Rabu, 26 November 2008

Sekitar Kursus Tanaman Fertigasi anjuran PUGM & Agro Bank


Bermula 21hb - 24hb November 2008, Persatuan Usahawan Graduan Malaysia dengan kerjasama Bank Agro menjalankan satu Kursus Tanaman Fertigasi di PPK Gombak & Petaling. Nia Agrotech bertindak sebagai tuan rumah yang menjalankan sessi praktikal di ladang. Kursus ini dibantu dengan tenaga pengajar dari MARDI iaitu Dr Mahmud yang sememangnya pakar dalam bidang fertigasi ini. Dengan bantuan PPK Gombak & Petaling, tempat penginapan telah berjaya disediakan dengan menggunakan kuarters Peladang yang telah diubahsuai menjadi asrama.

Seramai 39 orang peserta telah berjaya menghabiskan kursus ini dan sijil penyertaan telah disampaikan oleh Pengurus Agro Bank Caw. Sg Buloh iaitu En Mohd Jamani. Kursus ini lebih menekankan tentang asas dan aspek penjagaan tanaman secara fertigasi cili dan rock melon. teori disampaikan selama 1 hari dan praktikal dijalankan selama 2 hari dan diakhir kursus, para peserta didedahkan dengan aspek pembiayaan dan rancangan perniagaan oleh Agro Bank.

Secara keseluruhannya, para peserta mendapat pengetahuan asas dan praktikal tentang fertigasi di samping formula dan bancuhan baja yang betul. Tahniah diucapkan kepada para peserta yang telah berjaya menghadiri kursus ini.

Selasa, 25 November 2008

HARVESTING MELON KALI PERTAMA...
















KALI PERTAMA HARVEST MELON...

Pada 6 November 2008, Nia Agrotech buat kali pertamanya menuai 'rock melon' sebanyak 700 beg. hasil yang dijangka adalah 980kg dan hasil yang boleh dijual dalam 600kg, termasuk gred A, B dan C.

Pasaran tidak menjadi masalah. Kebanyakan buah gred A yang beratnya 1.4kg ke atas dijual kepada Persatuan Usahawan Graduan Malaysia (PUGM) dan bakinya dijual secara langsung di Pasar Tani Kelana Jaya hasil bantuan En Zainuddin (FAMA). Hasil jualan agak memberangsangkan dan hampir mencapai target yang diletakkan.

Pasaran Rock Melon sebenarnya tidak menjadi masalah besar disebabkan permintaannya melebihi pengeluaran buah. Seandainya anda mempunyai kelebihan atau kemudahan untuk membuat/mendapat RPH, saya sarankan penanaman rock melon disebabkan kita sudah mampu berjimat dari kos pembinaan RPH yang agak tinggi.