Isnin, 26 Oktober 2009

PROJEK PEMASANGAN SISTEM FERTIGASI DI KM 20, HULU LANGAT, SELANGOR

Nia Agrotech telah menjalankan kerja-kerja pemasangan sistem fertigasi untuk 4,000 beg cili untuk Syarikat AgriSyarry di KM20, Hulu Langat, Selangor. Kerja-kerja pemasangan bermula pada 18hb Oktober dan siap pada 25hb Oktober 2009. Kerja-kerja pemasangan ini termasuk menyiapkan silvershine, susunan bata dan polibeg, pemasangan tangki dan pengairan serta pindahan anak benih ke polibeg.
Kerja-kerja ini dibantu oleh 3 orang pelajar dari Institut Skill-Tech Melaka yang menjalankan latihan selama 2 bulan bersama Syarikat Nia Agrotech.
Proses pemasangan ini dimulakan dengan penghantaran 'cocopeat' dan kerja-kerja mengisi polibeg yang dilakukan oleh pekerja tempatan yang ditanggung oleh pihak syarikat diikuti dengan pemasangan 'main pipe' dari sumber air SYABAS mengikut kehendak pelanggan. Kemudian pemasangan silvershine dan susunan bata serta polibeg dilakukan sebelum pemasangan pengairan fertigasi dipasang.Proses pindahan anak benih akan dilakukan dalam masa 2 minggu dari masa sekarang.
Masalah utama yang dihadapi oleh kami adalah berhadapan dengan keadaan cuaca yang hujan lebat dan ribut petir menyebabkan tapak projek basah dan berlumpur disebabkan sistem perparitan yang masih belum sempurna di tapak dan di sekitar tapak projek. Difahamkan pihak Syarikat AgriSyarry akan menjalankan kerja-kerja pembinaan longkang di sekitar kawasan kebun sebaik sahaja proses pemasangan selesai dan ini akan menyelesaikan masalah banjir dan lopak air di dalam tapak projek.
Diharapkan projek ini akan mendatangkan keuntungan kepada pihak Syarikat AgriSyarry sebagaimana yang diharapkan dan semoga maju jaya dalam bidang pertanian moden ini. Sebagaimana yang dijanjikan, pihak Nia Agrotech akan memantau perkembangan projek ini untuk jangkamasa 6 bulan bagi memastikan segala perancangan dan pelaksanaan projek berjalan lancar.

Jumaat, 21 Ogos 2009

HIGHLIGHTS FOR TODAY....PINJAMAN PERTANIAN

I JUST MET WITH AGROBANK OFFICER IN PERAK AND THEY VISITED MY NEW FARM HERE WHICH IN THE PROCESS OF EARTHWORK AND LEVELLING....IT'S REGARDING MY LOAN APPLICATION AMOUNTED RM500K FOR THE LAND....

AFTER 7 MONTHS PROCESSING THE LOAN, THIS IS THE RESULT UNTIL TODAY:-

" BANK AKAN LULUSKAN PINJAMAN SECEPAT MUNGKIN DENGAN SYARAT KITA ADA CAGARAN YANG SESUAI DENGAN JUMLAH YANG KITA POHON, CAGARAN BOLEH DALAM BENTUK HARTA, TANAH, RUMAH. SEKIRANYA TAK DE HARTA UNTUK DICAGARKAN, BOLEH BUAT SIMPANAN TETAP....TETAPI YANG MENARIKNYA KALAU NAK RM500K SEBAGAI PINJAMAN, KITA KENA SEDIAKAN RM500K JUGA SEBAGAI CAGARAN DALAM BENTUK SIMPANAN TETAP DI AGROBANK...

ISU YANG TIMBUL:-
1. Sekiranya dah ada rm500k, buat apa nak pinjam lagi dengan bank?

2. Let say, kita masukkan jugak rm500k sebagai fixed deposites, kita akan dapat flat rate for interest, katakan 2% but yang untungnya tetap bank, dah la duit FD kita dia boleh guna untuk melabur pas tu kita pulak kena bayar lagi interest kepada bank...berniaga apa macam nie?

3. Kertas kerja yang dibuat dan dihantar ke bank tak punyai apa-apa makna sekiranya pertimbangan in diambilkira untuk luluskan loan, baik kita bagi jer kad pengenalan then bukak akaun simpanan tetap rm500k, mesti boleh dapat punya pinjaman rm500k...lagi senang, kertas dengan dakwat pun saved!

