Ahad, 7 Disember 2008

LAPORAN KURSUS FERTIGASI @ NIA AGROTECH

Kursus fertigasi anjuran Nia Agrotech telah berlangsung pada 29hb nov 2008, bertempat di Pertubuhan Peladang Kawasan Gombak & Petaling. Seramai 15 orang peserta telah menghadiri kursus ini dan kebanyakkan peserta datang dari pelbagai peringkat umur, kebanyakkannya sudah memulakan pertanian secara fertigasi. Dengan kerjasama Pertubuhan Peladang Kawasan Gombak & Petaling, sijil penyertaan akan dikeluarkan kepada para peserta.
Kursus ini lebih menekankan kepada penjagaan pokok cili, formulasi baja dan kawalan penyakit. Diharapkan para peserta akan mendapat manfaat daripada kursus ini dan bersedia untuk menjalankan projek masing-masing.
Sibuk punya pasai sampaikan gambar pun tak sempat amik...anyway, segala perkongsian ilmu yang diberikan kepada para peserta adalah berdasarkan pengalaman dan ilmu yang dituntut pasa satu masa dahulu melalui mentor saya sendiri...namun sekiranya ada kekurangan, saya mohon maaf. Apa yang dipelajari adalah cara yang saya buat, may be, berbeza dengan mentor-mentor yang lain tapi asas fertigasinya tetap sama...

thanks to all of my participants...

Rabu, 26 November 2008

Sekitar Kursus Tanaman Fertigasi anjuran PUGM & Agro Bank


Bermula 21hb - 24hb November 2008, Persatuan Usahawan Graduan Malaysia dengan kerjasama Bank Agro menjalankan satu Kursus Tanaman Fertigasi di PPK Gombak & Petaling. Nia Agrotech bertindak sebagai tuan rumah yang menjalankan sessi praktikal di ladang. Kursus ini dibantu dengan tenaga pengajar dari MARDI iaitu Dr Mahmud yang sememangnya pakar dalam bidang fertigasi ini. Dengan bantuan PPK Gombak & Petaling, tempat penginapan telah berjaya disediakan dengan menggunakan kuarters Peladang yang telah diubahsuai menjadi asrama.

Seramai 39 orang peserta telah berjaya menghabiskan kursus ini dan sijil penyertaan telah disampaikan oleh Pengurus Agro Bank Caw. Sg Buloh iaitu En Mohd Jamani. Kursus ini lebih menekankan tentang asas dan aspek penjagaan tanaman secara fertigasi cili dan rock melon. teori disampaikan selama 1 hari dan praktikal dijalankan selama 2 hari dan diakhir kursus, para peserta didedahkan dengan aspek pembiayaan dan rancangan perniagaan oleh Agro Bank.

Secara keseluruhannya, para peserta mendapat pengetahuan asas dan praktikal tentang fertigasi di samping formula dan bancuhan baja yang betul. Tahniah diucapkan kepada para peserta yang telah berjaya menghadiri kursus ini.

Selasa, 25 November 2008

HARVESTING MELON KALI PERTAMA...
















KALI PERTAMA HARVEST MELON...

Pada 6 November 2008, Nia Agrotech buat kali pertamanya menuai 'rock melon' sebanyak 700 beg. hasil yang dijangka adalah 980kg dan hasil yang boleh dijual dalam 600kg, termasuk gred A, B dan C.

Pasaran tidak menjadi masalah. Kebanyakan buah gred A yang beratnya 1.4kg ke atas dijual kepada Persatuan Usahawan Graduan Malaysia (PUGM) dan bakinya dijual secara langsung di Pasar Tani Kelana Jaya hasil bantuan En Zainuddin (FAMA). Hasil jualan agak memberangsangkan dan hampir mencapai target yang diletakkan.

Pasaran Rock Melon sebenarnya tidak menjadi masalah besar disebabkan permintaannya melebihi pengeluaran buah. Seandainya anda mempunyai kelebihan atau kemudahan untuk membuat/mendapat RPH, saya sarankan penanaman rock melon disebabkan kita sudah mampu berjimat dari kos pembinaan RPH yang agak tinggi.



Khamis, 30 Oktober 2008

Kursus Fertigasi - Pengurusan Tanaman, Pembajaan dan kawalan penyakit

OPEN FOR REGISTRATION...
KURSUS FERTIGASI TANAMAN CILI
TARIKH : 29 NOV 2008 (SABTU)
TEMPAT : PERTUBUHAN PELADANG KAW. GOMBAK & PETALING

ANJURAN : NIA AGROTECH

YURAN/FEES : RM 200.00


TENTATIF PROGRAM :

8.00 pg - 9.00 pg - PENGENALAN/ASAS SISTEM FERTIGASI
9.00 pg - 10.00 pg - PENGURUSAN TANAMAN -
PENYEMAIAN/ PENYEDIAAN MEDIA/ PENYEDIAAN LADANG
10.00 - 10.30 pg - MINUM PAGI
10.30 - 12.30 tgh hari - PEMBAJAAN -
PENGENALAN/ FUNGSI/ FORMULA/
CARA PENYEDIAAN STOK BAJA
12.30 - 1.30 ptg - MAKAN TENGAH HARI
1.30 - 3.30 ptg - KAWALAN PENYAKIT & SERANGGA
3.30 - 4.00 ptg - MINUM PETANG
4.00 - 6.00 ptg - LAWATAN LADANG CILI & ROCK MELON
BERSURAI

