMASUK NAMA, ALAMAT, NO KP DAN NO TEL UNTUK RUJUKAN PIHAK KAMI DAN PENYEDIAAN SIJIL PENYERTAAN
eMAIL add: ruhizal@gmail.com
KURSUS FERTIGASI TANAMAN CILI
TEMPAT : PERTUBUHAN PELADANG KAW. GOMBAK & PETALING
ANJURAN : NIA AGROTECH
YURAN/FEES : RM 200.00
TENTATIF PROGRAM :
8.00 pg - 9.00 pg - PENGENALAN/ASAS SISTEM FERTIGASI
9.00 pg - 10.00 pg - PENGURUSAN TANAMAN -
PENYEMAIAN/ PENYEDIAAN MEDIA/ PENYEDIAAN LADANG
10.00 - 10.30 pg - MINUM PAGI
10.30 - 12.30 tgh hari - PEMBAJAAN -
PENGENALAN/ FUNGSI/ FORMULA/
CARA PENYEDIAAN STOK BAJA
12.30 - 1.30 ptg - MAKAN TENGAH HARI
1.30 - 3.30 ptg - KAWALAN PENYAKIT & SERANGGA
3.30 - 4.00 ptg - MINUM PETANG
4.00 - 6.00 ptg - LAWATAN LADANG CILI & ROCK MELON
BERSURAI
OBJEKTIF KURSUS :
- MEMPERKENALKAN SISTEM TANAMAN SECARA FERTIGASI
- MEMAHAMI ASPEK PENGURUSAN LADANG, PEMBAJAAN DAN KAWALAN PENYAKIT.
- MENUMPUKAN KEPADA PENYEDIAAN DIRI UNTUK MENJALANKAN PROJEK FERTIGASI
- NOTA DISEDIAKAN
- PENERANGAN DIBERIKAN SECARA TEORI & PRAKTIKAL
- PENUMPUAN LEBIH KEPADA PERMASALAHAN DAN PENYELESAIAN DALAM MENJALANKAN PROJEK FERTIGASI.
- SIJIL DISEDIAKAN
EN RUHIZAL NAZMAN ALIAS
019-6934451
EN ARIF
019-365 6573
*PEMBAYARAN YURAN PERLU DIJELASKAN SEBELUM 26 FEBRUARI 2009 KE
RUHIZAL NAZMAN ALIAS (MAYBANK :- 1643 9793 1412 DAN SIMPAN RESIT PEMBAYARAN UNTUK RUJUKAN PENDAFTARAN.
SILA EMAILKAN MAKLUMAT PERIBADI TERMASUK NAMA, ALAMAT, NO KP DAN NO TEL UNTUK RUJUKAN PIHAK KAMI DAN PENYEDIAAN SIJIL PENYERTAAN
eMAIL add: ruhizal@gmail.com
PEKERJA LADANG DIPERLUKAN
PEKERJA LADANG DIPERLUKAN SEGERA!!
KEUTAMAAN DIBERIKAN KEPADA RAKYAT TEMPATAN YANG BERMINAT UNTUK BEKERJA DALAM SEKTOR PERTANIAN.
GAJI ASAS RM750.00
TEMPAT TINGGAL DISEDIAKAN.
Jika berminat sila hubungi En Ruhizal NAzman Alias
019-6934451 atau emel ke
ruhizal@gmail.com

Khamis, 15 Januari 2009
KENAPA PROJEK PERTANIAN GAGAL..?!!
Persoalan yang timbul...kenapa projek pertanian di tanah rendah terutamanya gagal?
'Projek pertanian' ini merangkumi semua projek-projek anjuran kerajaan, moa, jabatan pertanian, lpp dan lain-lain.
'di tanah rendah' - semua projek yang diusahakan oleh petani/peladang selain daripada projek pertanian di Cameron Highlands, Kundasang dan seumpamanya.
'gagal' - sama ada gagal menjelaskan kembali hutang pertanian yang ada, bankrup, tutup ladang dan terbengkalai.