4. Kalau takut menanggung risiko pembayaran balik pinjaman kepada bank, kenapa diwar-warkan bahawa "Kerajaan telah menyediakan dana 300 juta kepada bank untuk membantu usahawan tani di malaysia atau,......
Dana kerajaan yang diletakkan kepada bank yang bernilai jutaan ringgit masih ada tetapi tidak dapat diberikan kerana tiada orang yang berminat untuk memohon atau,....
Rakyat Malaysia terutamanya orang melayu tidak berminat menceburkan diri dalam bidang pertanian atau,...
Graduan Banyak Mengganggur" ....

Adakah ini dikatakan membela nasib petani melayu/bumiputera....atau
Dasar kapitalisme yang yang membuatkan orang kaya semakin kaya dan orang miskin terus miskin.....

PERTIMBANGKANLAH......

Rabu, 22 Julai 2009

PERUNTUKAN KERAJAAN : REALITI DAN FANTASI...PART THREE

Cerita tentang LPP dan PPK Gombak/Petaling....

Satu kertas kerja telah dihantar kepada PPK Gombak/Petaling pada 17hb Disember 2007, memohon peruntukan untuk menjalankan projek fertigasi seluas 2 ekar / 10,000 beg di tanah kepunyaan LPP iaitu di belakang pejabat PPK Gombak/Petaling. Permohonan ini disertakan sekali dengan surat permohonan untuk menyewa tanah tersebut yang telah lama terbiar. Jumlah yang dipohon di sekitar RM101,650.00 dan diserahkan kepada Pegawai Bahagian Pembangunan Usahawan, En Azahari.
PERKEMBANGANNYA, permohonan untuk menyewa tanah LPP telah pun diluluskan setelah pihak PPKGP membuat pertimbangan bahawa projek Tanaman Cili Secara Fertigasi ini berdaya maju dan boleh dikembangkan ke peringkat yang lebih luas. BERSAMBUNG LAGI...

Jumaat, 29 Mei 2009

PERUNTUKAN KERAJAAN : REALITI DAN FANTASI...PART TWO..

CERITA TENTANG JABATAN PERTANIAN....

