Isnin, 26 Oktober 2009

PROJEK PEMASANGAN SISTEM FERTIGASI DI KM 20, HULU LANGAT, SELANGOR

Nia Agrotech telah menjalankan kerja-kerja pemasangan sistem fertigasi untuk 4,000 beg cili untuk Syarikat AgriSyarry di KM20, Hulu Langat, Selangor. Kerja-kerja pemasangan bermula pada 18hb Oktober dan siap pada 25hb Oktober 2009. Kerja-kerja pemasangan ini termasuk menyiapkan silvershine, susunan bata dan polibeg, pemasangan tangki dan pengairan serta pindahan anak benih ke polibeg.
Kerja-kerja ini dibantu oleh 3 orang pelajar dari Institut Skill-Tech Melaka yang menjalankan latihan selama 2 bulan bersama Syarikat Nia Agrotech.
Proses pemasangan ini dimulakan dengan penghantaran 'cocopeat' dan kerja-kerja mengisi polibeg yang dilakukan oleh pekerja tempatan yang ditanggung oleh pihak syarikat diikuti dengan pemasangan 'main pipe' dari sumber air SYABAS mengikut kehendak pelanggan. Kemudian pemasangan silvershine dan susunan bata serta polibeg dilakukan sebelum pemasangan pengairan fertigasi dipasang.Proses pindahan anak benih akan dilakukan dalam masa 2 minggu dari masa sekarang.
Masalah utama yang dihadapi oleh kami adalah berhadapan dengan keadaan cuaca yang hujan lebat dan ribut petir menyebabkan tapak projek basah dan berlumpur disebabkan sistem perparitan yang masih belum sempurna di tapak dan di sekitar tapak projek. Difahamkan pihak Syarikat AgriSyarry akan menjalankan kerja-kerja pembinaan longkang di sekitar kawasan kebun sebaik sahaja proses pemasangan selesai dan ini akan menyelesaikan masalah banjir dan lopak air di dalam tapak projek.
Diharapkan projek ini akan mendatangkan keuntungan kepada pihak Syarikat AgriSyarry sebagaimana yang diharapkan dan semoga maju jaya dalam bidang pertanian moden ini. Sebagaimana yang dijanjikan, pihak Nia Agrotech akan memantau perkembangan projek ini untuk jangkamasa 6 bulan bagi memastikan segala perancangan dan pelaksanaan projek berjalan lancar.