Sabtu, 8 Oktober 2011

Melangkah ke Sabah...

Dalam usaha untuk membanntu usahawan tani di Malaysia, Nia Agrotech telah melangkah kaki ke Negeri Sabah untuk memberi panduan dan berkongsi pengalaman dengan usahawan di sana. Terdapat dua ladang yang sedang beroperasi dan dibangunkan di sekitar Penampang di bawah kelolaan Mr Alvis, usahawan tani di Sabah. Pihak Nia Agrotech berkesempatan untuk melawat dan memberi panduan tentang isu-isu penjagaan tanaman, pembangunan dan pengurusan ladang dan pembajaan serta sistem fertigasi yang perlu dilakukan untuk memajukan ladang yang sedang diusahakan.

Ladang di Kg Terawi...
Ladang ini diusahakan dengan tanaman cili padi sejak setahun yang lalu dan telah mengeluarkan hasil. Namun dalam proses pengembangan ladang, Nia Agrotech melihat bahawa ladang ini mampu dijadikan satu platform untuk memperkenalkan sistem fertigasi dan jenis-jenis tanaman yang boleh ditanam dengan menggunakan sistem ini. Maka telah dilaksanakan projek mini fertigasi yang melibatkan hampir 500 beg untuk tanaman timun susu, peria dan petola di dalam kawasan yang sama. Kerja-kerja pembangunan dan 'set-up' sedang dijalankan oleh Mr Tommy Wong.




Kerja-kerja persediaan telah hampir selesai dan dalam proses semaian biji benih menggunakan kaedah 'direct seeding'/ tanam terus ke dalam polibeg. Dijangkakan sebanyak 1000 pokok dapat ditanam dan dijangkakan akan mengeluarkan hasil pertama dalam tempoh sebulan dari sekarang.

Ladang Putaton...

Ladang di Putaton adalah ladang baru yang berkeluasan hampir 2.5 ekar dan kerja-kerja pembinaan dan persiapan infrastruktur sedang dijalankan. Pembinaan dan kerja-kerja tanah agak terganggu disebabkan cuaca yang kurang mengizinkan. Hujan yang turun telah melambatkan kerja-kerja tanah dan pembinaan rumah tangki dan Quarters pekerja. Namun persiapan dari aspek bahan input telah bersedia dan hanya menunggu masa untuk dipasang di tapak ladang.






Rabu, 5 Oktober 2011

KURSUS TANAMAN SECARA FERTIGASI SIRI 09/2011

KURSUS TANAMAN SECARA FERTIGASI SIRI 09/2011
 
TARIKH : 12 NOVEMBER 2011 (SABTU)

TEMPAT : PERTUBUHAN PELADANG KAW. GOMBAK DAN PETALING, SG BULOH

ANJURAN : NIA AGROTECH

YURAN/FEES : RM 200.00


TENTATIF PROGRAM:
9.00 pg - PENGENALAN/ASAS SISTEM FERTIGASI
10.00 pg - PENGURUSAN TANAMAN -SEMAIAN/MEDIUM/INFRASTRUKTUR
11.00 pg - MINUM PAGI
11.30 pg - PEMBAJAAN -PENGENALAN/ FUNGSI/ FORMULA/
CARA PENYEDIAAN STOK BAJA
1.00ptg - MAKAN TENGAH HARI
2.00ptg - KAWALAN PENYAKIT & SERANGGA
3.30ptg - MINUM PETANG
4.00ptg - LAWATAN LADANG CILI & ROCK MELON
6.00 ptg - BERSURAI

OBJEKTIF KURSUS :
  • MEMPERKENALKAN SISTEM TANAMAN SECARA FERTIGASI
  • MEMAHAMI ASPEK PENGURUSAN LADANG, PEMBAJAAN DAN KAWALAN PENYAKIT.
  • MENUMPUKAN KEPADA PENYEDIAAN DIRI UNTUK MENJALANKAN PROJEK FERTIGASI
PELAKSANAAN KURSUS:
  • NOTA DISEDIAKAN
  • PENERANGAN DIBERIKAN SECARA TEORI & PRAKTIKAL
  • PENUMPUAN LEBIH KEPADA PERMASALAHAN DAN PENYELESAIAN DALAM MENJALANKAN PROJEK FERTIGASI.
UNTUK PENDAFTARAN, SILA HUBUNGI:-

EN RUHIZAL NAZMAN ALIAS
019-6934451
ruhizal@gmail.com

*PEMBAYARAN YURAN PERLU DIJELASKAN SEBELUM 10 NOVEMBER 2011 KE AKAUN
RUHIZAL NAZMAN ALIAS (MAYBANK:-1643 9793 1412) DAN SIMPAN RESIT PEMBAYARAN UNTUK RUJUKAN PENDAFTARAN.

SILA EMAILKAN MAKLUMAT PERIBADI TERMASUK NAMA, ALAMAT, NO KP DAN NO TEL UNTUK RUJUKAN PIHAK KAMI

PAKAIAN :- BERSESUAIAN