Seingat saya, pada 26 Disember 2007 satu kertas kerja cadangan memohon peruntukan Jabatan Pertanian sebanyak RM260,000.00 telah dihantar melalui Jabatan Pertanian Daerah Gombak untuk dimajukan kepada pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Putrajaya. Diberitahu kepada saya bahawa peruntukan untuk menjalankan penanaman cili secara fertigasi pada masa itu adalah RM750,000.00/ekar berdasarkan kepada model yang dikeluarkan oleh MARDI dengan menggunakan Rumah Pelindung Hujan (RPH). berdasarkan pengiraan kos pembinaan dan pembekalan barangan pada masa itu, 3 ekar dapat memuatkan 13 buah RPH dengan nilai RM182,000 berserta sistem pengairan yang bernilai RM78,000.00. Bagi saya, peruntukan yang diminta ini akan mampu menambahkan pengeluar cili dari ladang hingga 80% daripada apa yang dikeluarkan pada masa itu dan ini merupakan satu projek pengembangan kepada projek yang sedia ada. Harapan tinggi diletakkan kepada permohonan ini apabila diberitahu bahawa nilai yang diminta ini dibawah peruntukan sebenarnya dan dengan kerjasama pegawai Pertanian Daerah, peruntukan ini akan dinaikkan nilainya kepada RM370,000.00 so at least, kalau diluluskan RM100,000.00 pun, saya dah mampu untuk mengembangkan projek ini..at least! Diberitahu juga, permohonan ini akan dikemukakan untuk permohonan belanjawan pada 2008 dan dijangka kalau nak dapat pun, paling cepat pertengahan tahun 2008, so tak pa, saya mampu tunggu...duit orang nak bagi kan...so tunggu ajelah...
So menjelang tahun 2008, dalam bulan Februari, berita mengenai status permohonan ini masih tak jelas namun ada informasi yang mengatakan bahawa peruntukan ini telah pun di bawa ke mesyuarat di peringkat negeri yang meluluskan hanya RM140,000.00 sahaja daripada RM370,000.00 seperti yang dipohon dan hanya menanti kelulusan pihak persekutuan untuk mendapatkan kata putus...Alhamdullillah, at least ada juga pihak yang prihatin dengan permasalahan petani seperti saya nie dan mahu menghulurkan bantuan,..RM140,000.00 pun dah cukup untuk saya dalam mengembangkan projek ini, apa nak bising kan,..duit orang nak bagi untuk projek, tak perlu saya nak susah-susah hati lagi mencari sumber kewangan yang lain sebab projek perlu dikembangkan jika saya mahu terus bertahan dalam industri ini. Berdasarkan pada peningkatan harga barangan input pertanian pada masa itu, bantuan seperti ini amat diharapkan untuk menampung peningkatan kos pengeluaran/kg dan pengembangan projek dalam skala yang termampu....saya tunggu lagi....memang kalau diikutkan dasar kerajaan, peruntukan ini bukannya dalam bentuk wang tunai tetapi dalam bentuk pembekalan barangan input...tak kisah, tak dapat duit tapi dapat barang pun okay sebab harga barangan input naik menggila-gila hampir 150%....KALAULAH dapat barangan input dan dapat kembangkan projek pada masa tu, dah tentu saya mampu memastikan pengeluaran cili setiap masa....
MAC 2008, satu bulan yang terpenting buat negara. Pilihanraya Umum telah diadakan dan keputusannya telah banyak mengubah arah dan dasar kerajaan terutamanya berkaitan dengan peruntukan yang akan diturunkan kepada negeri-negeri yang terlibat. kesinambungan daripada perkembangan ini, hasrat untuk dapat peruntukan yang dipohon nampak semakinpudar dan boleh dianggap hilang begitu sahaja. Sehingga kini, memang tidak ada 'follow-up' dibuat oleh pihak saya mahupun oleh pihak jabatan pertanian mengenai peruntukan itu dan bagi saya, biarlah tinggal kenangan jer..mungkin saya belum bersedia kut atau kurang layak untuk mendapatkan peruntukan.
TETAPI, pujian harus diberikan kepada kakitangan Jabatan Pertanian Daerah Gombak termasuk Pengarah Pertanian Daerah EN Emi Faisal, En Asmi dan pegawai pertanian, Cik Yanti yang selama ini tak pernah jemu menyalurkan maklumat tentang peluaung-peluang perniagaan dan geran-geran kerajaan 'personally' kepada saya dan berkat usaha serta kerjasama pegawai-pegawai ini, insyaallah, minggu depan, salah satu bantuan yang boleh dikira bantuan pertama kepada saya akan diberikan. Alhamdullillah....dapat juga saya tangki air, baja dan power spray yang memang amat diperlukan pada masa sekarang...terima kasih atas kerjasama semua pihak.
SO dalam hal ini, realiti atau fantasi bergantung kepada tafsiran masing-masing tetapi bagi saya
ini suatu realiti yang perlu ditempuh dan memerlukan kesabaran yang tinggi serta 'survival' skil agar kita mampu bertahan dalam bidang pertanian. Kita perlu mengubah persepsi bahawa petani melayu ini hanya bergantung kepada subsidi kerana persepsi ini yang telah membuatkan petani-petani melayu yang betul-betul serious jauh ketinggalan dari segi teknologi dan kewangan lantas menjadi layu dan 'gagal'....habis part nie, kita akan lihat pula bagaimana pihak Lembaga Pertubuhan Peladang dan Pertubuhan Peladang kaw. Gombak/Petaling memainkan peranan dalam membantu para peladang etrutamanya di sekitar selangor....panjang dan menarik gak cerita nie..hehehee...

Sabtu, 2 Mei 2009

PERUNTUKAN KERAJAAN : REALITI DAN FANTASI...PART ONE..

