Proses pembangunan sebuah ladang fertigasi memerlukan perancangan dan kajian yang teliti. Namun masih terdapat beberapa faktor yang perlu diambilkira semasa proses pembangunan itu sendiri.
Sebagai contoh, sebaik saja urusan pengambilalihan tanah atau proses sewaan selesai sama ada dengan tuan tanah atau kerajaan, maka akan bermulalah kerja-kerja pembersihan tanah dan infrastruktur. Seringkali kita dikelirukan dengan keadaan tanah yang masih belum diterokai, sebagai contohnya dalam geran tanah dinyatakan keluasan sebenar tanah namun hakikatnya, keluasan sebenar kawasan tersebut hanya dapat diukur selepas kerja-kerja pembersihan tanah dijalankan. Bagi yang berkemampuan, boleh mendapatkan khidmat juru ukur tanah yang bertauliah untuk mendapatkan batu sempadan, keluasan sebenar dan struktur muka bumi tanah tersebut, tetapi dalam perancangan pembukaan tanah baru-baru ini, kos juruukur tanah agak tinggi bagi saya, di antara RM5,000 - RM6000 untuk kerja-kerja tersebut. Alternatifnya, kita boleh buat anggaran keluasan dan kerja-kerja ukur tanah boleh dijalankan sendiri selepas tanah dibersihkan, asalkan kita tahu di mana sempadan tanah yang akan kita usahakan.
Kerja-kerja pembersihan tanah boleh dijalankan dengan cara 'Lump Sum Contract' dengan kontraktor atau pun dengan cara sewaan jentera secara harian. Pada peringkat awal pembukaan ladang saya di Merbau Sempak, kaedah pertama telah saya gunakan namun hasilnya kurang memberangsangkan. Untuk proses penebangan pokok cempedak sebanyak 30 batang, jalan masuk tanah merah dan levelling seluas 60' x 100', upah kerjanya sahaja sudah mencapai RM3000. Kaedah kedua digunapakai, dengan kos yang sama saya mampu membersihkan kawasan seekar dengan levellingnya sekali. Lesson learnt, they said...
Proses seterusnya adalah penyediaan infrastruktur ladang. Dalam sesebuah ladang fertigasi, terdapat beberapa struktur bangunan yang diperlukan seperti Rumah Tangki, Rumah Pam, Nurseri, Rumah Pekerja, Stor dan Tandas. Selain itu, pembinaan pagar di sekitar kawasan ladang juga perlu bergantung kepada keadaan dan kedudukan tanah atau ladang yang diusahakan.
Walaupun dilihat seperti banyak sangat keperluan infrastruktur ini, namun pembinaannya dan susunaturnya bergantung kepada kreativiti sendiri asalkan struktur tersebut tidak hilang kegunaannya. Sebagai contoh, pembinaan rumah tangki boleh disatukan dengan stor dan rumah pekerja dan nurseri pula boleh dibuat di bawah RPH sekiranya terdapat RPH di ladang.
Namun begitu, isu yang hendak saya bincangkan disini adalah mengenai perancangan kos infrastruktur ini. Bagi yang biasa dalam bidang pembinaan, mungkin anggaran kos dan kemahiran binaan struktur ini tidak menjadi masalah namun bagi yang amatur, agak sukar mengagak dari segi kos bahan mentah dan kos upah. Melalui pengalaman saya baru-baru ini, anggaran yang saya buat untuk kerja-kerja memasang batu bata dan melepa simen untuk pondok seluas 10 x 10' adalah sekitar RM3000 (agak tinggi bagi saya) namun apabila telah siap, kos upahnya sahaja sudah RM2500 dan bahan binaannya pula di sekitar RM1000. Atas kesedaran ini, saya cuba mengubah strategi daripada membayar 'lump sum contract' kepada kontraktor kepada bayaran upah harian untuk pembinaan struktur bumbung keluasan 40 x 40' dengan anggaran upah RM3000 sehingga siap dan anggaran keseluruhan RM10,000 untuk kos bahan dan upah bagi dua struktur iaitu rumah pekerja dan rumah pam. Namun dengan kenaikan harga bahan binaan dan kos upah yang tinggi, walaupun dibayar dan dijaga secara harian, kos pembinaan ini melebihi anggaran awal saya menyebabkan langkah-langkah pengurangan atau penjimatan pada kos-kos yang lain perlu diambil kira. Hmm..akhirnya semua infrastruktur ini telah selesai walaupun perlu di 'touch-up' serba sikit tetapi berdasarkan pengalaman ini, kerja-kerja binaan seperti ini amat memenatkan mental dan fizikal apabila terpaksa berurusan dengan kontraktor, pekerja buruh dan ragamnya. Kesabaran yang tinggi diperlukan walaupun hasil yang diharapkan masih belum dapat ditanam lagi...
Satu lagi isu yang penting dibincangkan adalah penyediaan utiliti iaitu sumber air dan sumber elektrik. Satu pengalaman yang penuh pelbagai kerenah dan memerlukan jalan penyelesaian yang terbaik. Sumber Air adalah penting untuk membuka sebuah ladang fertigasi dan faktor utama yang perlu diambilkira sebelum memilih tapak ladang. Pengalaman saya baru-baru ini ingin saya konsi bersama. Dalam proses penyediaan ladang, di tapak ladang saya ini mempunyai sebuah kolam takungan air yang dalamnya sekitar 20' / 6m serta mempunyai ikan talipia. Terdapat dua isu yang timbul iaitu keperluan air bersih untuk kegunaan domestik seperti air mandian dan air bersih untuk kegunaan pekerja, dan keduanya, air yang akan digunakan untuk sistem pangairan tumbuhan.