Jika dilihat secara keseluruhannya, kita selalu mendengar projek-projek pertanian yang di'sponsor' oleh kerajaan gagal memenuhi matlamatnya, sama ada pengusaha gagal memanfaatkan segala kemudahan yang diberikan kepada mereka atau pun projek terbengkalai di separuh jalan. Sedangkan segala kemudahan diberikan termasuk pembekalan alatan, baja setahun/semusim, elaun bulanan, hinggakan biji benih pun dibekalkan tetapi masih gagal dilaksanakan oleh pengusaha. Kadangkala, kos yang dikeluarkan oleh kerajaan melampaui kos sebenar projek, sampai berlebih-lebih tetapi masih gagal. Bayangkan, pengusaha hanya 'cuci kaki' untuk menjalankan projek pertanian ini tanpa mengeluarkan sebarang kos tetapi masih gagal melaksanakannya...logik ke?
Mungkin ada beberapa faktor yang memepengaruhi kegagalan ini...
Pengusaha/peserta
Dan saya kira banyak lagi faktor-faktor lain yang mempengaruhi senario ini, lantas langkah-langkah berkesan perlu diambil oleh semua pihak untuk menjamin kejayaan semua projek-projek pertanian....tak perlulah saya sebutkan projek mana yang gagal, silap-silap kena saman pulak....
Apa pendapat anda?..

- Kurang minat dengan projek pertanian.
- Tidak ada rasa 'hak sendiri' kerana segala perbelanjaan ditanggung oleh pihak lain. ...Dia tak rugi apa-apa kalau gagal, asalkan dapat duit.
- Kurang pendedahan kepada teknik tanaman, pemasaran dan pengeluaran.
- Terlalu bergantung pada bantuan kerajaan. Sentiasa mencari salah orang lain daripada melihat prestasi diri...
- Menjadikan projek ini sebagai batu lonjatan untuk mendapatkan duit kerajaan / kredit pertanian.
- Sebagai kerja sampingan.
- Sebagai ' hentian sementara' sebelum mendapat pekerjaan tetap /yang lebih stabil.
- Mengaut keuntungan yang berlebihan sehinggakan projek pertanian yang di'tender'kan gagal menepati spesifikasi yang sepatutnya.
- Terpaksa 'berkongsi' keuntungan dengan pihak-pihak tertentu menyebabkan dana yang diperuntukkan tidak dapat digunakan sepenuhnya. Kesian gak kat kontraktor nie...
- Tidak mempunyai pengetahuan tentang teknik pertanian tetapi main 'lump sum'nye segala projek yang ada...janji ada untung!
- Tidak menilai keberkesanan projek secara terperinci sebelum mengeluarkan dana/pinjaman....kadangkala dana yang diberikan berlebihan tapi disalurkan ke projek yang kurang berdaya maju.
- Peruntukkan dikeluarkan berdasarkan 'nama/pangkat' bukannya kesungguhan pengusaha.
- Peruntukan tidak seimbang hingga menyebabkan kelangsungan projek terjejas...buat infra saja, budget berjuta tapi bila bab baja ke, proses penanaman semula ka, budget ciput...
- Pemiutang meluluskan pinjaman tanpa mengambil kira kos projek...bayangkan kalau buat projek fertigasi dengan kos RM50,000 tapi yang diluluskan oleh pemiutang hanya RM10,000...baik tak payah bagi, macam mana nak buat projek...jalan terbaik, amik je duit tu, buat downpayment rumah ke or kereta...
- Pemiutang tidak membuat permantauan kepada peminjam menyebabkan pemiutang gagal mendapatkan kembali pinjaman yang diberikan....lepas bagi, terus tak jenguk muka, tak tanya permasalahan peminjam...yang tahu, lepas 2 bulan bayaran ansuran gagal dijelaskan, sampai surat mahkamah....kadangkala, peladang ini berduit mengikut musim tuaian, bukannya fixed income tiap-tiap bulan...kalau pantau dari segi pengeluaran hasil, pasti dia boleh bayar punya.
- Susah sangat nak bantu pengusaha yang baru dalam bidang ini...tapi ok jugak, at least boleh nampak siapa yang bersungguh-sungguh atau tidak cuma longgarkan sikit syarat tu...jangan sampai orang tak minat terus nak ceburi bidang pertanian nie.