CERITA INI BERMULA SATU MASA DAHULU....Dalam kehangatan kerajaan menggalakkan orang melayu dan bumiputera menceburi bidang perniagaan dengan slogan 'Pertanian adalah satu Perniagaan', banyak peruntukan yang diturunkan oleh pihak kerajaan untuk membantu para usahawan tani ini bertapak dan berkembang dalam bidang pertanian. Setiap kali belanjawan negara dibentangkan di Parlimen, pasti ada peruntukan tambahan untuk projek-projek pertanian yang berdaya maju dan baru. Namun persoalannya, adakah pembahagian peruntukan atau bantuan atau pinjaman pertanian ini sampai ke golongan sasaran atau banyak yang 'tercicir' di tengah jalan?...
Tak perlu saya menjalankan analisis yang lebih luas, cuma apa yang terjadi pada diri saya sendiri walau pun boleh dianggap kes terpencil, sudah cukup untuk diceritakan kepada semua usahawan tani yang baru atau pun sedang bergiat aktif sekarang. Pada peringkat permulaan, Nia Agrotech bergerak atas modal sendiri, pinjam kawan-kawan dan 'investor' yang berminat, dengan modal permulaan RM100k. Kemudian dengan bantuan pinjaman Tekun Nasional, yang pada masa itu menawarkan pinjaman maksimum RM30k melalui skim Tekun Tani, saya diberi pinjaman RM15,000.00 dengan 12% interest per annum. Dengan modal yang ada serta kepakaran yang baru, maka saya mampu membuka sebuah ladang berkeluasan 1 ekar di Kampung Merbau Sempak, dengan mengusahakan cili secara fertigasi serta mampu mendirikan 6 buah Rumah Pelindung Hujan (RPH) setelah menghadiri kursus di Lojing, Gua Musang. Setelah hampir semusim beroperasi, bermulalah episod 'isu geran kerajaan dan pinjaman' ini apabila projek ini memberi 'impak' kepada Jabatan Pertanian Daerah Gombak serta Pertubuhan Peladang Kawasan Gombak dan Petaling....(bersambung)

Khamis, 23 April 2009

PERUNTUKAN KERAJAAN : REALITI DAN FANTASI...INTRODUCTION!!

Dah lama tak menulis dalam blog nie, bukan apa, cuma agak sibuk dengan tugasan harian. Namun perkembangan terbaru ini membuatkan hati rasa terpanggil untuk menulis kembali. Sebuah cerita yang penuh dengan suka dan duka untuk tatapan semua peladang/petani dan sesiapa saja yang berminat dengan pertanian. Mungkin kes ini boleh dianggap terpencil namun kesannya kepada saya terlalu mendalam....

Isnin, 16 Mac 2009

Kursus Fertigasi - Pengurusan Tanaman, Pembajaan dan kawalan penyakit - Siri 3/09

OPEN FOR REGISTRATION...
KURSUS FERTIGASI TANAMAN CILI
TARIKH : 28 MAC 2009 (SABTU)
TEMPAT : PERTUBUHAN PELADANG KAW. GOMBAK & PETALING

ANJURAN : NIA AGROTECH

YURAN/FEES : RM 200.00


TENTATIF PROGRAM :

8.00 pg - 9.00 pg - PENGENALAN/ASAS SISTEM FERTIGASI
9.00 pg - 10.00 pg - PENGURUSAN TANAMAN -
PENYEMAIAN/ PENYEDIAAN MEDIA/ PENYEDIAAN LADANG
10.00 - 10.30 pg - MINUM PAGI
10.30 - 12.30 tgh hari - PEMBAJAAN -
PENGENALAN/ FUNGSI/ FORMULA/
CARA PENYEDIAAN STOK BAJA
12.30 - 1.30 ptg - MAKAN TENGAH HARI
1.30 - 3.30 ptg - KAWALAN PENYAKIT & SERANGGA
3.30 - 4.00 ptg - MINUM PETANG
4.00 - 6.00 ptg - LAWATAN LADANG CILI & ROCK MELON
BERSURAI

OBJEKTIF KURSUS :
  • MEMPERKENALKAN SISTEM TANAMAN SECARA FERTIGASI
  • MEMAHAMI ASPEK PENGURUSAN LADANG, PEMBAJAAN DAN KAWALAN PENYAKIT.
  • MENUMPUKAN KEPADA PENYEDIAAN DIRI UNTUK MENJALANKAN PROJEK FERTIGASI
PELAKSANAAN KURSUS:
  • NOTA DISEDIAKAN
  • PENERANGAN DIBERIKAN SECARA TEORI & PRAKTIKAL
  • PENUMPUAN LEBIH KEPADA PERMASALAHAN DAN PENYELESAIAN DALAM MENJALANKAN PROJEK FERTIGASI.
  • SIJIL DISEDIAKAN
UNTUK PENDAFTARAN, SILA HUBUNGI:-

EN RUHIZAL NAZMAN ALIAS
019-6934451

EN ARIF
019-365 6573

*PEMBAYARAN YURAN PERLU DIJELASKAN SEBELUM 26 FEBRUARI 2009 KE
RUHIZAL NAZMAN ALIAS (MAYBANK :- 1643 9793 1412 DAN SIMPAN RESIT PEMBAYARAN UNTUK RUJUKAN PENDAFTARAN.