Isu pertama : terdapat beberapa pilihan iaitu menggunakan air SYABAS, mengorek telaga tiub (tube Well) atau melakukan tapisan air kolam. Pilihan pertama agak sukar direalisasikan disebabkan kedudukan rumah pekerja yang jauh dari paip utama SYABAS, sekiranya diteruskan juga akan berlaku peningkatan kos serta tekanan air yang rendah. Pilihan kedua, setelah membelanjakan RM700 hanya untuk mencari sumber air bumi, akhirnya masih gagal menemui mata air yang sesuai serta mampu menjamin kuantiti air yang mencukupi untuk kedua-dua kegunaan ini. Satu fakta yang menarik perhatian saya apabila kontraktor tube well yang ditugaskan mencari sumber air ini menyatakan bahawa sesungguhnya tidak ada ladang fertigasi yang berjaya sekiranya menggunakan air kolam, mesti menggunakan air dari tube well dan perkara yang sama akan terjadi di ladang saya nanti. (may be dia frust because he just received the deposit RM700 instead of RM3800 after we decline to use his tube well due to uncertainty of quantity and quality of the water.) Jadi saya mengambil penyataan ini sebagai satu cabaran lantas kami melakukan pilihan yang ketiga iaitu menggunakan ultra filter untuk menapis air kolam sehingga bersih dan boleh digunakan untuk kegunaan domestik. Kosnya pula adalah kurang daripada menggunakan tube well.
Isu kedua: untuk sumber air pengairan tumbuhan pula, sudah pastinya air kolam ini menjadi pilihan utama namun penapisan perlu dilakukan dengan menggunakan penapis air luaran (outdoor filter) yang dipasang dengan cara yang betul. Satu kelegaan pada saya apabila isu ini dapat diselesaikan. Namun begitu, masih terdapat isu yang lain timbul dalam penyediaan sumber elektrik.
Haha...satu perkara yang pada mulanya dipandang remeh bagi saya akhirnya membawa kepada isu yang lebih besar dan membebankan. Sepatutnya kerja-kerja pemasangan meter elektrik dari TNB adalah satu perkara yang mudah apabila saya membayar kontraktor pemasangan TNB dengan harga RM4500 untuk mendapatkan sumber elektrik dan sepatutnya kerja-kerja pemasangannya juga tidak mengambil masa yang lama. Namun sebaliknya berlaku apabila isu polisi TNB mengenai pemasangan tiang elektrik di dalam kawasan tanah peribadi timbul. Mengikut kenyataan daripada pengurus kawasan TNB Rawang, TNB tidak mempunyai hak untuk meletakkan tiang elektriknya di dalam kawasan tanah individu dan hanya boleh memasang meter elektrik di luar kawasan manakala adalah manjadi tanggungjawab tuan tanah untuk menyediakan tiang serta kabel elektrik daripada tiang utama TNB. Mengikut anggaran kontraktor pada awalnya, kawasan saya memerlukan 9 tiang elektrik untuk sampai ke rumah pekerja dan setelah ditolak dengan 3 tiang percuma yang disediakan oleh TNB, maka hanya memerlukan kos untuk 6 tiang sahaja. Tetapi disebabkan polisi ini, pihak saya terpaksa memasang tiang sendiri (hanya menggunakan tiang konkrit 10') sebanyak 30 tiang untuk sampai ke Distribution Board yang berada di Rumah pekerja, maka kos tambahan terpaksa dikeluarkan. Kemudian timbul pula satu masalah yang lain apabila tiang utama yang dipasang dengan 'meter board' TNB ini adalah kepunyaan individu atau jiran kami yang sebelum ini menanggung kos pemasangan tian TNB ke rumahnya dengan kos RM6000. Dalam erti kata lain, sekiranya kami ingin menggunakan tiang yang sama, maka kami perlu berkongsi kos dengan jiran ini dengan membayar separuh daripada kos yang dikeluarkan oleh jiran kami walaupun pemasangan tiang di rumahnya telah dilakukan sejak lama dahulu. Apabila perkara ini dirujuk kepada pengurusan TNB, tidak ada apa yang boleh TNB lakukan dan di luar bidang kuasa. Hmm, satu alasan yang tidak boleh diterima tetapi untuk tidak mahu memanjangkan cerita, maka langkah seterusnya iaitu menggunakan tiang utama yang lebih jauh daripada tiang sebenar terpaksa dilakukan dan sudah pasti, meningkatkan kos akan berlaku lagi. Selain itu, pihak kami juga terpaksa membeli generator semata-mata untuk memastikan kerja-kerja persiapan ladang terus dilakukan walaupun kelewatan untuk mendapat sumber elektrik.
Untuk membuka sebuah ladang bukan hanya perlu bijak menanam tetapi perlu tahu tentang penyediaan dan permasalahanya juga. Isu-isu seperti ini berkemungkinan akan timbul di tempat lain dan sudah pasti kita perlu lebih kreatif dalam menanganinya. Bagi saya, sekiranya berlaku peningkatan kos dalam peringkat penyediaan ini, maka langkah-langakah yang sewajar perlu diambil dalam mengurangkan perbelanjaan lain namun jangan sampai mengabaikan keperluan sebenar tanaman. Atau pun jika dilihat dalam sudut yang lain, penumpuan yang lebih perlu dilakukan dalam memastikan hasil yang bakal dikeluarkan nanti akan menjadi lebih tinggi daripada anggaran awal agar dapat menampung peningkatan kos modal ini. Insya allah, penyediaan ladang menjadikan kita lebih peka dan kreatif dalam menyelesaikan masalah dan sudah pasti, bagi yag muslim..jangan abaikan solat dan sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar dipermudahkan jalan dan dikurniakan hasil yang berlipat kali ganda..Insya Allah.