Jumaat, 29 Mei 2009

PERUNTUKAN KERAJAAN : REALITI DAN FANTASI...PART TWO..

CERITA TENTANG JABATAN PERTANIAN....

Seingat saya, pada 26 Disember 2007 satu kertas kerja cadangan memohon peruntukan Jabatan Pertanian sebanyak RM260,000.00 telah dihantar melalui Jabatan Pertanian Daerah Gombak untuk dimajukan kepada pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Putrajaya. Diberitahu kepada saya bahawa peruntukan untuk menjalankan penanaman cili secara fertigasi pada masa itu adalah RM750,000.00/ekar berdasarkan kepada model yang dikeluarkan oleh MARDI dengan menggunakan Rumah Pelindung Hujan (RPH). berdasarkan pengiraan kos pembinaan dan pembekalan barangan pada masa itu, 3 ekar dapat memuatkan 13 buah RPH dengan nilai RM182,000 berserta sistem pengairan yang bernilai RM78,000.00. Bagi saya, peruntukan yang diminta ini akan mampu menambahkan pengeluar cili dari ladang hingga 80% daripada apa yang dikeluarkan pada masa itu dan ini merupakan satu projek pengembangan kepada projek yang sedia ada. Harapan tinggi diletakkan kepada permohonan ini apabila diberitahu bahawa nilai yang diminta ini dibawah peruntukan sebenarnya dan dengan kerjasama pegawai Pertanian Daerah, peruntukan ini akan dinaikkan nilainya kepada RM370,000.00 so at least, kalau diluluskan RM100,000.00 pun, saya dah mampu untuk mengembangkan projek ini..at least! Diberitahu juga, permohonan ini akan dikemukakan untuk permohonan belanjawan pada 2008 dan dijangka kalau nak dapat pun, paling cepat pertengahan tahun 2008, so tak pa, saya mampu tunggu...duit orang nak bagi kan...so tunggu ajelah...
So menjelang tahun 2008, dalam bulan Februari, berita mengenai status permohonan ini masih tak jelas namun ada informasi yang mengatakan bahawa peruntukan ini telah pun di bawa ke mesyuarat di peringkat negeri yang meluluskan hanya RM140,000.00 sahaja daripada RM370,000.00 seperti yang dipohon dan hanya menanti kelulusan pihak persekutuan untuk mendapatkan kata putus...Alhamdullillah, at least ada juga pihak yang prihatin dengan permasalahan petani seperti saya nie dan mahu menghulurkan bantuan,..RM140,000.00 pun dah cukup untuk saya dalam mengembangkan projek ini, apa nak bising kan,..duit orang nak bagi untuk projek, tak perlu saya nak susah-susah hati lagi mencari sumber kewangan yang lain sebab projek perlu dikembangkan jika saya mahu terus bertahan dalam industri ini. Berdasarkan pada peningkatan harga barangan input pertanian pada masa itu, bantuan seperti ini amat diharapkan untuk menampung peningkatan kos pengeluaran/kg dan pengembangan projek dalam skala yang termampu....saya tunggu lagi....memang kalau diikutkan dasar kerajaan, peruntukan ini bukannya dalam bentuk wang tunai tetapi dalam bentuk pembekalan barangan input...tak kisah, tak dapat duit tapi dapat barang pun okay sebab harga barangan input naik menggila-gila hampir 150%....KALAULAH dapat barangan input dan dapat kembangkan projek pada masa tu, dah tentu saya mampu memastikan pengeluaran cili setiap masa....
MAC 2008, satu bulan yang terpenting buat negara. Pilihanraya Umum telah diadakan dan keputusannya telah banyak mengubah arah dan dasar kerajaan terutamanya berkaitan dengan peruntukan yang akan diturunkan kepada negeri-negeri yang terlibat. kesinambungan daripada perkembangan ini, hasrat untuk dapat peruntukan yang dipohon nampak semakinpudar dan boleh dianggap hilang begitu sahaja. Sehingga kini, memang tidak ada 'follow-up' dibuat oleh pihak saya mahupun oleh pihak jabatan pertanian mengenai peruntukan itu dan bagi saya, biarlah tinggal kenangan jer..mungkin saya belum bersedia kut atau kurang layak untuk mendapatkan peruntukan.
TETAPI, pujian harus diberikan kepada kakitangan Jabatan Pertanian Daerah Gombak termasuk Pengarah Pertanian Daerah EN Emi Faisal, En Asmi dan pegawai pertanian, Cik Yanti yang selama ini tak pernah jemu menyalurkan maklumat tentang peluaung-peluang perniagaan dan geran-geran kerajaan 'personally' kepada saya dan berkat usaha serta kerjasama pegawai-pegawai ini, insyaallah, minggu depan, salah satu bantuan yang boleh dikira bantuan pertama kepada saya akan diberikan. Alhamdullillah....dapat juga saya tangki air, baja dan power spray yang memang amat diperlukan pada masa sekarang...terima kasih atas kerjasama semua pihak.
SO dalam hal ini, realiti atau fantasi bergantung kepada tafsiran masing-masing tetapi bagi saya
ini suatu realiti yang perlu ditempuh dan memerlukan kesabaran yang tinggi serta 'survival' skil agar kita mampu bertahan dalam bidang pertanian. Kita perlu mengubah persepsi bahawa petani melayu ini hanya bergantung kepada subsidi kerana persepsi ini yang telah membuatkan petani-petani melayu yang betul-betul serious jauh ketinggalan dari segi teknologi dan kewangan lantas menjadi layu dan 'gagal'....habis part nie, kita akan lihat pula bagaimana pihak Lembaga Pertubuhan Peladang dan Pertubuhan Peladang kaw. Gombak/Petaling memainkan peranan dalam membantu para peladang etrutamanya di sekitar selangor....panjang dan menarik gak cerita nie..hehehee...