SILA EMAILKAN MAKLUMAT PERIBADI TERMASUK NAMA, ALAMAT, NO KP DAN NO TEL UNTUK RUJUKAN PIHAK KAMI DAN PENYEDIAAN SIJIL PENYERTAAN

eMAIL add: ruhizal@gmail.com

Jumaat, 27 Februari 2009

POKOK CILI UNTUK DIJUAL...DARI LADANG!!



JUALAN POKOK CILI YANG DAH BERBUAH DAN SAYUR KAILAN DALAM POLIBEG DARI LADANG...

HARGA :
CILI - RM20.00/POKOK
KAILAN - RM5.00/BEG

HUBUNGI UNTUK BELIAN...READY STOCK!!

Jumaat, 6 Februari 2009

Kursus Fertigasi - Pengurusan Tanaman, Pembajaan dan kawalan penyakit - Siri 2/09

OPEN FOR REGISTRATION...
KURSUS FERTIGASI TANAMAN CILI
TARIKH : 28 FEBRUARI 2009 (SABTU)
TEMPAT : PERTUBUHAN PELADANG KAW. GOMBAK & PETALING

ANJURAN : NIA AGROTECH

YURAN/FEES : RM 200.00


TENTATIF PROGRAM :

8.00 pg - 9.00 pg - PENGENALAN/ASAS SISTEM FERTIGASI
9.00 pg - 10.00 pg - PENGURUSAN TANAMAN -
PENYEMAIAN/ PENYEDIAAN MEDIA/ PENYEDIAAN LADANG
10.00 - 10.30 pg - MINUM PAGI
10.30 - 12.30 tgh hari - PEMBAJAAN -
PENGENALAN/ FUNGSI/ FORMULA/
CARA PENYEDIAAN STOK BAJA
12.30 - 1.30 ptg - MAKAN TENGAH HARI
1.30 - 3.30 ptg - KAWALAN PENYAKIT & SERANGGA
3.30 - 4.00 ptg - MINUM PETANG
4.00 - 6.00 ptg - LAWATAN LADANG CILI & ROCK MELON
BERSURAI

OBJEKTIF KURSUS :
  • MEMPERKENALKAN SISTEM TANAMAN SECARA FERTIGASI
  • MEMAHAMI ASPEK PENGURUSAN LADANG, PEMBAJAAN DAN KAWALAN PENYAKIT.
  • MENUMPUKAN KEPADA PENYEDIAAN DIRI UNTUK MENJALANKAN PROJEK FERTIGASI
PELAKSANAAN KURSUS:
  • NOTA DISEDIAKAN
  • PENERANGAN DIBERIKAN SECARA TEORI & PRAKTIKAL
  • PENUMPUAN LEBIH KEPADA PERMASALAHAN DAN PENYELESAIAN DALAM MENJALANKAN PROJEK FERTIGASI.
  • SIJIL DISEDIAKAN
UNTUK PENDAFTARAN, SILA HUBUNGI:-

EN RUHIZAL NAZMAN ALIAS
019-6934451

EN ARIF
019-365 6573

*PEMBAYARAN YURAN PERLU DIJELASKAN SEBELUM 26 FEBRUARI 2009 KE
RUHIZAL NAZMAN ALIAS (MAYBANK :- 1643 9793 1412 DAN SIMPAN RESIT PEMBAYARAN UNTUK RUJUKAN PENDAFTARAN.

SILA EMAILKAN MAKLUMAT PERIBADI TERMASUK NAMA, ALAMAT, NO KP DAN NO TEL UNTUK RUJUKAN PIHAK KAMI DAN PENYEDIAAN SIJIL PENYERTAAN

eMAIL add: ruhizal@gmail.com

PEKERJA LADANG DIPERLUKAN

PEKERJA LADANG DIPERLUKAN SEGERA!!
KEUTAMAAN DIBERIKAN KEPADA RAKYAT TEMPATAN YANG BERMINAT UNTUK BEKERJA DALAM SEKTOR PERTANIAN.
GAJI ASAS RM750.00
TEMPAT TINGGAL DISEDIAKAN.