OBJEKTIF KURSUS :
  • MEMPERKENALKAN SISTEM TANAMAN SECARA FERTIGASI
  • MEMAHAMI ASPEK PENGURUSAN LADANG, PEMBAJAAN DAN KAWALAN PENYAKIT.
  • MENUMPUKAN KEPADA PENYEDIAAN DIRI UNTUK MENJALANKAN PROJEK FERTIGASI
PELAKSANAAN KURSUS:
  • NOTA DISEDIAKAN
  • PENERANGAN DIBERIKAN SECARA TEORI & PRAKTIKAL
  • PENUMPUAN LEBIH KEPADA PERMASALAHAN DAN PENYELESAIAN DALAM MENJALANKAN PROJEK FERTIGASI.
  • SIJIL DISEDIAKAN
UNTUK PENDAFTARAN, SILA HUBUNGI:-
EN RUHIZAL NAZMAN ALIAS
019-6934451

EN SYED - PPK GOMBAK & PETALING
012-2377958

*PEMBAYARAN YURAN PERLU DIJELASKAN SEBELUM 28 NOVEMBER 2008 KE
NIA AGROTECH (MAYBANK/MBB: 5127 5430 6712) DAN SIMPAN RESIT PEMBAYARAN UNTUK RUJUKAN PENDAFTARAN.

Jumaat, 24 Oktober 2008

Survey Kursus Fertigasi...

Saya memerlukan maklum balas daripada semua bloggers and individu or company tentang keperluan untuk mengadakan kursus sistem fertigasi.
Antara maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut:-
  1. Jangkamasa kursus
  2. Yuran Kursus
  3. Input kursus i.e Sistem asas peralatan dan pemasangan/ Cara penjagaan pokok/ Pembajaan dan formula/ Kawalan Penyakit dan Serangga Perosak/ Pengurusan Ladang/ Pemasaran/ RPH dsbg
Maklumat ini perlu untuk saya mengadakan persiapan sekiranya saya ingin mengadakan kursus Fertigasi ini supaya apa saja maklumat yang akan diberi kepada peserta bertepatan dengan kehendak dan keperluan mereka. Tidak ada gunanya mengadakan kursus sekiranya para peserta pulang tetapi masih belum tahu tentang apa yang dipelajarinya disebabkan maklumat yang diperlukan tak sampai.

Ramai yang berminat untuk membuat penanaman menggunakan sistem fertigasi sama ada untuk hobi atau pun perniagaan cuma kadang kala maklumat yang sedikit dan sebenar tak sampai menyebabkan kegagalan projek seperti ini. Lantas, kegagalan ini dilihat sebagai satu pembaziran dan propaganda yang mengatakan bahawa projek seperti ini tidak berdaya maju. Sekiranya ia dijalankan secara sistematik, saya pasti akan berjaya namun modifikasi yang keterlaluan atau maklumat terutama dari segi pembajaan dan penjagaan yang kurang akan menyebabkan pokok ditanam mengalami pelbagai masalah.

Harap saya akan mendapat maklum balas yang sesuai dari semua pihak...

Harga Elemen Baja pada 14 Oktober 2008 (Fertitrade)

Kalsium Nitrat ( 25kg) - RM85.00
Pottassium Nitrat (25kg) - RM170.00
MKP (25kg) - RM355.00
SOP (25kg) - RM155.00
MgSo4 (25kg) - RM35.00

Fe-Lo (EDTA) 1 kg - RM46.00
Mn 1kg - RM46.00
Zn 1kg - RM46.00
Hi-Bor 1 kg - RM18.00
Cu 1kg - RM48.00
Ammonium Molibdate 250g - RM200.00

Harga untuk 10 stok 200 liter dengan bancuhan sendiri menggunakan formula baja asas sekarang menelan belanja hampir RM5000.00. Tetapi hanya pada peringkat permulaan sahaja, untuk bancuhan seterusnya, kos akan menjadi lebih rendah sedikit disebabkan ada di antara elemen yang digunakan ini mampu bertahan sehingga 100 kali stok...itupun mengikut sukatan dan formula yang saya gunakan.

Khamis, 23 Oktober 2008

Ladang Baru untuk Cili





Perancangan untuk membuka satu lagi ladang sudah lama dibuat namun ini bergantung kepada kemampuan untuk mengeluarkan modal. Namun peluang telah diberikan lebih awal daripada yang dijangka, akhirnya kerja-kerja pembukaan ladang baru telah pun berjalan pada bulan Ogos 2008 di Lot 14565, Km 27, Sg Plong, Sg Buloh (Belakang pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan Gombak/Petaling) seluas 2 ekar.

Kerja-kerja earthwork telah pun dilakukan dalam tempoh tersebut dan hampir seekar telah siap dengan susunan polibeg dan lapikan silvershine, cuma sekarang nie menunggu masa untuk memasukkan sistem fertigasi. Telaga tiub telah dibuat cuma pam sahaja yang masih belum masuk...dijangka kerja-kerja penanaman akan dilakukan dalam masa 2 minggu dari sekarang.

Ladang ini akan menempatkan hampir 9,000 beg cili dan penanaman dilakukan secara berperingkat. Usaha ini dapat dilakukan atas sebab ladang di Merbau Sempak akan menumpukan sepenuhnya kepada pengeluaran 'Rock Melon' di samping untuk meneruskan hubungan dengan pelanggan-pelanggan tetap untuk cili merah.


Ladang ini masih belum dibuka untuk kunjungan atas sebab kerja-kerja yang sedang dilakukan. Mungkin sesuai untuk dijadikan ladang latihan sementara di sebabkan kerja-kerja awal ini melibatkan semua aspek.

Doakan semoga berjaya, dari aspek kemajuan dan kewangan.