Sabtu, 2 Mei 2009

PERUNTUKAN KERAJAAN : REALITI DAN FANTASI...PART ONE..

CERITA INI BERMULA SATU MASA DAHULU....Dalam kehangatan kerajaan menggalakkan orang melayu dan bumiputera menceburi bidang perniagaan dengan slogan 'Pertanian adalah satu Perniagaan', banyak peruntukan yang diturunkan oleh pihak kerajaan untuk membantu para usahawan tani ini bertapak dan berkembang dalam bidang pertanian. Setiap kali belanjawan negara dibentangkan di Parlimen, pasti ada peruntukan tambahan untuk projek-projek pertanian yang berdaya maju dan baru. Namun persoalannya, adakah pembahagian peruntukan atau bantuan atau pinjaman pertanian ini sampai ke golongan sasaran atau banyak yang 'tercicir' di tengah jalan?...
Tak perlu saya menjalankan analisis yang lebih luas, cuma apa yang terjadi pada diri saya sendiri walau pun boleh dianggap kes terpencil, sudah cukup untuk diceritakan kepada semua usahawan tani yang baru atau pun sedang bergiat aktif sekarang. Pada peringkat permulaan, Nia Agrotech bergerak atas modal sendiri, pinjam kawan-kawan dan 'investor' yang berminat, dengan modal permulaan RM100k. Kemudian dengan bantuan pinjaman Tekun Nasional, yang pada masa itu menawarkan pinjaman maksimum RM30k melalui skim Tekun Tani, saya diberi pinjaman RM15,000.00 dengan 12% interest per annum. Dengan modal yang ada serta kepakaran yang baru, maka saya mampu membuka sebuah ladang berkeluasan 1 ekar di Kampung Merbau Sempak, dengan mengusahakan cili secara fertigasi serta mampu mendirikan 6 buah Rumah Pelindung Hujan (RPH) setelah menghadiri kursus di Lojing, Gua Musang. Setelah hampir semusim beroperasi, bermulalah episod 'isu geran kerajaan dan pinjaman' ini apabila projek ini memberi 'impak' kepada Jabatan Pertanian Daerah Gombak serta Pertubuhan Peladang Kawasan Gombak dan Petaling....(bersambung)