Jika berminat sila hubungi En Ruhizal NAzman Alias
019-6934451 atau emel ke
ruhizal@gmail.com

Khamis, 15 Januari 2009

KENAPA PROJEK PERTANIAN GAGAL..?!!

Persoalan yang timbul...kenapa projek pertanian di tanah rendah terutamanya gagal?

'Projek pertanian' ini merangkumi semua projek-projek anjuran kerajaan, moa, jabatan pertanian, lpp dan lain-lain.

'di tanah rendah' - semua projek yang diusahakan oleh petani/peladang selain daripada projek pertanian di Cameron Highlands, Kundasang dan seumpamanya.

'gagal' - sama ada gagal menjelaskan kembali hutang pertanian yang ada, bankrup, tutup ladang dan terbengkalai.

Jika dilihat secara keseluruhannya, kita selalu mendengar projek-projek pertanian yang di'sponsor' oleh kerajaan gagal memenuhi matlamatnya, sama ada pengusaha gagal memanfaatkan segala kemudahan yang diberikan kepada mereka atau pun projek terbengkalai di separuh jalan. Sedangkan segala kemudahan diberikan termasuk pembekalan alatan, baja setahun/semusim, elaun bulanan, hinggakan biji benih pun dibekalkan tetapi masih gagal dilaksanakan oleh pengusaha. Kadangkala, kos yang dikeluarkan oleh kerajaan melampaui kos sebenar projek, sampai berlebih-lebih tetapi masih gagal. Bayangkan, pengusaha hanya 'cuci kaki' untuk menjalankan projek pertanian ini tanpa mengeluarkan sebarang kos tetapi masih gagal melaksanakannya...logik ke?

Mungkin ada beberapa faktor yang memepengaruhi kegagalan ini...

Pengusaha/peserta
  • Kurang minat dengan projek pertanian.
  • Tidak ada rasa 'hak sendiri' kerana segala perbelanjaan ditanggung oleh pihak lain. ...Dia tak rugi apa-apa kalau gagal, asalkan dapat duit.
  • Kurang pendedahan kepada teknik tanaman, pemasaran dan pengeluaran.
  • Terlalu bergantung pada bantuan kerajaan. Sentiasa mencari salah orang lain daripada melihat prestasi diri...
  • Menjadikan projek ini sebagai batu lonjatan untuk mendapatkan duit kerajaan / kredit pertanian.
  • Sebagai kerja sampingan.
  • Sebagai ' hentian sementara' sebelum mendapat pekerjaan tetap /yang lebih stabil.
Kontraktor Pertanian
  • Mengaut keuntungan yang berlebihan sehinggakan projek pertanian yang di'tender'kan gagal menepati spesifikasi yang sepatutnya.
  • Terpaksa 'berkongsi' keuntungan dengan pihak-pihak tertentu menyebabkan dana yang diperuntukkan tidak dapat digunakan sepenuhnya. Kesian gak kat kontraktor nie...
  • Tidak mempunyai pengetahuan tentang teknik pertanian tetapi main 'lump sum'nye segala projek yang ada...janji ada untung!
Pengurus Dana / Pemberi pinjaman
  • Tidak menilai keberkesanan projek secara terperinci sebelum mengeluarkan dana/pinjaman....kadangkala dana yang diberikan berlebihan tapi disalurkan ke projek yang kurang berdaya maju.
  • Peruntukkan dikeluarkan berdasarkan 'nama/pangkat' bukannya kesungguhan pengusaha.
  • Peruntukan tidak seimbang hingga menyebabkan kelangsungan projek terjejas...buat infra saja, budget berjuta tapi bila bab baja ke, proses penanaman semula ka, budget ciput...
  • Pemiutang meluluskan pinjaman tanpa mengambil kira kos projek...bayangkan kalau buat projek fertigasi dengan kos RM50,000 tapi yang diluluskan oleh pemiutang hanya RM10,000...baik tak payah bagi, macam mana nak buat projek...jalan terbaik, amik je duit tu, buat downpayment rumah ke or kereta...
  • Pemiutang tidak membuat permantauan kepada peminjam menyebabkan pemiutang gagal mendapatkan kembali pinjaman yang diberikan....lepas bagi, terus tak jenguk muka, tak tanya permasalahan peminjam...yang tahu, lepas 2 bulan bayaran ansuran gagal dijelaskan, sampai surat mahkamah....kadangkala, peladang ini berduit mengikut musim tuaian, bukannya fixed income tiap-tiap bulan...kalau pantau dari segi pengeluaran hasil, pasti dia boleh bayar punya.
  • Susah sangat nak bantu pengusaha yang baru dalam bidang ini...tapi ok jugak, at least boleh nampak siapa yang bersungguh-sungguh atau tidak cuma longgarkan sikit syarat tu...jangan sampai orang tak minat terus nak ceburi bidang pertanian nie.
Isu Pemasaran produk sebenarnya tidak timbul kalau pengusaha lebih bergiat aktif dalam mencari peluang-peluang perniagaan, jangan terlalu bergantung kepada orang lain untuk memasarkan produk kita, keluar dari ladang dan cari pasaran sendiri...dalam dunia tanpa sempadan ini, bidang pemasaran terlalu luas....