Dan saya kira banyak lagi faktor-faktor lain yang mempengaruhi senario ini, lantas langkah-langkah berkesan perlu diambil oleh semua pihak untuk menjamin kejayaan semua projek-projek pertanian....tak perlulah saya sebutkan projek mana yang gagal, silap-silap kena saman pulak....
Apa pendapat anda?..
Isnin, 12 Januari 2009
MEDIA/COCOPEAT - PENGGUNAAN SEMULA ATAU TIDAK?
Persoalan yang sering ditanya mengenai penggunaan cocopeat dan polybeg yang sama untuk musim seterusnya....adakah patut diguna semula atau dibuang?
Terdapat banyak teori dan pandangan orang terutamanya peladang fertigasi tentang ini. Ada sesetengah peladang menggunakan semula polybeg dan cocopeat musim sebelumnya untuk ditanam semula dengan pokok baru atas alasan penggunaan ini akan dapat menjimatkan kos pembelian cocopeat yang baru dan polybeg masih boleh digunakan. Keduanya, polybeg yang terpakai ini sudah mempunyai baja sisa tanaman yang pertama dan ini dapat menjimatkan penggunaan baja untuk musim seterusnya...Adakah teori dan pelaksanaan ini berkesan?
Kita cuba mengkaji pro dan kontranya disini....
Penggunaan polybeg dan media sekali semusim dilakukan atas sebab:
Namun, ini bergantung pada pendapat masing-masing. Bagi saya, penggunaan kali kedua untuk media yang sama amat menyusahkan dan membuang masa. Sekiranya, kita mempunyai RPH atau kawasan berbumbung yang luas untuk proses pensterilan media, mungkin tak menjada masalah tetapi sekira hanya ada kawasan terbuka, masalah akan timbul untuk mengumpulkan kembali media, membilas dan membasuh serta oencampuran bahan kimia disebabkan faktor cuaca,tempat, tenaga kerja dan kos. Selama ini, saya hanya menggunakan media untuk sekali sahaja, manakala media terpakai digunakan untuk tanaman yang lain sekadar untuk menunggu masa untuk dibuang.

- Mengelakkan jangkitan penyakit/bakteria/virus yang terdapat dalam polybeg terpakai daripada merebak ke pokok/tanaman baru. Pembiakan kulat dan bakteria dalam polybeg akan berlaku sekiranya media yang digunaka berulang kali ini tidak dirawat atau ditukar kepada yang baru.
- Mengelakkan daripada terdapatnya sisa-sisa baja dalam media/cocopeat. Sekiranya terdapat elemen-elemen lain dalam media, akan berlaku tindak balas kimia yang berbeza apabila dicampurkan dengan campuran baja yang baru dan ini menyebabkan nutrient yang diperlukan oleh pokok akan berubah dalam bentuk yang lain dan menyebabkan kekurangan nutrient. Prinsip pemilihan media adalah semestinya bersih daripada segala bahan-bahan nutrient dan penyakit kerana ia hanya berfungsi untuk memegang baja yang diberikan untuk sementara sahaja.
- Jaminan bahawa tiada mikroorganisma dan patogen dalam medium.
- Kos penggantian kepada media dan polybeg yang baru lebih murah berbanding proses pensterilan media lama.
- Elakkan kerugian daripada kutipan hasil tanaman
Namun, ini bergantung pada pendapat masing-masing. Bagi saya, penggunaan kali kedua untuk media yang sama amat menyusahkan dan membuang masa. Sekiranya, kita mempunyai RPH atau kawasan berbumbung yang luas untuk proses pensterilan media, mungkin tak menjada masalah tetapi sekira hanya ada kawasan terbuka, masalah akan timbul untuk mengumpulkan kembali media, membilas dan membasuh serta oencampuran bahan kimia disebabkan faktor cuaca,tempat, tenaga kerja dan kos. Selama ini, saya hanya menggunakan media untuk sekali sahaja, manakala media terpakai digunakan untuk tanaman yang lain sekadar untuk menunggu masa untuk dibuang.
Langgan:
Catatan (Atom)