Dan saya kira banyak lagi faktor-faktor lain yang mempengaruhi senario ini, lantas langkah-langkah berkesan perlu diambil oleh semua pihak untuk menjamin kejayaan semua projek-projek pertanian....tak perlulah saya sebutkan projek mana yang gagal, silap-silap kena saman pulak....

Apa pendapat anda?..


Isnin, 12 Januari 2009

MEDIA/COCOPEAT - PENGGUNAAN SEMULA ATAU TIDAK?

Persoalan yang sering ditanya mengenai penggunaan cocopeat dan polybeg yang sama untuk musim seterusnya....adakah patut diguna semula atau dibuang?

Terdapat banyak teori dan pandangan orang terutamanya peladang fertigasi tentang ini. Ada sesetengah peladang menggunakan semula polybeg dan cocopeat musim sebelumnya untuk ditanam semula dengan pokok baru atas alasan penggunaan ini akan dapat menjimatkan kos pembelian cocopeat yang baru dan polybeg masih boleh digunakan. Keduanya, polybeg yang terpakai ini sudah mempunyai baja sisa tanaman yang pertama dan ini dapat menjimatkan penggunaan baja untuk musim seterusnya...Adakah teori dan pelaksanaan ini berkesan?

Kita cuba mengkaji pro dan kontranya disini....

Penggunaan polybeg dan media sekali semusim dilakukan atas sebab:
  1. Mengelakkan jangkitan penyakit/bakteria/virus yang terdapat dalam polybeg terpakai daripada merebak ke pokok/tanaman baru. Pembiakan kulat dan bakteria dalam polybeg akan berlaku sekiranya media yang digunaka berulang kali ini tidak dirawat atau ditukar kepada yang baru.
  2. Mengelakkan daripada terdapatnya sisa-sisa baja dalam media/cocopeat. Sekiranya terdapat elemen-elemen lain dalam media, akan berlaku tindak balas kimia yang berbeza apabila dicampurkan dengan campuran baja yang baru dan ini menyebabkan nutrient yang diperlukan oleh pokok akan berubah dalam bentuk yang lain dan menyebabkan kekurangan nutrient. Prinsip pemilihan media adalah semestinya bersih daripada segala bahan-bahan nutrient dan penyakit kerana ia hanya berfungsi untuk memegang baja yang diberikan untuk sementara sahaja.
  3. Jaminan bahawa tiada mikroorganisma dan patogen dalam medium.
  4. Kos penggantian kepada media dan polybeg yang baru lebih murah berbanding proses pensterilan media lama.
  5. Elakkan kerugian daripada kutipan hasil tanaman

Namun, ini bergantung pada pendapat masing-masing. Bagi saya, penggunaan kali kedua untuk media yang sama amat menyusahkan dan membuang masa. Sekiranya, kita mempunyai RPH atau kawasan berbumbung yang luas untuk proses pensterilan media, mungkin tak menjada masalah tetapi sekira hanya ada kawasan terbuka, masalah akan timbul untuk mengumpulkan kembali media, membilas dan membasuh serta oencampuran bahan kimia disebabkan faktor cuaca,tempat, tenaga kerja dan kos. Selama ini, saya hanya menggunakan media untuk sekali sahaja, manakala media terpakai digunakan untuk tanaman yang lain sekadar untuk menunggu masa untuk dibuang.